Premier League 2022/23: Liverpool 3-3 Brighton

Pengurus baharu Brighton, Roberto De Zerbi tidak mungkin meminta permulaan yang lebih dramatik untuk kehidupan seabgai pengurus bola sepak di England tetapi tidak sepatutnya mengharapkan setiap pertahanan Liga Perdana bermurah hati seperti Liverpool.

Leandro Trossard telah menjadi wira The Seagulls mencetak hatrik penuh bergaya, hatrik pertama dijaringkan oleh pemain lawan di Anfield sejak Andriy Arshavin dari Arsenal pada 2009, namun peminat Liverpool pasti akan lebih bimbang dengan kesilapan pasukan mereka sendiri.

Trent Alexander-Arnold yang semakin sendu di mana tempatnya bersama skuad Piala Dunia England yang akan diumumkan tidak lama lagi pasti menjadi lebih kelam, telah dipersalahkan dalam kedua-dua gol pembukaan Trossard dalam 17 minit pertama.

Dan walaupun apabila anak buah Jurgen Klopp bangkit dengan cara yang sinonim dengan Liverpool untuk menukar defisit 2-0 menjadi pendahuluan 3-2, mereka membuang kemenangan itu dengan baki tujuh minit permainan.

Pemain gantian Kaoru Mitoma memecut di bahagian sayap sebelah Alexander-Arnold dan apabila hantaran lintangnya sampai ke kawasan penalti, Virgil van Dijk cuba untuk membuang bola yang jelas tersasar.

Trossard melihat itu satu peluang yang baik da, menyudahkan dengan satu rembatan padu sehingga Alisson hanya dapat membantu menolak bola ke bahagian atas dalam jaring.

Pengurus Brighton sebelum ini, Graham Potter agak sopan dan beradab ketika meraikan gol tetapi lain pula dengan De Zerbi yang merayakan ketiga-tiga gol dengan lompatan, pelukan dan tumbukan liar di udara.

De Zerbi telah memuji aksi Trossard dan mahu pemain itu terus meledak sambil tidak melupakan jasa Graham Potter yang telah membentuk Brighton menjadi pasukan yang sangat bagus.

“Leandro adalah seorang yang cerewet (pemain bintang), Saya menghantar mesej kepadanya ketika dia bersama pasukan kebangsaan Belgium bahawa dia harus menambah jumlah golnya. Saya tidak fikir dia sudah selesai menjaringkan gol.”

“Saya percaya Potter patut mendapat pujian kerana dia meninggalkan saya pasukan yang hebat. Saya telah cuba untuk tidak membuat sebarang kerosakan dan sudah tentu saya akan menambah idea saya di atas.”

Setelah menerajui kejayaan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Liverpool kini berada di tangga pertengahan liga dan Jurgen Klopp melihat kekecewaan terbaru mereka sebagai satu kemunduran kepada hari-hari awalnya ketika mereka lemah dari segi mental.

“Ia mengingatkan saya pada masa itu. Kami hanya satu gol di hadapan dan semua orang hampir diserang sakit jantung,” Ujar Klopp.

“Kami sepatutnya mempertahankan ketiga-tiga gol dengan lebih baik, tidak ada keraguan tentang itu. Kami harus berjuang. Pemain saya boleh bermain dengan lebih baik dan tugas saya adalah untuk mencipta situasi di mana mereka boleh bermain.”

“Kami berada di bawah tekanan, kami tidak mengabaikannya. Ia benar-benar detik yang perlu kita lalui bersama.”

Kali terakhir Liverpool beraksi di Premier League adalah 28 hari yang lalu dan dalam tempoh itu Brighton telah kehilangan Graham Potter yang menerima lamaran Chelsea menggantikan Thomas Tuchel.

Roberto De Zerbi hadir sebagai pengganti dan menerima kritikan dan telah membuktikan sesuatu dalam perlawanan debut apabila berjaya mencuri mata dari Liverpool.

Brighton boleh menamatkan perlawanan lebih awal sebelum gol kedua terhasil namun peluang dicipta gagal disudahkan Danny Welbeck dan Trossard. Jika tidak mungkin 5 gol berjaya Trossard hasilkan.

Kebangkitan Liverpool dikuasakan oleh Roberto Firmino yang musim ini telah menjadi penyelamat Liverpool dengan dua gol, sebelum Webster menjaringkan gol sendiri.

Namun hatrik Trossard telah menafikan kemenangan Liverpool yang sudah hampir mencipta kebangkitan sensasi sekali lagi.

youtube.com/watch?v=jqaXlSiKb9E

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Tsimikas, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Firmino, Carvalho.

Pemain Simpanan : Gomez, Milner, Adrian, Elliott, Jota, Diaz, Nunez, Arthur, Phillips.

Kesebelasan Utama Brighton: Sanchez, Veltman, Dunk, Webster, March, Caicedo, Mac Allister, Estupinan, Gross, Trossard, Welbeck.

Pemain Simpanan : Lamptey, Colwill, Lallana, Sarmiento, Enciso, Undav, Mitoma, Steele, Gilmour.

Pengadil Perlawanan: Andrew Madley (West Yorkshire)

BACA:  Video: Rangkuman Aksi Dungu Darwin Nunez Bersama Benfica Dan Uruguay