Premier League 2021/22: West Ham 1-2 Manchester United

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berkunjung ke London Stadium untuk beraksi bertemu West Ham United dalam aksi saingan Premier League.

Manchester United ketika ini berada di kedudukan kedua dalam carta liga, dengan mereka berjaya mengumpul 10 mata dari empat perlawanan awal musim ini.

Setan merah berjaya mencatatkan 3 kemenangan dan satu keputusan seri dari empat perlawanan musim ini, dengan rekod away mereka dalam saingan Premier League masih sempurna.

West Ham juga turut mempunyai rekod yang sangat cemerlang musim ini dengan mereka masih belum dikalahkan dari empat perlawanan awal liga.

Skuad kendalian David Moyes itu berjaya mencatatkan dua kemenangan dan dua keputusan seri dan turut berada di landasan terbaik untuk bersaing di kedudukan empat teratas dalam carta liga.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing dalam perlawanan ini, dengan harapan untuk mengutip tiga mata penuh.

West Ham bermula garang selepas mereka mempunyai beberapa kesempatan untuk memperoleh gol awal dalam perlawanan ini.

Bermain di halaman sendiri seolah memberi tonik kepada skuad kendalian West Ham dengan mereka kerap melancarkan serangan menguji gawang gol United.

Manchester United juga beberapa kali berjaya melancarkan serangan, namun berjaya dihalang oleh barisan pertahanan West Ham dengan sangat cemerlang.

Pada minit ke-21 permainan, Jarrod Bowen hampir sahaja untuk membuka tirai jaringan, namun percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh David De Gea.

Minit ke-26, hasil dari sudut sepakan penjuru, Bruno Fernandes berjaya melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol West, namun bola rembatan beliau sekadar terkena palang gol sahaja.

Minit ke-30 permainan, West Ham United berjaya membuka tirai jaringan menerusi Said Benrahma yang menyempurnakan umpanan dari Jarrod Bowen.

Bowen membawa bola dari tepi lalu melorongkannya ke arah Benrahma yang berada di hadapan kotak penalti tanpa di kawal.

Said Benrahma kemudiannya terus melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol United, dengan bola rembatan beliau terkena badan Varane sebelum masuk menerjah jaringa gawang gol United.

Lima minit selepas dibolosi, giliran Manchester United pula menjaringkan gol, seterusnya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Benrahma sebelum ini.

Bruno Fernandes melakukan hantaran dari luar kotak penalti dan bola hantaran beliau tepat menemui Cristiano Ronaldo yang sempat menghulur kaki menolak bola ke arah gawang gol.

Fabianski berjaya menyelamatkan percubaan pertama Ronaldo, namun bintang Portugal itu menyambar bola muntah dari penjaga gol West Ham untuk menjaringkan gol pertama United dalam perlawanan ini.

Selepas memperoleh gol penyamaan, United kemudiannya semakin bernafsu dan ghairah dalam memburu gol dengan mereka kerap melakukan percubaan mencari gol kedua.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1, dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan cukup menarik sepanjang 45 minit pertama.

Masuk babak kedua permainan, kedua-dua pasukan menunjukkan aksi permainan yang menarik dan menakjubkan dalam usaha mereka untuk mencari gol pendahuluan.

Ketika Jesse Lingard mula memanaskan badan, para penyokong West Ham memberikan tepukan gemuruh tanda menghormati bekas pemain pinjaman mereka itu.

Pada minit ke-89, pemain gantian, Jesse Lingard berjaya menjaringkan gol yang sungguh cantik dan padu menewaskan Fabianski untuk gol kedua United dalam perlawanan ini.

Ia merupakan gol yang cantik dan pujian untuk Lingard walau beliau menjaringkan gol kemenangan, namun kerana menghormati penyokong pasukan tuan rumah, beliau tidak meraikan gol tersebut.

Ketika perlawanan sudah hampir tamat, West Ham United memperoleh kesempatan untuk menjaringkan gol penyamaan selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Bola hantaran dari Yarmolenko terkena tangan Luke Shaw di dalam kotak penalti, dengan pengadil perlawanan bersama VAR bersepakat untuk menghadiahkan penalti kepada West Ham.

Declan Rice awalnya mahu mengambil sepakan penalti tersebut, namum David Moyes telah memasukkan legenda kelab, Mark Noble semata-mata untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Musim ini berkemungkinan musim terakhir untuk Noble dan beliau diberi peluang untuk menjaringkan gol terakhirnya bertemu Manchester United menerusi sepakan penalti tersebut.

Sayangnya mungkin terlalu gugup atau tertekan, dan tidak dinafikan juga kekebalan De Gea menjadi punca Noble gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti itu.

Wisel penamat dibunyikan dengan Manchester United berjaya mengutip tiga mata penuh, untuk menewaskan West Ham di London Stadium.

United ketika ini kekal berada di kedudukan kedua dalam carta liga, mengumpul 13 mata bersama Liverpool namun dipisahkan dari jumlah gol.

Setan merah pada minggu hadapan bakal beraksi bertemu Aston Villa di bumi Old Trafford dengan mereka tentunya mahu terus mengutip tiga mata penting.

United tidak dinafikan sedang berada dilandasan terbaik untuk memburu Piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

WEST HAM (4-2-3-1): Fabianski 7.5; Coufal 7, Zouma 8, Ogbonna 7.5, Cresswell 5.5; Rice 7.5, Soucek 6.5; Vlasic 5 (Yarmolenko 68, 6), Fornals 6.5, Benrahma 6.5 (Lanzini 88); Bowen 7.5 (Noble 90)

Pemain simpanan: Areola, Dawson, Diop, Fredericks, Masuaku, Kral

Penjaring: Benrahma 30

Pengurus: David Moyes 6.5

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 8; Wan-Bissaka 7, Varane 8, Maguire 7, Shaw 7; McTominay 7, Fred 7 (Matic 88); Greenwood 6.5 (Sancho 73, 6), Fernandes 7, Pogba 7.5 (Lingard 73, 7.5); Ronaldo 7.5

Pemain simpanan: Heaton, Bailly, Mata, Martial, Dalot, Matic, van de Beek

Penjaring: Ronaldo 35, Lingard 89

Pengurus: Ole Gunnar Solskjaer 6.5

Pengadil: Martin Atkinson 6.5

BACA:  Christian Eriksen Secara Lisannya Telah Bersetuju Sertai Man United