Premier League 2022/23: Arsenal Kalah Bermaruah 4-1 Di Etihad

Manchester City berdepan dengan Arsenal dalam aksi EPL yang berlangsung di Stadium Etihad.

Arsenal memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 2003. Di mana skuad bimbingan Mikel Arteta itu mendahului City 5 mata sebelum sepak mula perlawanan,.

Manchester City pula berusaha mempertahankan kejuaraan liga mereka buat musim ketiga berturut turut.

Sebelum perlawanan bermula, Manchester City sudah bermain dengan perang saraf. Di mana mereka mempamerkan piala EPL di atas padang.

Bertempat di Etihad, Manchester City terlebih dahulu di hadapan menerusi gol pada minit ke-7 oleh Kevin De Bruyne.

Membuatkan Arsenal menjadi lawan kegemaran Brock Lesnar cawangan Belgium itu. Di mana dia sudah mencetak 7 gol ke atas Arsenal. Paling banyak dia jaringkan ke atas satu pasukan.

Arsenal langsung tidak memberikan reaksi seperti yang diharapkan. Di mana mereka terus didominasi oleh Man City. Mikel Arteta pula kelihatan buntu di tepi padang memikirkan apa yang sedang berlaku.

Ketika Arsenal mengharapkan separuh masa pertama tamat, kerana mereka mahu mendengar taklimat taktikal, Man City menambah gol menerusi John Stones.

John Batu Batuan itu telah menanduk kemas bola masuk ke gawang Arsenal. Namun peminat peminat setia Man City terpaksa menunggu beberapa minit untuk memastikan VAR berpihak mereka.

Dan VAR mengesahkan gol tersebut sebagai sungguh suci dan sungguh murni ibarat minyak masak seri murni.

Arsenal mungkin bernasib baik kerana Erling Haaland masih ada simpati kepada mereka. Di mana pemain antarabangsa Norway itu terlepas beberapa peluang keemasan, yang kebiasaannya tidak akan dilepaskannya.

De Bruyne menjadi pencipta kepada gol itu menerusi sepakan percuma yang hebat dan mantap.

Separuh masa pertama berakhir dengan Man City 2 dan Arsenal 0. Di mana pasukan Manchester City kelihatan sangat ampuh dari segenap segi.

Separuh masa kedua, Arsenal cuba mengurangkan dominasi melampau Manchester City.

De Bruyne meledak lagi pada minit ke-54 dengan satu percubaan daripada jarak dekat. Kredit kepada Erling Haaland yang berjaya mengekalkan bola di kakinya dan kemudian menghantar kemas kepada De Bruyne.

Ternyata Aaron Ramsdale tidak mampu berbuat apa apa tentang gol itu. Dia tidak dapat menyelamatkan bola yang sangat cantik dan tepat.

Mikel Arteta kemudian memasukkan Lord Nketiah dan mengharapkan magis daripada Reiss Nelson sekali lagi.

Gabriel Jesus dikeluarkan dan diberikan tepukan penghargaan di Etihad oleh penyokong penyokong Manchester City.

Pada minit akhir, Arsenal menjaringkan gol pertama menerusi Rob Holding menerusi satu rembatan deras. Gol itu adalah gol saguhati buat Arsenal.

Kredit pastinya kepada Leandro Trossard yang menggelecek beberapa pertahanan sebelum mencipta peluang unggul untuk disudahkan Holding dengan satu teknik rembatan yang hebat.

Holding tidak mahu berlengah dan meminta rakan rakannya segera kembali agar permainan segera disambung semula.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir 3-1, Erling Haaland yang rambutnya terlerai, tak sempat nak ikat balik, mencetak gol cemerlang.

Haaland pastinya sangat lega kerana dia sangat bekerja keras dalam perlawanan ini.

Ianya menutup rapat sebarang peluang Arsenal untuk bangkit mengikat Man City.

Walaupun kalah, Arsenal tetap 2 mata di atas Man City di puncak carta liga. Dan peluang untuk Arsenal menjadi juara masih cerah.

Man City kini perlu memastikan mereka tidak keciciran mata dalam baki 2 perlawanan yang mereka ada berbanding Arsenal.

Adakah Arsenal akan menjadi juara pada akhir musim ini?

BACA:  Allegri Sahkan Tidak Akan Menguruskan Lagi Pasukan Serie A Selepas Juventus, Chelsea Dilaporkan Berminat