Premier League 2022/23: Crystal Palace 0-2 Arsenal

Perlawanan antara Crystal Palace dan Arsenal merupakan perlawanan pembuka tirai Premier League bagi musim 2022/23 dan liga paling kompetitif di dunia akan kembali menjadi tumpuan peminat bola sepak saban minggu.

Pertemuan ini pasti menjadi tumpuan ramai kerana dilangsungkan lebih awal di awal pagi sabtu berbanding perlawanan lain yang akan menyusul kemudian.

Tambahan pula dunia pasti mahu menyaksikan apa yang mampu dilakukan Arsenal dengan mengadakan satu urusniaga yang baik di jendela perpindahan bagi memperkasakan pasukan.

Arsenal sejak musim lalu telah membina pasukan dengan membawa masuk pemain yang diinginkan Mikel Arteta yang disokong kuat oleh Edu sebagai pengarah sukan.

Pada musim lalu Arsenal bermula buruk namun bangkit mengejar dan berjaya menjadi pasukan empat teratas sebelum sendu dipenghujung musim dan terlepas tempat ke Champions League walaupun satu ketika sudah hampir mengesahkan slot itu milik mereka.

Lantaran itu, Mikel Arteta telah menambah kualiti pasukan bagi mendapatkan prestasi yang konsisten musim ini dengan mendapatkan Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko, manakala William Saliba pula telah pulang selepas menjalani tempoh pinjaman yang panjang.

Rata-rata memuji kerana Arsenal mendapat pemain yang berkualiti ditambah pula dengan Fabio Vieira yang berpontensi besar untuk menjadi pemain bintang.

Crystal Palace pula agak sunyi dijendela perpindahan musim panas ini dan berjaya membawa masuk Cheick Doucoure yang membuat debut dalam perlawanan ini.

Topik utama untuk Crystal Palace adalah bagaimana mereka akan menyesuaikan diri selepas kehilangan Conor Gallagher dari awal hanya berstatus pemain pinjaman yang kini kembali ke Chelsea.

Patrick Vieira menamatkan musim lalu ditangga yang ke-12 dalam musim debut yang agak cemerlang.

Arsenal mempunyai ketua pasukan baharu untuk musim ini apabila Martin Odegaard telah menggalas tanggungjawab besar membimbing rakan sepasukannya.

Arsenal memulakan perlawanan dengan permainan yang penuh meyakinkan penuh dengan semangat dan motivasi dan Ebere Eze menjadi pemain pertama yang menyentuh bola musim ini.

Seawal minit ke-4 Arsenal sudah membazir apabila Gabriel Martinelli telah terlepas peluang pertama untuk menghasilkan jaringan.

Empat minit kemudian Oleksandr Zinchenko telah melakukan satu rembatan kencang yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Palace, Vicente Guaita.

Cantik, kemas dan indah permainan Arsenal dari awal sehinggalah selepas mereka mendapat gol pertama pada minit ke-20 di mana Arsenal mula huru hara.

Gol berpunca dari sepakan penjuru yang disambar dengan tandukan dari Oleksandr Zinchenko menhantar kembali bola ke depan gawang Palace dan terus disambar dengan sundulan dari Gabriel Marinelli.

Crystal Palace mula mendapat rentak mereka dan pada minit ke-34 bola terkena tangan Gabriel namun tiada penalti dari pengadil kerana lawan mereka adalah Palace maka tiada kontroversi.

Anak buah Patrick Vieira akhirnya mendapat peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan dipenghujung perlawanan namun tnadukan Edouard diselamatkan Aaron Ramsdale.

Palace terus memperkemaskan permainan dan sekali hampir menyamakan kedudukan melalui Eberechi Eze namun gagal menewaskan Aaron Ramsdale, padu hantaran Zaha.

Bukayo Saka terus membunuh perlawanan dengan gol kedua pada minit ke-85 bagi memastikan tiga mata diperoleh Arsenal dan terus gayat di puncak.

Dengan kemenangan ini telah memberikan Mikel Arteta kemenangan ke-50 bersama Arsenal selepas 98 perlawanan kedua terpantas selepas Arsene Wenger yang mencapai kemenangan ke-50 dalam 94 perlawanan.

Gabriel Jesus walaupun tanpa sebarang gol nyata telah menghidupkan jentera serangan Arsenal dengan agak mengancam.

William Saliba yang membuat debut ketiga bersama Arsenal mempamerkana aksi yang membuka mata dan kental mempertahankan gawang.

William Saliba menyertai Arsenal pada 2019 dan telah dipinjamkan ke Saint Etienne, Nice dan Marseille untuk menimba pengalaman sebelum kembali bersama Arsenal.

Dalam tempoh pinjaman ke Marseille, Saliba berjaya mendapat panggilan pertama dari skuad kebangsaan Perancis pada Mac 2022 dan telah pun membuat 5 penampilan setakat ini.

Status pemain pinjaman pun dapat called up pasukan kebangsaan.

Kesebelasan Utama Crystal Palace (4-3-3) Guaita; Clyne, Andersen, Guehi, Mitchell; Eze, Doucoure, Schlupp; Ayew, Edouard, Zaha.

Pemain Simpanan: Johnstone, Ward, Milivojevic, Mateta, Hughes, Ebiowei, Richards, Riedewald, Plange.

Kesebelasan Utama Arsenal (4-2-3-1) Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Partey, Xhaka; Saka, Odegaard, Martinelli; Jesus.

Pemain Simpanan: Turner, Tierney, Holding, Cedric, Lokonga, Elneny, Nketiah, Pepe, Nelson.

Pengadil Perlawnan: Anthony Taylor.

BACA:  Arsenal Raih 3 Mata Lagi, Emerson Royal Buat Tackle Bongok