Premier League 2023/24: Man Utd 2-2 Spurs

Manchester United meneruskan rekod tanpa kalah di tahun baharu 2024 apabila seri ketika menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan berlangsung di stadium keramat mereka, Old Trafford.

Permainan penuh meyakinkan ditunjukkan oleh Setan Merah sejajar dengan azam tahun baru barangkali apabila berada di depan seawal minit ketiga perlawanan.

Ketika cubaan berpoco-poco Marcus Rashfrod gagal bola sampai kepada Rasmus Hojlund yang terus melakukan rembatan deras kaki kiri menewaskan penjaga gol Spurs Guglielmo Vicario.

Namun Spurs tidak panik apabila dan kembali merencanakan gerakan, akhirnya gol penyamaan hadir melalui sundulan jahat Richarlison hasil sepakan penjuru Pedro Porro.

Richarlison meneruskan rentak cemerlang di depan gol apabila menjaringkan 6 gol dalam 6 penampilan terakhir berbanding sebelum ini di mana dia hanya menjaringkan 2 gol dalam 39 perlawanan.

Perlawanan berlangsung sedap dan dengan lima minit permainan berbaki, Marcus Rashford menjaringkan gol lencongan leret selepas menerima kuisan bola Hojlund.

Akhirnya Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol di Old Trafford musim ini dalam semua kejohanan selepas 14 penampilan. 32 percubaan di Old Trafford barulah gol kunjung tiba.

Bersambung babak kedua, Tottenham Hotspur terus mengimbangi kedudukan dengan gol padu dari Rodrigo Bentancur yang menyempurnakan hantaran Timo Werner.

Timo Werner merupakan pemain pinjaman dari RB Leipzig dengan klausa pembelian tetap nyata tidak mengecewakan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Son Heung Min yang berbakti kepada negara Korea Selatan di Piala Asia 2023.

Dengan pengusaan 64 peratus permainan dari Spurs, Manchester United gagal mengekalkan rentak cemerlang di separuh masa pertama dan goyah seperti biasa.

Sebanyak 13 sepakan penjuru berjaya diraih Spurs berbanding 8 di miliki Setan Merah. Di masa kecederaan Man Utd kelihatan berusaha keras untuk mecari gol kemenangan.

Kebodohan Scot McTominay yang gagal menanduk masuk hantaran secukup rasa Garnacho di hujung perlawanan pasti menjadi igauan.

Prestasi Manchester United jelas agak berbeza berbanding tahun lalu, Lisandor Martinez yang mengalami kecederaan panjang juga sudah kembali beraksi menggantikan Johhny Evan.

Manchester United : Onana; Wan-Bissaka, Varane, Evans, Dalot; Mainoo, Eriksen; Garnacho, Fernandes, Rashford; Hojlund.

Simpanan: Bayindir, Heaton, Kambwala, Martinez, Casemiro, McTominay, Antony, Pellistri, Forson.

Tottenham Hotspur: Vicario; Porro, Romero, Van de Ven, Udogie; Skipp, Hojberg; Johnson, Bentancur, Werner; Richarlison.

Simpanan: Forster, Austin, Royal, Dorrington, Dragusin, Santiago, Gil, Donley.

Pengadil: John Brooks.

Baca Juga

Baca Juga