Pasukan naib juara liga, Manchester United, menutup tirai saingan Liga Perdana pada musim ini dengan kemenangan yang bergaya ke atas Wolverhampton Wanderers di tempat lawan hasil jaringan pemain muda dan pemain tua.
Kemenangan ini juga mengekalkan rekod United yang tidak pernah tewas di gelanggang lawan sepanjang musim ini. Pelik juga kan?
Orang lain power di rumah sendiri, dia power di rumah orang.
Manchester United become just the third team to go an entire Premier League season unbeaten away from home 💪 pic.twitter.com/xOvygjDsYG
— utdreport (@utdreport) May 23, 2021
Dalam perlawanan ini, pengurus Ole Gunnar Solskjaer membuat 10 pertukaran daripada perlawanan sebelum ini di mana dia memasukkan pemain gred B untuk pasukan Syaitan Merah tersebut.
Barisan serangan diketuai pemain berusia 19 tahun, Anthony Mangala dan dibantu oleh Amad Diallo, Juan Mata, Donny Van De Beek dan juga Daniel James.
Pemain yang lain direhatkan untuk mengelakkan kecederaan, memandangkan mereka akan beraksi dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Villareal pada hari Rabu, 26 Mei nanti.
3️⃣8️⃣ / 3️⃣8️⃣
Thank you for supporting us every step of the way during this #PL season — we couldn't have done it without you ❤️
Now our focus switches to Wednesday, and Gdansk! 🇵🇱🏆#MUFC #ReUnited pic.twitter.com/gS3171hZ3J
— Manchester United (@ManUtd) May 23, 2021
Dalam perlawanan menentang Wolves, United mula melancarkan serangan bertali arus bermula minit pertama lagi.
Minit ke-8 mereka nyaris mendapat gol pertama tetapi rembatan dalam kotak penalti oleh Mangala telah pergi ke laut dalam.
Apapun, pada minit ke 13, Mangala menebus kesilapannya sebelum ini apabila menjaringkan gol pertama dalam karier professionalnya selepas menanduk bola hasil hantaran lintang daripada Daniel James.
Selepas gol tersebut, perlawanan dilihat dikuasai Wolves, dan hasilnya pada minit ke 39, mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Nelson Semedo, hasil tolakan mudah dalam kotak penalti.
Bagai orang yang dikejut dari tidur, United mula melancarkan serangan ke gawang Wolves dan pada masa tambahan separuh masa pertama, mereka dianugerahkan tendangan penalti selepas Van De Beek dikasari.
𝐁𝐢𝐠 performance from this man today 😎
👏 @Donny_Beek6 pic.twitter.com/YtCuqJiG4l
— Manchester United (@ManUtd) May 23, 2021
Sebenarnya sentuhan di kaki Van De Beek tu agak sikit sahaja, tapi tu lah, sentuhan tetap sentuhan, maka United menggunakan voucher penalti terakhir mereka pada musim ini.
Pemain yang dikatakan bakal berpindah, Juan Mata, dengan tenang menolak bola ke dalam gol Wolves.
A special goal for a special person ❤️#MUFC | @JuanMata8 pic.twitter.com/YloRRGbFYw
— Manchester United (@ManUtd) May 23, 2021
Pada separuh masa kedua, perlawanan banyak dikuasai oleh anak buah Nuno Espirito Santo tetapi gagal untuk diterjemahkan sebagai gol.
Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.