Premier League 2022/23: Liverpool 3-1 Southampton

Liverpool turun menentang Liverpool B atau Southampton dalam misi meneruskan kembali rentak kemenangan mereka selepas mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.

Tiada kelibat Jurgen Klopp di tepi padang dalam perlawanan ini dan tempat Klopp itu telah di ambil oleh Pepijn Lijnders.

Jurgen Klopp dikenakan pergantungan satu perlawanan dan juga denda sebanyak £30,000 selepas dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Manchester City.

Hukuman ini berkuat kuasa serta merta dan Klopp digantung untuk perlawanan menentang Southampton namun Klopp masih berkomunikasi dengan pasukan dari tempat duduk penonton.

Nathan Jones pula pengurus baharu dilantik Soton bagi menggantikan Ralph Hasenhuttl yang telah dipecat selepas Soton dibelasah Newcastle United 4-1.

Pengurus dari Wales itu telah diikat Soton selama 3.5 tahun dan perlawanan pertamanya adalah menentang Liverpool.

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan jelas mahu mencari gol seawal mungkin.

Kesalahan taktikal telah dilakukan oleh Duje Caleta-Car dengan menghadang larian dilakukan oleh Mohamed Salah dan menyaksikan kad kuning pertama dilayangkan.

Andrew Robertson mengambil sepakan percuma dengan melambungkan bola ke dalam kotak lalu mudah ditanduk oleh Roberto Firmino yang membelakangi gawang.

Cantik bola itu melantun dari kepada Firmino menuju ke tiang jauh melepasi jangkauan penjaga gol Southampton, Gavin Bazunu.

Begitu saja bola meleleh masuka hanya mampu dilihat sahaja oleh semua. Minit ke-6 Liverpool sudah dihadapan.

Dua minit kemudian, Southampton kembali membalas untuk menyamakan kedudukan dengan gol hampir sama dengan gol pendahuluan Liverpool juga berpunca dari sepakan percuma.

Roberto Firmino telah menarik jatuh Romain Perraud yang tidak memberi pilihan kepada pengadil selain sepakan percuma.

James Ward Prowse melakukan satu sepakan bebas yang tepat mencari kepala Che Adams yang terus melakukan satu sundulan tajam mudah menewaskan Alisson Becker.

Minit kelapan kedudukan kembali seimbang Liverpool 1-1 Southampton.

Southampton gagal mengeluarkan bola dengan kemas untuk beberapa kali berturut-turut dan Harvey Elliot membuat hantaran ke kotak cantik mencari Darwin Nunez.

Satu voli terus dilakukan Nunez untuk menolak mudah bola masuk ke gawang untuk Liverpool kembali dihadapan pada minit ke-21.

Southampton tidak panik dan mengatur gerakan untuk kembali menyamakan kedudukan namun tiada yang berjaya diterjemah sebagai gol.

Liverpool pula tidak meletakkan satu gol dihadapan sebagai satu kedudukan yang selepas apabila terus menekan untuk gol tambahan.

Tiga minit sebelum permainan separuh masa pertama tamat, Darwin Nunez menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga Liverpool dalam perlawanan ini.

Gol sekali lagi berpunca daripada hantaran Andrew Robertson dari sebelah kiri padang yang pantas disambar Nunez untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol.

Bersambung separuh masa kedua, Liverpool masih lagi kelihatan sangat dominan dan langsung tidak memberi peluang kepada Southampton.

Southampton pula seperti mahu membuktikan sesuatu apabila berjaya merobek benteng Liverpool namun dinafikan sentuhan penyudah.

Beberapa peluang berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan namun tiada gol lagi terhasil sehinggalah tamat perlawanan.

Southampton terus kekal di tangga ke-19 dan berjaya memintas Brighton dan Chelsea untuk berada ditangga ke-6 yang bersifat sementara jika Brighton berjaya menewaskan Villa.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Elliott, Fabinho, Thiago, Firmino, Salah, Nunez.

Pemain Simpanan: Milner, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Tsimikas, Carvalho, Bajcetic, Phillips, Doak, Kelleher.

Kesebelasan Utama Southampton: Bazunu, Kotchap, Caleta-Car, Salisu, Perraud, Lavia, Ward-Prowse, Stuart Armstrong, Adams, Elyounoussi, Adam Armstrong.

Pemain Simpanan: McCarthy, Maitland-Niles, Lyanco, Aribo, Mara, Djenepo, Edozie, Diallo, Walcott.

Baca Juga

Baca Juga