Premier League 2021/22: Liverpool 3-3 Benfica (Agg. 6-4)

Liverpool menanti kunjungan Benfica dengan bekalan yang agak sedap apabila menang 3-1 pada suku akhir pertama di tempat lawan dan Liverpool masih perlu berhati-hati kalau-kalau menjadi mangsa kejutan.

Dengan jadual padat dan mempunyai sedikit bekalan membolehkan Jurgen Klopp merehatkan beberapa pemain utama iaitu Mohamed Salah, Sadio Mané, Virgil van Dijk, Thiago, Fabinho, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold.

Pemain seperti Roberto Firmino, Diogo Jota, Jordan Henderson, James Milner, Joe Gomez, Joel Matip dan Kostas Tsimikas bermula dikesebelasan utama.

Percaturan yang sangat berani dan berisiko dari Jurgen Klopp namun perlu dilakukan kerana dalam tempoh 2-3 hari lagi Manchester City menanti untuk separuh akhir Piala FA.

Kostas Tsimikas yang jarang mendapat minit permainan membuktikan kemampuannya dengan mencipta dua assist untuk gol pertama dan gol ketiga Liverpool.

Tanpa pemain utama Liverpool terlebih dahulu mendahului untuk menjarakkan agregat kepada 4-1 melalui jaringan Ibrahima Konate pada minit ke-21.

Gol Ibarhima Konate hanya bertahan 11 minit apabila Goncalo Ramos menyamakan kedudukan untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1.

Dua gol dari Roberto Firmino dalam tempoh 10 minit pada minit ke-55 dan 65 terus memberi keselesaan kepada Liverpool dengan agregat 6-2.

Namun Benfica nyata tidak mahu menyerah apabila menjaringkan gol kedua melalui Roman Yaremchuk pada minit ke-73.

Pada minit ke-82 Darwin Nunez menjaringkan gol penyamaan untuk terus menghidupkan peluang dan harapan ke separuh dengan semangat kebangkitan.

Mohamed Salah hampir saja meletakkan nama selaku penjaring dengan satu bola lencong kaki kirinya namun sayang bola sedikit melewati palang.

Darwin Nunez menjaringkan gol keempat Benfica dipenghujung perlawanan gol pengubat duka dan gol kemenangan namun telah dibatalkan kerana terlebih dahulu offside.

Enam gol sahaja yang terhasil dalam perlawanan ini dan Benfica gagal mencipta kejutan dan gagal untuk merasa kemenangan walaupun gagal meneruskan perjalanan.

Ini merupakan separuh akhir Champions League keempat Jurgen Klopp sebagai jurulatih. Dalam tiga separuh akhir pertama, Klopp berjaya mara ke final dan nampak tiada masalah kali ini.

Liverpool akan bertemu Villarreal yang membuat kejutan terbesar menyingkirkan Bayern Munich dan diatas kertas serta logik akal boleh dikatakan Liverpool mendapat laluan kurang sukar.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Gomez, Konate, Matip, Tsimikas, Keita, Milner, Henderson, Jota, Firmino, Diaz.

Pemain Simpanan: Fabinho, van Dijk, Thiago, Mane, Salah, Oxlade-Chamberlain, Jones, Robertson, Origi, Kelleher, Alexander-Arnold, Elliott.

Kesebelasan Utama Benfica: Vlachodimos, Gilberto, Otamendi, Vertonghen, Grimaldo, Taarabt, Weigl, Goncalves, Goncalo Ramos, Everton, Nunez.

Pemain Simpanan: Meite, Seferovic, Yaremchuk, Joao Mario, Lazaro, Radonjic, Gil Dias, Andre Almeida, Bernardo, Helton Leite, Morato, Pedro Alvaro.

Pengadil Perlawanan: Serdar Gozubuyuk (Netherlands).

Benfica 1-3 Liverpool

Dilihat kepada prestasi semasa dan kualiti pemain yang ada pada pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi, Liverpool tidak berdepan masalah untuk menewaskan Benfica.

Boleh dikatakan separuh akhir sudah di dalam tangan Liverpol dan final juga tiada masalah buat kerana hanya akan berdepan Villarreal ataupun Bayern Munich.

Liverpool sudah berada dihadapan pada minit ke-17, gol berpunca dari sepakan penjuru Andrew Robertson yang telah disudahkan dengan sundulan tajam Ibrahima Konate.

Walaupun dikawal ketat Ibrahima Konate menggunakan kelebihan fizikal untuk melonjakkan naik untuk gol pembukaan dan Fabinho kelihatan tertomoih ketika meraikan gol itu.

Pemain pertahanan masa depan Liverpool, Ibrahima Konate akhirnya membuka akaun gol dan pentas Champions League menjadi medan gol sulungnya.

Liverpool terus menekan Benfica untuk mencari gol sebanyak yang mungkin bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir lebih awal dan tenang-tenang sahaja di perlawanan kedua.

Akhirnya gol kedua Liverpool hadir pada minit ke-34 melalui satu gerakan yang ringkas lagi mudah.

Trent Alexander Arnold melakukan satu hantaran jauh merentasi padang mencari Luis Diaz yang tidak tamak untuk mencuba nasib.

Luis Diaz terus melakukan hantaran dengan kepalanya kepada Sadio Mane yang berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol.

Satu tolakan mudah dari Sadio Mane untuk gol kedua Liverpool.

Liverpool teramat garang diseparuh masa pertama apabila melakukan 11 percubaan dan 6 daripadanya adalah percubaan tepat namun 2 gol sahaja terhasil.

Ceritanya agak berbeza buat Liverpool di separuh masa kedua di mana Benfica yang terlalu menghormati Liverpool untuk tempoh 45 minit pertama mula mampu mengangkat muka.

Trent Alexander Arnold dilihat sudah hilang fokus dan telah kehilangan bola dengan begitu mudah. Seperti memberi satu petanda.

Rafa Silva berjaya masuk ke sebelah kanan dan berjaya membuat hantaran lintang cuba mencari Darwin Nunez.

Ibrahima Konate yang mencetak nama selaku penjaring hadir seperti wira dan dalam posisi yang akan berjaya mematikan hantaran Rafa Silva.

Namun Ibrahima Konate memilih untuk menjadi bodoh dengan aksi kelakar yang tidak masuk akal apabila cubaannya mengeluarkan bola tersasar.

Entah terlebih yakin atau tersilap langkah atau sememangnya bodoh semulajadi yang pekat bola sampai kepada Darwin Nunez.

Banyak masa untuk Darwin Nunez mencari sudut terbaik melakukan percubaan untuk menjaringkan gol pertama Benfica ketika Ibrahima Konate dan Alisson Becker menggelabah teruk.

Kerana Ibrahima Konate bukanlah Harry Maguire sudah pasti akan mendapat pembelaan peminat mereka.

Ketika permainan berbaki 15 minit Liverpool gagal menghadirkan sebarang percubaan ke gawang Benfica yang telah melakukan 5 percubaan. Kemudian barulah 3 percubaan tidak tepat hadir.

Alisson Becker hampir dihukum apabila keluar dari kawasan gol mujur kecekapan Alisson menggunakan kaki mengawal bola menjadi penyelamat.

Walaupun mempamerkan permainan teruk lagi huru-hara kualiti pemain masih lagi menjadi milik Liverpool.

Hantaran lolos gagal dihadang dengan kemas pemain Benfica dan tepat menemui Luis Diaz yang lepas dari perangkap offside.

Tiada masalah untuk Luis Diaz menggelecek penjaga gol Benfica, Odisseas Vlachodimos dalam situasi satu lawan satu untuk gol ketiga.

Satu kemenangan yang amat selepas buat Liverpool untuk perlawanan kedua di gelanggang keramat mereka, Anfield.

Kesebelasan Utama Benfica: Vlachodimos, Gilberto, Grimaldo, Vertonghen, Everton, Darwin, Rafa, Weigl, Otamendi, Taarabt, Gonçalo Ramos.

Pemain Simpanan: Helton, Meite, Seferovic, Yaremchuk, Gonçalves, João Mário, Lázaro, Radonjic, Dias, Almeida, Bernardo, Morato

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Thiago, Keita, Salah, Mane, Diaz.

Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Firmino, Gomez, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Jota, Tsimikas, Matip, Elliott.

BACA:  Klopp: Liverpool Sekarang Sama Seperti Manchester United Di Bawah Alex Ferguson