Premier League 2024/25: Juara Transfer Window Diaibkan Liverpool

Bakal juara Liga Perdana Inggeris 2024/25, Man United melayan kunjungan musuh tradisi mereka Liverpool. Man United yang dianggap sebagai juara dalam pembelian pemain pada jendela perpindahan musim ini bertemu Liverpool yang kena reject dengan Zubimendi dan hanya mampu mendapatkan Chiesa yang merupakan buangan Juventus, kata peminat Man United ye.

Bertempat di Old Trafford, Man United benar benar menunjukkan kualiti sebenar pasukan bakal juara. Mereka menghadirkan ancaman sejak awal lagi. Bruno Fernandes menjadi arkitek gerakan bahaya di zon serangan.

Manchester United hampir ketinggalan awal menerusi gol Trent Alexander Arnold yang meraikan gol mencium kamera mirip keraian ikonik Steven Gerrard satu ketika dahulu.

Namun Arnold menanggung aib kerana VAR menyelamatkan Man United daripada ditembusi gol itu.

Tetapi Liverpool tetap di hadapan menerusi Luis Diaz pada minit ke-35, apabila dia menanduk masuk hantaran Mo Salah. Kredit kepada Dominik Szoboszlai yang dengan pantas membiarkan bola kepada Diaz. VAR sekali lagi cuba menyelamatkan Man United dengan mencari walau sekelumit kesilapan Liverpool. Tetapi gagal dan Liverpool 1-0 di depan.

Ketika United sedang berusaha untuk mencari gol penyamaan, Liverpool menambah gol. Sekali lagi Casemiro – yang bersalah dalam gol pertama – melakukan kesilapan membawa padah apabila dia terlepas bola di depan kotak penalti United. Luis Diaz segera menghantar bola kepada Mo Salah.

Salah kemudian menolak hantaran rendah yang disambar masuk oleh Luis Diaz minit ke-42. Separuh masa pertama berakhir dengan Man United 0 Liverpool 2.

Separuh masa kedua, pakar taktikal Erik Ten Hag mengeluarkan Casemiro. Dan Man United berada di prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Ketika Man United tengah bersemangat untuk membalas 2 gol itu, giliran Mohamed Salah pula mencetak gol ketiga untuk Liverpool. Salah menerima bola cantik selepas kesilapan oleh Mainoo. Dan Salah menewaskan Onana dengan percubaan yang sangat tajam.

Mohamed Salah benar benar menjadikan Old Trafford tempat dia menghiburkan hati ketika dia memerlukan hiburan. Statistik beliau di Old Trafford memang tak masuk akal.

Zirkzee hampir mencetak gol dalam perlawanan ini namun Alisson pantas bertindak. Man United mendapat satu lagi peluang terbaik menerusi Lisandro Martinez yang cuba melibas bola dengan sepakan gunting namun tak begitu kena.

Minit ke-78, Zirkzee menyambar hantaran lintang Rashford. Tetapi tidak masuk. Ianya benar benar bahaya.

Minit ke-78, Szoboszlai sepatutnya menggunakan peluang terbaik di dalam kotak penalti. Namun dia memilih untuk bermain main dengan pertahanan United. Dan bola tak dapat dimasukkan ke dalam gawang.

Manchester United yang terkenal dengan King Of Comeback. Jelas tidak berputus asa dan  terus mencuba. Tetapi usaha mereka terus sia sia. Kerana Liverpool sudah berada di fasa di mana mereka memfokuskan permainan bertahan.

Tamat perlawanan Liverpool 3 Man United 0. Satu lagi episod kekalahan bermaruah Manchester United di tangan Liverpool.

BACA:  Bagaimana Arsenal Berjaya Mendapatkan Pertahanan Masa Depan England Ini Dengan Harga £50 juta?