Disebalik kehangatan Piala FA yang berlangsung dipertengahan minggu, Premier League meneruskan saingan di mana Arsenal sekali lagi bertemu pasukan penuh bermasalah Everton.
Everton merupakan pasukan kedua menewaskan Arsenal musim ini selepas Manchester United sebelum Manchester City menjadi pasukan ketiga, pastinya tiga mata dimahukan oleh Mikel Arteta dan pemainnya.
Selepas 40 minit permainan berlangsung barulah Arsenal berjaya membuka tirai jaringan melalui Bukayo Saka yang menyempurnakan lorongan cantik Oleksandr Zinchenko.
12 – @Arsenal have named an unchanged XI for the 12th time in the Premier League this season, equalling their most games without a change in a single season in the competition (12 in 1996-97). Stability. pic.twitter.com/h1jFWhY1cP
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2023
Bukayo Saka tenang mengawal bola dengan satu turn cantik menolak bola sebelum melepaskan rembatan deras kaki kanan yang menghentam palang dan bola menerjah ke gawang.
Pada masa kecederaan separuh masa pertama Gabriel Martinelli telah menggandakan kedudukan kali ini Bukayo Saka mencetak nama selaku pencipta bantuan gol.
Video Assistant Referee (VAR) melakukan penilaian kepada gol itu sebelum disahkan kerana ada unsur ofsaid ketika jaringan itu tercipta.
50 – Bukayo Saka has become the sixth-youngest player in Premier League history to reach 50 goals+assists in the competition, after Michael Owen, Wayne Rooney, Robbie Fowler, Cesc Fàbregas and Chris Sutton. Jewel. pic.twitter.com/JFRVnK4BX8
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2023
Perlawanan antara Arsenal dan Everton ini tidaklah menarik dan seimbang dari dari percubaan untuk 45 minit pertama walaupun Arsenal menguasai 66 peratus perlawanan.
Dua percubaan tepat dari Arsenal dari tiga percubaan berjaya dijelmakan sebagai dua jaringan manakala dengan statistik yang sama Everton gagal menghadirkan gol.
10 + 10 – Bukayo Saka and Gabriel Martinelli have both scored their 10th league goals of the season tonight; @Arsenal are the only team with two players who have reached double figures in the Premier League this campaign. Playground. pic.twitter.com/8DZSjWNMa7
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2023
Dua gol ternyata tidak cukup untuk Arsenal yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke-71 melalui rembatan deras jarak dekat Martin Odegaard menyempurnakan umpanan Leandro Trossard.
Pada minit ke-80, Gabriel Martinelli menjaringkan gol keempat dan gol kedua peribadi menyudahkan hantaran Eddie Nketiah.
Kemenangan ini kembali menjarakkan kedudukkan mata Arsenal dengan Manchester City kepada 5 mata dengan jumlah perlawanan yang sama dengan 13 permainan berbaki.
12 – Arsenal have scored 4+ goals in a match against Everton for the 12th time in the Premier League, more than any side has done against another in the competition's history. Flattened. pic.twitter.com/mDrCcaJF40
— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2023
Tiada pemain lain di bawah umur 22 tahun telah menjaringkan lebih daripada lima gol Liga Perdana musim ini tetapi kedua-dua Saka dan Martinelli mencapai dua angka dengan jaringan separuh masa pertama dalam kemenangan selesa 4-0.
Seterusnya untuk Arsenal ialah kunjungan dari Bournemouth yang bergelut pada hari Sabtu kerana harapan mereka untuk menamatkan penantian hampir dua dekad untuk gelaran Liga Perdana terus meningkat di setiap perlawanan.
Kesebelasan Utama Arsenal: Ramsdale, White, Saliba, Gabriel, Zinchenko, Xhaka, Jorginho, Odegaard, Saka, Martinelli, Trossard.
Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Tomiyasu, Holding, Kiwior, Partey, Vieira, Smith Rowe, Nketiah.
Kesebelasan Utama Everton: Pickford, Mykolenko, Keane, Tarkowski, Coleman, Gueye, Doucoure, Onana, Iwobi, McNeil, Maupay
Pemain Simpanan: Begovic, Holgate, Mina, Godfrey, Coady, Vinagre, Davies, Gray, Simms.