Premier League 2022/23: Brighton Cipta Rekod Gol Kemenangan Penalti Paling Lewat Selepas Penalti Bruno Fernandes Yang Legend

Brighton bergantung kepada nasib untuk menang 1-0 ke atas Manchester United. Sekaligus menyebabkan Manchester United menelan satu lagi kekalahan bermaruah di tempat lawan.

Rekod di tempat lawan Manchester United musim ini sangat teruk. Di mana daripada 9 perlawanan berdepan 9 pasukan teratas, 8 adalah berakhir dengan kekalahan bermaruah.

Ini termasuk kekalahan 7-0 di Anfield yang ditanggung malu oleh United. Manchester United hanya berjaya mencuri 1 mata dari tempat lawan dalam 9 perlawanan tersebut.

Iaitu ketika seri 2-2 berdepan Spurs beberapa minggu lalu. Di mana ketika itu mereka sudah mendahului 2 gol pada separuh masa pertama.

Namun diikat oleh pasukan yang tiada pedoman itu, kerana masih tiada pengurus tetap pada masa ini.

Brighton ajar Manchester United

Dalam aksi berdepan Brighton, Manchester United berpeluang menjarakkan diri mereka di tempat keempat dengan 7 mata di atas Liverpool.

Namun itu tidak berlaku. Daripada berpeluang meraih 1 mata, pada masa kecederaan mereka kalah menerusi penalti yang agak kontroversi.

Di mana pengadil menghadiahkan penalti buat Brighton pada masa kecederaan. Luke Shaw didapati handball. Ianya memang benar benar nasib baik buat Brighton.

Luke Shaw sendiri mendakwa dia ada ditolak sedikit oleh pemain lawan ketika handball tersebut.

VAR tidak berpihak kepada Shaw dan berterusan menganiayai Man United.

Alexis Mac Allister yang dikaitkan dengan Liverpool pada ketika ini, telah menyumbat masuk bola tanpa malu.

Kejayaan Brighton menjaringkan gol pada minit ke-99 masa kecederaan itu merupakan gol kemenangan penalti paling lewat dalam EPL yang selepas rekod yang dicipta Man United. Agak ironi kerana penalti itu dilakukan Bruno Fernandes untuk United ke atas Brighton.

Ketika itu berlaku peristiwa pelik di mana selepas wisel penamat, pengadil memberikan penalti kepada Man United.

Peristiwa itu kekal menjadi antara perkara bersejarah dalam EPL. Kerana tiada pasukan lain yang pernah melakukannya sehinggalah Manchester United mencetuskan revolusi dalam bola sepak. Sesuai dengan namanya sebagai pemimpin kemajuan bola sepak Inggeris dan dunia.

David De Gea yang memiliki rekod teruk dalam pekerjaan menyelamatkan penalti, telah terbang melayang ke arah yang tidak tepat.

Brighton secara keseluruhan menguasai 60% daripada perlawanan ini. Namun sempat diberikan detik cemas oleh Ten Hag apabila pengurus itu memutuskan untuk memasukkan Wout Weghorst pada minit ke-84.

Pemain yang dicanang peminat Man United pakar pressing dalam era bola sepak moden itu masih gagal membantu Man United.

Malah masih terus bergelut mencari gol liga pertamanya untuk kelab itu. Dia masih ada beberapa perlawanan lagi tersisa untuk mengelakkan dirinya menjadi salah seorang bintang pinjaman paling tak berguna dalam sejarah Manchester United.

Kekalahan ini bermakna Manchester United kini cuma 4 mata di atas Liverpool. Tetapi Man United masih dalam kedudukan terbaik untuk ke UCL berbanding Liverpool. Kerana mereka masih ada baki 1 perlawanan dalam tangan mereka.

Brighton melakukan sejarah luar biasa. Di mana buat julung kalinya mereka menang aksi di home dan away dalam Liga Perdana Inggeris berdepan Manchester United dalam musim yang sama.

Susunan pemain Brighton vs Manchester United:

Brighton & Hove Albion (4-2-3-1): 23-Jason Steele; 25-Moises Caicedo, 4-Adam Webster, 5-Lewis Dunk, 30-Pervis Estupinan; 27-Billy Gilmour (6-Levi Colwill 76′), 10-Alexis Mac Allister; 40-Facundo Valentin Buonanotte (7-Solly March 63′), 20-Julio Cesar Enciso, 22-Kaoru Mitoma; 18-Danny Welbeck (21-Deniz Undav 76′)

Manchester United (4-2-3-1): 1-David de Gea; 20-Diogo Dalot, 23-Luke Shaw, 2-Victor Lindelof, 29-Aaron Wan-Bissaka; 17-Fred, (15-Marcel Sabitzer 76′) 18-Casemiro; 10-Marcus Rashford, 8-Bruno Fernandes, 21-Antony (25-Jadon Sancho 76′); 9-Anthony Martial (27-Wout Weghorst 84′)

BACA:  Bagaimana Arsenal Berjaya Mendapatkan Pertahanan Masa Depan England Ini Dengan Harga £50 juta?