Premier League 2022/23: West Ham Menang Hasil Kedunguan De Gea

Hanya beberapa hari yang lalu United dilihat tiada masalah dan sangat selesa menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Namun kini situasinya agak mencemaskan buat Manchester United. Skuad bimbingan Erik Ten Hag itu dikalahkan pasukan David Moyes iaitu West Ham.

West Ham menang 1-0 ke atasa Red Devils dan semakin mengesahkan mereka selamat daripada penyingkiran.

Kemenangan West Ham itu turut diraih hasil daripada kesilapan teruk pada separuh masa pertama oleh De Gea, yang membiarkan rembatan jinak Said Benrahma melepasinya pada minit ke-27 selepas pasukannya menguasai sebahagian besar aksi pada masa itu.

Kesilapan De Gea berlaku pada hari di mana dia menjadi penjaga gol paling kerap beraksi untuk kelab itu dalam sejarah Manchester United, muncul buat kali ke-540 untuk mendahului Alex Stepney.

Manchester United, yang mengalami kesakitan selepas kekalahan hasil daripada penalti minit minit akhir dalam kekalahan pertengahan minggu mereka di Brighton, telah mendapat motivasi sebelum perlawanan, menerusi berita kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Newcastle di tangga ketiga pada aksi lebih awal.

Tetapi walaupun mereka masih di tempat keempat, mereka kini hanya satu mata di depan Liverpool, walaupun masih dengan satu perlawanan dalam tangan.

West Ham, yang bermain di separuh akhir Liga Persidangan Europa minggu ini, berada di hadapan tujuh mata daripada zon penyingkiran.

Hammers bimbingan David Moyes membuat permulaan cemerlang di timur London, menggegarkan United sebelum serangan balas pantas daripada pelawat.

Dengan United semakin bersemangat, Bruno Fernandes dan kemudian Antony hampir mendapatkan gol pembukaan untuk pasukan mereka.

Rembatan deras Rashford terkena bahagian luar tiang pada minit ke-17 selepas memotong masu dari kiri ketika pelawat terus berusaha memberikan ancaman.

Tetapi West Ham mendahului perlawanan apabila rembatan lemah Benrahma, yang entah bagaimana boleh melepasi tangan De Gea.

Pemain penjaga gol asal Sepanyol itu kelihatan tiada masalah untuk menyelamatkan bola tersebut. Walaupun sudah berjaya mencapai bola, tangannya tidak cukup kuat untuk menahan bola itu.

Dia berbaring meniarap di atas padang ketika West Ham meraikannya, tidak dapat memahami apa yang berlaku.

De Gea sendiri merenung ke atas langit, cuba memahami apa sebenarnya sedang berlaku kepadanya. Adakah dia sudah dimandrem?

De Gea mengalami musim yang agak bercampur baur — dia mengetuai perlumbaan untuk sarung tangan emas dengan rekod tanpa bolos sebanyak 15 kali dalam Liga Perdana Inggeris setakat tetapi juga telah melakukan beberapa kesilapan yang berisiko.

Musim ini dia sudah melakukan 4 kesilapan yang mencetuskan gol lawan. Terbanyak dari kalangan penjaga gol EPL, setaraf dengan Hugo Lloris.

Man United kemudian cuba memberikan respon, dan menggegar tiang sekali lagi pada minit ke-32, apabila rembatan kencang Antony melencong ke tiang belakang.

Pasukan bimbingan Erik ten Hag, yang hanya mengumpul 49 gol musim ini — jumlah kedua terendah dari kalangan sembilan pasukan teratas — berjaya melakukan 11 percubaan pada separuh masa pertama tetapi hanya satu sahaja percubaan yang tepat ke arah sasaran.

Ketika perlawanan semakin menuju ke penamat separuh masa pertama, De Gea menafikan percubaan Benrahma saat sebelum rayuan penalti daripada West Ham untuk bola yang terkena tangan Victor Lindelof, yang tidak dilayan oleh pengadil Peter Bankes.

De Gea menyelamatkan rembatan Tomas Soucek di tiang dekat pada minit-minit awal pembukaan separuh masa kedua dan beberapa minit kemudian West Ham kembali menjaringkan gol tetapi pengadil meniup kerana De Gea telah dikasari oleh Michail Antonio.

Sekali lagi De Gea sebenarnya melakukan aksi penjaga gol yang lemah.

Man United kemudian kelihatan goyah teruk di bahagian belakang setiap kali pasukan tuan rumah memberikan tekanan kepada mereka.

Soucek menanduk bola ke dalam jaring kurang daripada 20 minit sebelum tamat tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Ten Hag memasukkan Jadon Sancho dan Marcel Sabitzer, setelah memperkenalkan Anthony Martial untuk menggantikan Wout Weghorst yang tidak berkesan.

Tetapi walaupun mereka menikmati tempoh penguasaan yang baik, mereka kelihatan sangat tumpul di serangan.

Martial meledak pada awal lapan minit masa kecederaan tetapi rembatannya ditepis oleh Lukasz Fabianski dan United akhirnya kalah 1-0.

Baca Juga

Baca Juga