Premier League 2022/23: Liverpool 2-0 Everton

Kejutan terbesar dan luar biasa dalam bola sepak bagi tahun 2023 apabila Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Premier League bagi tahun baru ini.

Lebih manis apabila kemenangan ini diraih dalam perlawanan Merseyside Derby menewaskan jiran dekat mereka yang amat dibenci, Everton di gelanggang keramat Liverpool, Anfield.

Mohamed Salah mencetak nama selaku penjaring gol pembukaan dan Cody Gakpo menggandakan kedudukan sekaligus membuka akaun jaringan bersama Liverpool sejak dibeli pada awal tahun.

Kedua-dua stadium kelab Merseyside ini iaitu Anfield dan Goodison Park hanya dipisahkan dengan jarak satu batu atau lebih kurang 1.6 kilometer sahaja.

Liverpool bermain baik sejak awal perlawanan dan walaupun Everton musuh ketat namun mereka adalah musuh yang lemah dan dibelenggu pelbagai masalah tetapi tidak merengek seperti Klopp.

Sudah adat dalam perlawanan derby permainan agak panas dan keras lalu menjadikan perlawanan menjadi tegang panas memenuhi ciri-ciri derbi.

Selepas 30 minit permainan masih tiada lagi jaringan terhasil dan dengan reputasi buruk kedua-dua pasukan yang tidak boleh dianggap hebat, perlawanan boleh dilabel agak menarik.

Tandukan James Tarkowski berpunca dari sepakan penjuru telah terkena tiang dan percubaan susulan menyaksikan bola menemui Darwin Nunez yang menolak kepada Mohamed Salah.

Salah pantas menolak kembali kepada Nunez yang terus berlari di sebelah untuk melakukan serangan balas pantas dengan Salah dan Cody Gakpo menyusul di tengah.

Darwin Nunez membuat satu lambungan cantik mencari Salah dan Jordan Pickford membuat bacaan yang salah ketika keluar memudahkan Salah mudah menolak bola ke gawang terbuka.

Dalam sekelipan mata, Everton yang hampir menjaringkan gol telah ketinggalan kepada Liverpool yang amat power pada minit ke-36. Gol ke-100 Salah di Anfield. Jaguh kampung.

Ternyata gol itu menjadi tonik buat Liverpool mendapatkan keyakinan mereka kembali di untuk baki 45 minit kedua dan pada minit ke-49 mereka menggandakan kedudukan.

Andy Robertson berjaya merampas bola dan melakukan satu larian deras membelah padang dengan menolak bola kepada Salah yang menghantar pula kepada Trent Alexander Arnold.

Satu hantaran yang amat jahat dilakukan oleh Trent Alexander Arnold yang hanya lalu antara Conor Coady dan Jordan Pickford yang salah faham lalu bola sampai kepada Cody Gakpo untuk satu tapping mudah.

Bukan kepalang gembira Cody Gakpo meraikan jaringan itu sangat jelas kegembiraan seperti menjulang Premier League dan itu merupakan gol pertama Cody Gakpo bersama Liverpool.

Berbaki lima minit terjadi pertelingkahan antara Andy Robertson dan Jordan Pickford, Conor Coady cuba campur tangan lalu berkerumun la mereka beramai-ramai dengan aksi tolak menolak.

Robertson dan Pickford dilayangkan kad kuning. Mohamed Salah hampir menjaringkan gol ketiga tetapi dinafikan Jordan Pickford.

Kemenangan ini telah diraih Liverpool seperti menjulang piala atau meraih kejuaraan, benda ini tiada apa bagi pasukan lain namun bagi pasukan sampah itu kejayaan terbesar, kemenangan Premier League pertama 2023 kot. Cempion!!

Kesebelasan Utama Liverpool (4-3-3) Alisson Becker; Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Gomez, Andy Robertson; Jordan Henderson, Fabinho, Bajcetic; Mohamed Salah, Cody Gakpo, Darwin Nunez.

Pemain Simpanan: Kelleher, Van Dijk, Milner, Keita, Firmino, Elliott, Jota, Tsimikas, Phillips.

Kesebelasan Utama Everton (4-1-4-1) Pickford; Coleman, Coady, Tarkowski, Mykolenko; Gueye; Iwobi, Doucoure, Onana, McNeil; Simms.

Pemain Simpanan : Begovic, Holgate, Keane, Gray, Mina, Maupay, Godfrey, Davies, Ruben Vinagre.

Pengadil perlawanan : Simon Hooper.

Baca Juga

Baca Juga