Premier League 2022/23: Arsenal 3-2 Manchester United (Agregat 4-5)

Arsenal 3-2 Manchester United satu perlawanan yang sedap dan antara yang terpaling menarik musim ini di Premier League dan dikatakan telah mengembalikan kisah klasik untuk masa depan.

Perlawanan klasik mengimbau kembali kenangan dan kehangatan perlawanan ketika kedua-dua pasukan masih lagi dibimbing oleh pengurus legenda Sir Alex Ferguson dan Encik Arsene Wenger.

Arsenal telah mencipta kebangkitan sensasi selepas ketinggalan kepada Manchester United untuk mencatatkan kemenangan berharga dan terus menjarakkan diri dengan gayat di puncak dengan gol minit akhir.

Perlawanan ditunggu-tunggu minggu ini menemukan pendahulu liga, Arsenal dan Manchester United yang berkunjung ke Stadium Emirates dalam misi meraih mata penuh selepas kehilangan mata kepada Crystal Palace.

Arsenal mahu meneruskan rentak kemenangan mereka manakala Manchester United pasti mahu menghadiahkan kekalahan kedua kepada Arsenal selepas menjadi satu-satunya pasukan yang menewaskan Arsenal musim ini.

Erik Ten Hag melaungkan keyakinan untuk menang kerana mereka menewaskan Arsenal tanpa Casemiro pada awal musim dan kini Casemiro tidak dapat beraksi kerana penggantungan.

Arsenal jelas mendominasi permainan dari sepak mula apabila garang menyerbu kubu Manchester United dan mudah lepas tanpa kehadiran Casemiro yang teramat dirasai.

Sepakan Martin kaki kiri Martin Odegaard tidak berapa tepat ke arah bola selepas menerima setting cantik dan terus meneutralkan situasi bahaya.

Bruno Fernandes terus tantrum selepas pengadil tidak mengendahkan permintaan sepakan penaltinya selepas dia melanggar Aaron Ramsdale dalam kotak.

Disebalik serangan bertali arus Arsenal yang begitu ketara, Marcus Rashford meletakkan Manchester United dihadapan pada minit ke-17 dengan merembat cantik lorong Bruno Fernandes.

Gol ke-9 Marcus Rashford dalam 9 perlawanan dan itu merupakan percubaan tepat pertama Manchester United dalam perlawanan ini.

Arsenal terus mengasak dari segenap sudut, Gabriel Matinelli cuba melengcongkan bola selepas menerima sepakan penjuru namun rembatannya itu tidak cukup lencong.

Reaksi balas segera dihadirkan Arsenal apabila Edward Nketiah telah menyamakan kedudukan pada minit ke-24 selepas menanduk bebas lagi cantik hantaran Granit Xhaka.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh David De Gea kecuali memerhatikan saja gol itu masuk. Aksi sang juara telah dipamerkan oleh Arsenal.

Scot McTominay mencuba selepas menerima hantaran Antony dengan cuba melencongkan bola ke kiri Aaron Ramsdale namun penjaga gol Arsenal itu berjaya menepis keluar untuk sepakan penjuru.

Mikel Arteta telah dilayangkan kad kuning selepas membantah kekasaran Luke Shaw dan empat jari diangkat mengingatkan pengadil sebanyak empat kali Luke Shaw curang selepas menjatuhkan Bukayo Saka.

Hampir 40 minit permainan barulah Manchester United mampu untuk mengimbangi permainan dan dipenghujung 45 pertama, Saka hampir merobek lagi gawang Setan Merah namun tiada hasil.

Arsenal meneruskan rentak permainan cantik dan menawan mereka dan selepas 8 minit permainan bersambung Bukayo Saka menjaringkan gol kedua untuk comeback sensasi.

Hantaran Takehiro Tomiyasu disambut Saka yang sepertinya mahu memotong ke dalam dan melepaskan satu rembatan padu dari luar kotak untuk menewaskan David De Gea. Sungguh jahat gol itu.

Ini merupakan gol ketiga berturut-turut Saka menentang Manchester United dan pemain ketiga Arsenal melakukannya selepas Freddie Ljungberg (1998-2000) dan Thierry Henry (2000-2001).

Marcus Rashford cuba segera membalas dengan rembatan deras namun Aaron Ramsdale unggul untuk melakukan hadangan dan mengecewakan Manchester United.

Giliran Manchester United pula membalas berpunca dari sepakan penjuru Cristian Eriksen, Ramsdale keluar menepis bola sampai ke arah Lisandro Martinez yang terus melakukan sundulan anjing laut untuk gol pertamanya bersama Setan Merah.

Martin Odegaard terlepas lagi peluang kali ini rembatannya telah berjaya dihadang oleh betis Cristian Eriksen untuk sepakan penjuru yang tiada hasil.

Arsenal terus datang dan datang dan datang lagi langsung tidak memberi ruang kepada Manchester United untuk mendapatkan sedikit ketenangan.

Lisandro Martinez tenang menadah rembatan deras Gabriel Marinelli dengan kepalanya yang bersemutar hitam tanpa rasa meleki, Setan Merah terus ditekan.

Rembatan jarak dekat Edward Nketiah telah berjaya diselamatkan De Gea, peluang keemasan untuk Arsenal mendahului.

Akhirnya rembatan Martin Odegaard yang tersasar disambut dengan tolakan onleh Nketiah dan VAR cuba membantu Setan Merah tetapi tiada kecurangan yang bernama ofsaid dari Arsenal.

Arsenal menang dengan penuh dramatik di Emirates.

Kesebelasan Utama Arsenal : Aaron Ramsdale; Ben White, William Saliba, Gabriel Magalhaes, Oleksandr Zinchenko; Thomas Partey; Martin Odegaard, Granit Xhaka; Bukayo Saka, Edward Nketiah, Gabriel Martinelli.

Pemain Simpanan : Turney, Tierney, Tomiyasu, Holding, Lokonga, Vieira, Smith Rowe, Marquinhos, Trossard.

Kesebelasan Utama Man Utd : David De Gea; Aaron Wan-Bissaka, Raphael Varane, Lisandro Martinez, Luke Shaw; Scott McTominay; Bruno Fernandes, Christian Eriksen; Antony, Wout Weghorst, Marcus Rashford.

Pemain Simpanan : Heaton, Lindelof, Maguire, Malacia, Fred, Mainoo, Pellistri, Elanga, Garnacho.

Pengadil : Anthony Taylor.

Premier League 2022/23: Manchester United 3-1 Arsenal

Pertembungan antara Arsenal dan Manchester United yang berlangsung di Old Trafford menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan terutamanya oleh peminat Liverpool yang pasti mahu melihat Setan Merah melingkup selepas mereka hanya sekadar seri.

Arsenal menunjukkan prestasi yang amat menakjubkan apabila mencatatkan kemenangan 100 % selepas lima perlawanan dan terus mengemudi liga dengan tenang.

Lantaran prestasi semasa ini, peminat Arsenal telah mendabik dada dan mula kelihatan apabila melaungkan Invincibles 2.0 bakal terjadi musim ini.

Manchester United yang terciduk teruk di dua perlawanan pertama mempamerkan peningkatan yang ketara apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut termasuklah ke atas Liverpool yang dicanang hebat.

Melihatkan kepada Setan Merah yang masih mencari rentak, peminat pasukan meriam ini yakin mereka mampu meraih kemenangan yang ke-6.

Jika dikenang kembali kepada 5 lawan pertama Arsenal setakat ini adalah pasukan biasa-biasa dan bertahap bot sahaja seperti dalam permainan PUBGM.

Manchester United yang ting-tong mengalahkan orang mabuk gam tetapi masih lagi big 6 dan bolehlah dianggap sebagai ujian sebenar Arsenal.

Casemiro dan Antony yang dibeli untuk memperkuatkan pasukan pasti akan menjadi tumpuan, hanya Antony bermula dari kesebelasan utama dan Casemiro di bangku simpanan.

Permainan bermula dengan Manchester United mempamerkan kegarangan dengan permainan penuh meyakinkan dan Antony melakukan satu aksi menghiburkan lagi berseni.

Cristian Eriksen hampir membuka jaringan awal tetapi rembatannya tersasar dan Arsenal secara perlahan-lahan mendapat rentak untuk menyimbangi perlawanan.

Pada minit ke-12, Gabriel Martinelli berjaya meletakkan Arsenal dihadapan dengan satu penyudah yang tenang namun gol itu telah dibatalkan.

Melalui pemeriksaan Video Assistant Referee (VAR) jelas kelihatan, Martin Odegaard telah mengasari Cristian Eriksen yang membawa kepada terhasilnya gol Martinelli.

Pengadil telah membatalkan jaringan itu dan membuatkan penyokong Arsenal koyak teruk. Pengadil dimaki walaupun jelas ada kekasaran.

Pemain yang baru tiba di hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas ini, Antony terus membuktikan bisanya berkadaran dengan harga yang telah dibayar.

Hanya 35 minit diperlukan Antony dalam perlawanan debut bersama Setan Merah untuk membuka akaun gol dan juga gol pertama perlawanan selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford.

Antony menjadi pemain pertama menjaringkan gol di separuh masa pertama ketika menentang Arsenal di saingan Premier League musim ini selepas 6 perlawanan sudah berlalu.

Gol tunggal Antony itu bertahan sehingga tamat separuh masa pertama dan Bukayo Saka telah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 selepas Cristiano Ronaldo masuk menggantikan Antony.

Gol berpunca dari satu clearance tidak kemas dan bola telah sampai kepada Saka yang tidak dikawal untuk disudahkan.

Namun gol Saka itu hanya bertahan untuk tempoh 6 minit sahaja apabila Marcus Rashford kembali meletakkan Setan Merah di depan.

Serangan pantas Manchester United menyaksikan Bruno Fernandes melakukan satu hantaran genius dan beraras tinggi disusuli satu larian bijak dari Rashford.

Selepas gagal menyudahkan beberapa peluang akhirnya, Manchester United menjaringakan gol ketiga pada minit ke-74 melalui satu counter attack.

Bola dijolok kepada Cristian Eriksen yang telah membelah pertahahanan Arsenal dan Rashford pantas melakukan larian tidak seperti sebelum ini,

Eriksen pantas dan hanya berdepan dengan Aaron Ramsdale namun Eriksen tidak tamak seperti Bruno Fernandes.

Melihat Rashford datang di tepi dan berada di posisi terbaik untuk menjaringakan gol, Eriksen menghantar bola kepada Rashford.

Satu rembatan terus ditembak Rashford ke gawang terbuka. Jaringan yang terus membunuh perlawanan dan Casemiro dan Harry Maguire masuk pada minit ke-80.

Buat pertama kalinya sejak oktober 2020 vs Newcastle, Marcus Rashford menjaringkan gol dan mencipta assist dalam perlawanan Premier League. Lama mendap.

Kemasukkan Maguire adalah untuk mengurangkan tekanan Arsenal supaya dapat memberi lebih cabaran namun itu tidak terjadi.

Maguire terus mengutip kad kuning usai masuk namun Arsenal tidak berjaya untuk melawan lagi sebelum tewas 3-1.

Kekalahan ini menyebabkan pengadil dan VAR di maki hamum penyokong Arsenal dan penyokong terpaling kecewa adalah penyokong Liverpool.

Manchester United (4-2-3-1/4-3-3): De Gea; Dalot, Varane, Martinez, Malacia; McTominay, Eriksen, Fernandes; Antony, Sancho, Rashford.

Pemain Gantian: Heaton, Dubravka, Lindelof, Maguire, Ronaldo, Fred, Casemiro, Shaw, Elanga.

Arsenal (4-3-3): Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Lokonga, Xhaka, Odegaard; Saka, Martinelli, Jesus.

Pemain Gantian: Turner, Tierney, Smith Rowe, Nketiah, Holding, Cedric, Tomiyasu, Vieira, Marquinhos.

Referee: Paul Tierney

BACA:  Champions League 2020/21: RasenBallsport Leipzig 3-2 Manchester United