Premier League 2022/23: Arsenal Pamer Kebangkitan Dan Semakin Menghampiri Kejuaraan EPL

Arsenal terus menjadi perhatian dunia sekali lagi. Peminat bola sepak sejagat benar benar tidak senang duduk kalau sehari pun tanpa menyaksikan Arsenal beraksi.

Kali ini, Arsenal sekali lagi keciciran mata dalam aksi Liga Perdana Ingggeris selepas terikat dengan pasukan Brentford 1-1 di tempat sendiri.

Arsenal menjamu kunjungan Brentford di Stadium Emirates pada aksi Sabtu, dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersambung semula selepas cup competition.

Sebelum ini Arsenal tewas bermaruah 0-1 kepada Everton dalam aksi pertama Sean Dyche menjadi pengurus The Toffees.

Jadi, perlawanan menentang Brentford menjadi peluang penting untuk mereka bangkit, sebelum berdepan Manchester City pada pertengahan minggu akan datang.

Arsenal berpeluang kembali melebarkan jurang mata kepada 8 mata jika menang ke atas pasukan dengan julukan nama Sang Lebah itu.

Dan Arsenal berjaya membuktikan kebangkitan dengan seri 1-1 selepas kekalahan mereka sebelum ini. Bukan semua pasukan mampu melakukannya, bangkit dengan segera.

Sekaligus semakin hampir dengan kejuaraan Liga Inggeris pertama mereka sejak 2003/04. Arsenal di bawah Mikel Arteta ternyata pasukan yang berbeza.

Tuan rumah kelihatan sangat dominan, tetapi seringkali diancam pada separuh masa pertama dengan sistem permainan berkampung oleh Brentford dan melancarkan serangan balas apabila Arsenal sudah mara ke depan.

Arsenal berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-66 menerusi Leandro Trossard. Jaringan pertamanya untuk Arsenal selepas dia menyertai kelab itu beberapa minggu lalu.

Dia ternyata satu pembelian yang genius dibuat Arsenal dengan harga jauh lebih murah daripada Mudryk.

Trossard meraikan gol itu dengan gaya meneropong ke arah penyokong, isyarat dia sudah semakin nampak Piala EPL.

Tetapi Brentford Brentford terus membalas gol itu menerusi jaringan oleh Ivan Toney pada minit ke-74.

Sepanjang perlawanan Arsenal berterussan mengasak ke kubu Brenford dari awal sehingga akhir.

Membuatkan penyokong pelawat termasuk penyokong City dan Liverpool ehh sorry, Manchester United tidak senang duduk dibuatnya.

Kelab yang sinonim dengan gelaran Sang Meriam itu berjaya menguasai 70 peratus permainan dan melakukan 23 percubaan ke gawang lawan.

Barisan serangan mereka sangat laju dan bergerak pantas seperti RXZ baru tukar spoket dan potong blok.

Peminat tidak henti henti disajikan dengan aksi aksi yang memukau daripada Arsenal.

Bukti bahawa perlawanan ini sangat menghiburkan, sarat dengan seni bola sepak yang indah dipamerkan anak anak muda kota London Utara itu.

Tetapi sayangnya, aksi  berakhir dengan 1-1.

Walaupun seri Arsenal kini semakin cerah peluang mereka menjuarai EPL dengan 6 mata di atas Manchester City.

Dengan baki 17 perlawanan lagi, Arsenal sudah mengutip 51 mata.

Brentford pula di atas pasukan juara Eropah enam kali Liverpool dan Chelsea di kedudukan kelapan dengan 34 mata.

Pengurus Brentford sendiri iaitu Thomas Frank memuji kehandalan Arsenal musim ini dan menjangkakan Arsenal akan menjadi juara musim ini.

Perlawanan seterusnya, Arsenal akan menunaikan aksi yang ditangguhkan sebelum ini, menentang Manchester City.

Seterusnya mereka dijangka tiada masalah menewaskan Aston Villa dalam aksi berikutnya.

Tekanan kini di bahu Manchester City yang melalui minggu ini dengan dituduh sebagai penipu besar kerana memalsukan dokumen kewangan mereka.

Dan City sedang cuba berjuang mengelak daripada hukuman berat kerana salah laku pengurusan kewangan.

Barisan pemain Arsenal vs Brentford  – EPL 2022/23:

Arsenal FC: Aaron Ramsdale; Ben White, William Lilina, Gabriel Magalhaes, Oleksandr Zinchenko; Thomas Partey, Granit Xhaka (Fabio Vieira 81′); Bukayo Saka, Martin Odegaard, Gabriel Martinelli (Leandro Trossard 62′); Eddie Nketiah

Brentford: Kerajaan David; Kristoffer Ajer, Ethan Pinnock, Ben Mee; Mads Rasmussen Roerslev, Vitaly Janelt (Dasilva 71′), Christian Norgaard, Mathias Jensen, Rico Henry; Ivan Toney (Schade 97′), Bryan Mbeumo (Wissa 71′)

BACA:  Mourinho Beri Gambaran Masa Depan Mkhitaryan Bukan Di Manchester United