Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Manchester United (Agg. 9-0)

North-West Derby yang melagakan Manchester United dan Liverpool merupakan antara Derby terhebat dalam bola sepak yang sentiasa panas dengan aksi-aksi yang menggempar.

Jika mahu diharapkan kepada kesengitan perlawanan lebih baik tidak kerana jika dilihat kepada prestasi Manchester United kini yang senak teruk menentang pasukan tercorot.

Liverpool pula berada dalam landasan terbaik meraih empat kejuaraan musim ini di mana gelaran League Cup sudah lama berada dalam genggaman. Tiga lagi diburu.

Pada perlawanan pertama dunia telah dipertontonkan bagaimana Liverpool telah membelasah Setan Merah dengan lima gol tanpa balas di Old Trafford pula tu.

Kemeriahan masih ada kerana dua pasukan ini mempunyai bilangan penyokong antara terbanyak dari seluruh pelusuk dunia termasuklah Gua Musang dan Kodiang.

Perlawanan ini agak kental buat Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak dapat diturunkan ekoran kematian salah seorang bayi kembar yang baru dilahirkan.

Bruno Fernandes yang mengalami kemalangan beberapa hari lalu dapat diturunkan kerana tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

Ralf Rangnick bermain dengan tiga pertahanan mengganding Harry Maguire, Phil Jones dan Victor Lindelof dengan formasi 3-5-2 untuk bermain digarisan tinggi.

Pada minit kelima dunia menyaksikan Liverpool sudah pun berada dihadapan dengan satu hantaran dari sebelah kanan Mohamed Salah mudah ditolak masuka Luis Diaz.

Percubaan pertama Liverpool dalam perlawanan ini terus membuahkan hasil dan tindakan bodoh dari Trent Alexander Arnold membuatkan David De Gea koyak.

Permainan di garisan tinggi dari Manchester United dengan begitu mudah mengundang padah.

Tatkala gol terhasil Trent Alexander Arnold menendang bola yang sipi-sipi laju ke muka David De Gea. Mau tak marah kena gitu.

Selepas tujuh minit permainan seperti dirancang, penyokong Liverpool telah memberikan tepukan khas kepada Cristiano Ronaldo selama seminit.

Tepukan ini diberikan kepada Cristiano Ronaldo sebagai tanda sokongan moral apabila pemain Portugal itu telah kehilangan bayi lelakinya selepas dilahirkan.

Malang terus menimpa Manchester United apabila terpaksa membuat pertukaran awal, minit ke-10 Paul Pogba yang mengalami kecederaan dikeluarkan dan Jesse Lingard masuk menggalasan tanggungjawab.

Liverpool langsung tidak memberi peluang Manchester United bernafas untuk tempoh 20 minit pertama.

Hantaran genius berwawasan tinggi dari Sadio Mane tepat menemui Mohamed Salah yang melakukan larian dan mudah buat pemain Mesir itu menggandakan kedudukan.

Sungguh indah permainan Liverpool yang saling bertukar hantaran untuk mencipta ruang dan peluang dengan hantaran membunuh yang tak leh bawa bincang.

Pada minit ke-35 gol ketiga Liverpool hadir sekali lagi melalui Luis Diaz mujurlah Diaz sudah berada dalam kedudukan offside ketika menerima hantaran Fabinho.

Liverpool kemudian dilihat mengendur tempo permainan melihat Setan Merah sudah mati kutu dengan permainan santai seperti sesi latihan.

Separuh masa kedua barulah Manchester United seperti sudah pandai bermain bola dan cuba menekan Liverpool walaupun tak bahaya. Dapat masuk kotak kira hebat la tu.

Kehadiran Jadon Sancho yang menggantikan Phil Jones memberi sedikit nafas buat Setan Merah yang berpotensi untuk ditidurkan.

Bruno Fernandes membazirkan sepakan percuma dengan membuat hantaran lemah yang terus menuju kepada Alisson Becker. Berkerut dahi Rangnikc melihatnya.

https://fb.watch/cuTfgQ26Vi/

Marcus Rashford gagal menyudahkan hantaran Sancho yang cantik ketika hanya berdepan dengan Alisson Becker sahaja dan tindakan susulan Anthony Elanga juga lemah.

Manchester United kehilangan bola dan Andrew Robertson melakukan serangan balas pantas menghantar bola kepada Luis Diaz yang terus melorongkan bola kepada Sadio Mane.

Tiada masalah untuk Sadio Mane mempamerkan satu penyudah yang tajam menewaskan De Gea buat kali ketiga. Pertanan Setan Merah hanya mampu melihat.

Hannibal Mejbri masuk menggantikan Elanga dan terus memberikan impak segera apabila kehilangan bola untuk Liverpool melancarkan serangan.

Diogo Jota tenang menghantar kepada Mohamed Salah untuk disudahkan bagi menjadikan kedudukan 4-0.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Mane, Diaz.

Simpanan: Konate, Milner, Keita, Gomez, Jones, Jota, Tsimikas, Origi, Kelleher.

Manchester United: de Gea, Jones, Maguire, Lindelof, Dalot, Pogba, Matic, Wan-Bissaka, Elanga, Rashford, Bruno Fernandes.

Simpanan: Bailly, Mata, Lingard, Sancho, Henderson, Alex Telles, McTominay, Mejbri, Garnacho.

Pengadil: Martin Atkinson (W Yorkshire).

Manchester United 0-5 Liverpool

Banyak perlawanan derby yang hebat berlangsung malam ini dari pelbagai liga di negara Eropah menjadikan ahad ini sebagai super sunday yang sebenar dan sudah pasti North West Derby ini paling dinanti-nanti.

El Clasico diantara Real Madrid dan Barcelona berlangsung lebih awal, Ajx vs PSV, Roma Napoli, Inter vs Juventus dan Marseille vs PSG antara perlawanan yang sedap di hari ahad.

Seawal minit kelima Liverpool sudah dihadapan hasil jaringan mudah dan sangat menganjing dari Naby Keita selepas menyempurnakan hantaran bersahaja Mohamed Salah.

Entah apa yang terjadi kepada pertahanan Machester United, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof dan Harry Maguire ke laut, hanya Luke Shaw berdepan dengan Mohamed Salah.

Tindakan Luke Shaw yang sedikit lambat naik menyebabkan Salah tidak offside dan mudah menghantar bola kepada Naby Keita.

Mohamed Salah mencuba dengan satu rembatan namun tersasar. Manchester United kembali membalas dengan satu rembatan kencang juga sipi-sipi tersasar ke sebelah kiri gawang.

Kesilapan Harry Maguire yang melanggar Luke Shaw menyebabkan Naby Keita terlepas dan menghantar bola terus kepada Trent Alexander Arnold yang berada di kanan.

Trent Alexander Arnold terus menghantar hantaran rendah ke dalam kotak penalti yang pantas disambar oleh Diogo Jota untuk gol kedua.

Selepas 14 minit, Manchester United sudah ketinggalan dua gol.

Pada minit ke-24 perlawanan dihentikan kerana pemain veteran, James Milner mengalami kecederaan lalu terus dikeluarkan digantikan dengan Curtis Jones.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan menarik selepas memperdayakan Andrew Roberton namun percubaan itu tenang ditepis keluar oleh Allison Becker.

David De Gea melakukan aksi menyelamat yang hebat dalam situasi satu lawan satu dengan Mohamed Salah yang berjaya lolos hasil satu lagi kesilapan pemain sendiri.

Teruk pertahanan Manchester United di ayamkan, Mohamed Salah mencuba berjaya dihadang dan bola sampai kepada Naby Keita yang terus menyuap kepada Salah untuk gol ketiga.

Kekoyakan mula terjadi, Cristiano Ronaldo telah menendang Curtis Jones dan kekecohan yang hampir membawa kepada pergaduhan tercetus sehingga perlawanan dihentikan.

Cristiano Ronaldo dikenakan kad kuning atas tindakan tidak cerdik itu dan permainan kembali bersambung. Selepas gol kedua Liverpool, Setan Merah terus mati akal.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat, satu lagi gol mudah sebelum tamat separuh masa pertama yang juga berpunca dari kebaraian akibat tidak teraturnya barisan pertahanan Manchester United.

Bersambung babak kedua, Mohamed Salah terus menjaringkan gol kelima Liverpool dan hatrik buat dirinya selepas mudah menyempurnakan hantaran sedap Jordan Henderson.

Gol berpunca daripada kesilapan Paul Pogba yang baru masuk menggantikan Mason Greenwood yang kehilangan bola mudah kepada Jordan Henderson ditengah padang.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pengubat hati selepas menerima hantaran daripada Harry Maguire dengan satu gerakan dan rembatan padu.

Namun penilaian dari Video Assistant Referee (VAR) menyaksikan Cristiano Ronaldo offside dan gol tersebut telah dibatalkan.

Pada minit ke-60 bala menimpa Manchester United kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain, Paul Pogba telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Naby Keita.

Anthony Taylor melayangkan kad kuning pada awalnya namun selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) keputusan itu diubah kepada kad merah.

Jelas tinggi tapak kaki yang diangkat oleh Paul Pogba, Naby Keita terus dikeluarkan dan terpaksa diusung.

Bermain 10 orang menjadikan Manchester United tampak lebih tenang dan lebih berakal, Liverpool masih tidak puas dan masih dahagakan gol.

Trent Alexander Arnold datang dengan satu rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar David De Gea untuk sepakan penjuru yang tidak membuahkan hasil.

Edison Cavani hampir saja menjaringkan gol saguhati namun tolakannya dari jarak dekat telah hinggap ke palang dan tidak melepasi garisan gol.

Kedudukan lima gol tanpa balas kekal sehingga tamat perlawanan. Manchester United bermain lebih baik dengan 10 orang atau Liverpool sekadar menanti masa permainan tamat?

North West Derby yang selalunya berlangsung sengit nyata tidak menjadi kenyataan namun sangat menghiburkan dengan penguasaan Liverpool yang menakluk perlawanan dengan penuh bergaya.

Kad merah Paul Pogba, aksi kekasaran tidak masuk akal Cristiano Ronaldo yang menyebabkan kekecohan pemain yang hampir membawa kepada pergaduhan masih lagi wujuh dalam derby ini.

Kesebelasan Utama Man Utd (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford; Ronaldo.

Pemain Simpanan : Henderson, Bailly, Dalot, Lingard, Matic, Pogba, van de Beek, Cavani, Sancho.

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Keita, Henderson, Milner; Salah, Firmino, Jota.

Pemain Simpanan : Adrian, Mane, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:  Premier League 2021/22: Chelsea 2-2 Liverpool