Premier League 2022/23: Newcastle United 2-0 Manchester United

Manchester United mempamerkan aksi longlai dan serba tidak menjadi yang membawa kepada kekalahan kepada pencabar terdekat mereka Newcastle United.

Ketiadaan Casemiro jelas dirasai dan mujur hanya tewas dua butir sahaja dengan 22 percubaan yang dilakukan anak buah Eddie Howe yang jelas tumpul.

Dua gol cukup untuk Newcastle United meraih tiga mata berharga dan kembali ke tangga ketiga memintas Setan Merah dengan kelebihan jaringan gol.

Separuh masa pertama Newcastle United bertali arus melancarkan serangan namun dinafikan sentuhan penyudah serta Setan Merah mampu menyerap asakan dengan baik.

Selepas penat diasaka akhirnya bocor juga benteng Manchester United apabila Joseph Willock membuka tirai jaringan pada minit ke-65.

Callum Wilson yang masuk menggantikan Alexander Isak pada minit ke-80 menggandakan kedudukan selepas 8 minit di padang melalui sundulan.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak buah Erik Ten Hag melainkan menerima kekalahan dengan hati yang disakiti.

Newcastle United (4-1-2-3) Pope; Trippier, Schar, Botman, Burn; Guimaraes; Longstaff, Willock; Murphy, Isak, Saint-Maximin.

Pemain Simpanan: Dubravka, Lascelles, Targett, Manquillo, Ritchie, Anderson, Joelinton, Gordon, Wilson.

Manchester United (4-1-2-3) de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Shaw; McTominay; Fernandes Sabitzer; Antony, Weghorst, Rashford.

Pemain Simpanan: Bishop, Butland, Lindelof, Maguire, Malacia, Fred, Pellistri, Martial, Sancho.

Baca Juga

Baca Juga