Liverpool mendonia apabila menyamai rekod kemenangan terbanyak di Premier League selepas mencatatkan kemenangan 9-0 ke AFC Bournemouth di Stadium keramat mereka, Anfield.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini mengalami luka besar pada perlawanan ketiga selepas tewas kepada pasukan tercorot liga pada ketika itu, Manchester United.
Pemain paling genius, Roberto Firmino dan Trent Alexander Arnold menjadi dalang kepada kemenangan penuh bergaya dan amat jahat Liverpool.
The Reds di hadapan seawal minit ke-3 lagi selepas sepak mula. Di mana Roberto Firmino mencipta bantuan gol untuk disudahkan Luis Diaz.
Selang 3 minit kemudian pemain tengah Brazil itu terus mencipta satu lagi gol untuk rakannya. Kali ini untuk disudahkan Harvey Elliot untuk gol pertama di Premier League.
Liverpool yang terus mendominasi perlawanan dan mendapat gol ketiga menerusi Trent Alexander Arnold pula, juga menerusi bantuan gol Firmino.
Trent Alexander Arnold melakukan satu percubaan padu dari luar kotak penalti. 3 bantuan gol daripada Firmino ini hadir dalam tempoh 28 minit pertama.
Selepas berhempas pulas mencipta 3 assist untuk rakannya, Firmino tampil sebagai penjaring pada minit ke-31. Di mana dia menghulurkan kakinya untuk gol keempat The Reds.
Ketika perlawanan separuh masa pertama seakan akan berkahir 4-0, Virgil Van Dijk menjadikan kedudukan 5-0 menerusi tandukan cantik, hasil umpanan Robertson daripada sepakan penjuru.
Bournemouth ketinggalan 5-0 di separuh masa pertama. Scott Parker yang kacak bergaya kelihatan bingung untuk mengawal kerosakan daripada menjadi lebih teruk.
Pada separuh masa kedua, nasib malang Bournemouth terus menghantui mereka. Kali ini pemain mereka tertampan bola ke gawang sendiri, hanya pada minit pertama separuh masa kedua.
VAR mengesahkan gol tersebut adalah sah kerana Diaz yang berada di kedudukan ofsaid tidak mengganggu bola secara langsung.
Minit ke-62, Anfield bergema lagi, kali ini Firmino menyudahkan kontribusi kelimanya dalam gol Liverpool. Di mana dia menjaringkan gol kedua peribadi untuk menjadikan kedudukan 7-0.
Pada minit ke-80, pemain gantian, Fabio Carvalho melakukan voli cantik untuk gol kelapan Liverpool. Ianya bermula daripada hantaran Trent Alexander Arnold yang disambut oleh Kostas Tsimikas terus melorongkan kepada Carvalho.
Masuk ke minit ke-85, Luis Diaz menjadikan kedudukan 9-0, gol peribadi keduanya.
Kemenangan ini juga telah membolehkan penyokong Liverpool kembali mengankat muka selepas permulaan musim yang hambar.
LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 6: Alexander-Arnold 8 (Clark 83mins), Gomez 8, Van Dijk 8, Robertson 8 (Tsimikas 69mins 6): Henderson 8 (Bajcetic 70mins 6), Fabinho 8, Elliott 8 (Carvalho 45mins 8): Diaz 8.5, Firmino 9 (Milner 70mins 7), Salah 7
Pemain Simpanan: Adrian (GK), van der Berg, Davies, Phillips
BOURNEMOUTH (4-2-3-1) Travers 5: A Smith 4 (Solanke 45mins 4), Mepham 3 (Bevan 82mins), Sensei 3, Zemura 4: L Cook 5 (Pearson 77mins Marcondes 82mins), Lerma 4: Anthony 5, Christie 4 (Billing 45mins 4), Tavernier 4: Moore 4
Pemain Simpanan: Neto (GK), Saydee, Hill, Stacey
Pengadil: Stuart Attwell 6
Penonton: 53,328