Premier League 2022/22: Watford 0-5 Liverpool

Sedikit keresahan buat Liverpool tatkala saingan Premier League kembali bersambung selepas berehat untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa yang membabitkan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Liverpool tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol berbisa mereka, Alisson Becker dan Fabinho yang terlibat dengan tugasan bersama pasukan Brazil untuk kelayakan Piala Dunia yang tamat pada hari jumaat.

Lawan Liverpool adalah sekadar Watford yang boleh menjadi makanan walaupun tanpa Allison Becker dan Fabinho yang dilaporkan terus terbang ke Sepanyol untuk perlawanan Champions League menentang Atletico Madrid.

Caoimhin Kelleher mendapat kepercayaan Jurgen Klopp untuk mengambil alih tugas Alisson Becker di gawang berbanding Adrian dalam perlawanan menentang Watford ini.

Mohamed Salah terus membuktikan bahawa beliau bukanlah sekadar mesin pencetak gol buat Liverpool malahan mahu merencana serangan untuk rakan sepasukan menjaringkan gol.

Hantaran Mohamed Salah menggunakan bahagian luar kaki sememangnya tidak dijangka pemain Watford menyaksikan bola sampai kepada Sadio Mane untuk disudahkan pada minit ke-9.

Gol pertama Liverpool ke atas Watford ini merupakan gol yang ke-100 Sadio Mane di Premier League dan lebih istimewa 100 gol Sadio Mane ini tanpa sebarang sepakan penalti.

Sadio Mane merupakan pemain ketiga menjaringkan 100 gol atau lebih di Premier League tanpa sebarang penalti selepas Les Ferdinand (149) dan Emile Heskey (110).

Pemain dari Senegal itu juga telah menjadi pemain ketiga dari Afrika menjaringkan 100 gol Premier League selepas Didier Drogba dan Mohamed Salah yang melakukannya pada bulan lepas.

Hantaran bijaksana dari Sadio Mane kepada James Milner disebelah kiri yang terus melakukan satu square pass kepada Roberto Firmino yang langsung tidak dikawal.

Satu tolakan mudah dari Roberto Firmino ke gawang yang terbuka luas untuk gol kedua pada minit ke-37.

Pada minit ke-49, Mohamed Salah dengan geniusnya telah melencongkan bola di celahan pemain Watford dan berjaya ditepis keluar oleh Ben Foster.

Pada minit ke-52, Roberto Firmino menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga Liverpool juga dengan satu tolakan mudah.

Gol berpunca dari satu serangan balas pantas, Andrew Robertson melakukan satu hantaran lolos untuk mencari Mohamed Salah.

Namun bola itu telah dipotong dengan tidak kemas oleh Craig Cathcart dan bola menuju ke gawang sendiri yang terbuka. Firmino datang dan terus menolak masuk.

Mohamed Salah menjaringkan gol keempat dengan penuh bergaya aapbila dengan liciknya berjaya melepasi kepungan tiga pemain Watford.

Craig Cathcart juga untuk menghalang Salah namun dihantar ke tanah dengan gelecekan Salah yang disudahkan dengan satu percubaan lencong ke tiang yang jauh.

Neco Williams yang masuk menggantikan James Milner pada minit ke-83 telah membuat satu assist dipenghujung perlawanan untuk gol kelima Liverpool.

Suapan Neco Williams mencari Roberto Firmino yang tidak dikawal untuk tolakan mudah buat kali ketiga dalam perlawanan ini yang digelar hatrik.

Sangat tidak jelas permainan Watford yang dibimbing oleh Claudio Ranieri yang gagal untuk menyaingi kepantasan Liverpool samada ketika bertahan atau menyerang.

Bekas penjaga gol Manchester United, Ben Foster melakukan beberapa aksi menyelamat dari terus dibolosi lebih dari lima gol.

Hadirin di Vicarage Road dan dihadapan televisyen menyaksikan trio Liverpool Salah, Firmino dan Mane masing-masing mencatatkan nama selaku penjaring.

Kesebelasan utama Watford : Ben Foster, Kiko Femenia, William Troost-Ekong, Craig Cathcart, Danny Rose, Ismaila Sarr, Juraj Kucka, Moussa Sissoko, Adam Masina, Juan Hernandez, Emmanuel Bonaventure Dennis.

Pemain Simpanan : Ngakia, Louza, Cleverley, Joao Pedro, Sema, Gosling, Fletcher, Tufan, Bachmann.

Kesebelasan utama Liverpool : Caoimhin Kelleher, Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson, James Milner, Jordan Henderson, Naby Keita, Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.

Pemain Simpanan : Konate, Gomez, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Jota, Tsimikas, Origi, Williams.

Pengadil perlawanan : Jon Moss (W Yorkshire).

BACA:  Kerana Menunggu Liverpool Jadi Juara, Penyokong Ini Tidak Potong Rambut Sejak 2003