Premier League 2024/25: Liverpool Menang Nasib Lagi Ke Atas Palace

Liverpool meneruskan kemenangan nasib mereka buat kali keenam musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Kali ini mereka menang nasib ke atas Crystal Palace.

Arne Slot dan Liverpool menikmati perlawanan pada waktu makan tengahari di England. Dengan panas mentari menerangi.

Hasrat Palace untuk mengikat Liverpool sama seperti yang mereka buat ke atas pasukan yang satu tu. Nak sebut pun segan lah.

Nasib ternyata terlalu kuat berpihak kepada Liverpool. Dengan mereka hanya memerlukan gol nasib pada awal perlawanan sahaja untuk menang 3 mata dari Selhurst Park.

Diogo Jota mencetak gol tunggal perlawanan minit ke-9 setelah menerima hantaran daripada Cody Gakpo.

Dan selepas itu kedua dua pasukan gagal untuk mencetak sebarang gol lagi. Mohamed Salah dikeluarkan awal dalam perlawanan ini setelah berterusan buntu.

Kemudian Liverpool turut terpaksa mengeluarkan Alisson Becker yang sekali lagi dilihat mengalami kecederaan.

Liverpool bergelut untuk mendapatkan gol kedua. Diogo Jota memiliki peluang keemasan pada minit akhir perlawanan ketika dia menewaskan perangkap ofsaid. Namun hantarannya kepada rakannya tidak kesampaian.

Liverpool berjaya mencatat clean sheets kelima dalam 6 aksi pertama mereka di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool turut mencatatkan 13 gol dan hanya bolos 2 kali setakat ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim 2024/25.

Dan kini mereka sudah mencatatkan kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan di bawah kendalian Arne Slot.

Crystal Palace kini berada di kelompok pasukan bawahan. Dengan Liverpool terus di atas puncak liga untuk seminggu lagi. Hmm, bingitlah facebook ni kan.

Arne Slot meneruskan rentak cemerlang bersama Liverpool musim ini.  Walaupun seringkali menerima kutukan peminat lawan ketika diumumkan menjadi pengurus Liverpool.

Ternyata dia berjaya mencatatkan keputusan yang memuaskan setakat ini. Ini termasuk prestasi cemerlang dalam kempen Liga Juara Juara Eropah mereka pertengahan minggu.

Namun begitu perjalanan masih panjang kerana Manchester City jelas sekali selalu memberikan harapan palsu kepada pasukan lain. Pastinya skuad Pep Guardiola itu baik baik dan tenang tenang sahaja melihat kemenangan nasib oleh Liverpool ini.

BACA:  Arsenal Cuba 'Menyelam Sambil Minum Air' Untuk Dapatkan Lautaro Martinez