Premier League 2021/22: Leeds United 0-0 Manchester United

Selepas reda tempoh 46 jam menggemparkan dengan isu European Super League, minggu lalu Manchester United menentang Leeds United yang berjaya mencuri tiga mata daripada Manchester City.

Berita gembira berganda buat peminat Manchester United apabila Ed Woodward melepaskan jawatan pada hujung tahun dan kemudian Machester United menarik diri dari liga haram.

Joel Glazers kemudian membuat permohonan maaf namun tidak dilayan peminat yang mahu beliau keluar dari Manchester United.

Pertembungan Leeds United dan Manchester United digelar Roses rivalry atau Pennines derby yang mempunyai sejarah yang panjang.

Perlawanan untuk tempoh 45 minit pertama menyaksikan perlawanan dimainkan dengan agak laju tanpa pedoman, kalau lepas, lepas la, tak lepas buat balik.

Hantaran jauh sejauh mata memandang daripada Victor Lindelof tepat mencari Marcus Rashford yang berjaya melepasi perangkap offside tapi sayang percubaan Rashford terlalu lemah.

Bersepah dan merata Manchester United mendapat sepakan percuma namun satu pun tidak mampu untuk diterjemah sebagai gol, itu tidak termasuk dengan sepakan penjuru.

Dua sepakan percuma berbahaya dari Bruno Fernandes yang ditanduk keluar oleh Patrick Bamford serta sepakan Marcus Rashford yang ditepis keluar oleh Illan Meslier.

Bersambung separuh masa kedua, Manchester United meningkatkan usaha untuk mendapatkan gol pembukaan bagi memastikan tiga mata dalam genggaman.

Hantaran membelah bumi daripada Mason Greenwood telah dipersia-siakan oleh salah faham antara Daniel James dan Bruno Fernandes yang saling berhara masing-masing akan mencuba.

Salah faham menyaksikan bola mudah dirampas pemain Leeds United.

Aaron Wan Bissaka dirasuk roh Cristiano Ronaldo buat beberapa saat yang menggelecek dari tepi dan menghantar bola kepada Bruno Fernandes.

Percubaan pemain Portugal itu sedikit tersasar dan menjadi percubaan terbaik di separuh masa kedua selepas 15 minit berlalu.

Leeds United dan Manchester United tiba-tiba saling menyerang balas dengan percubaan yang agak mengancam namun masih tiada gol terhasil.

Kemudian Leeds United melakukan dua percubaan jarak jauh secara berturutan namun mudah dirigat Dean Henderson yang sudah memakai topi untuk elakkan silau.

Edison Cavani, Paul Pogba dan Donny Van de Beek dimasukkan namun tidak mengubah keputusan dan kedua-dua pasukang terpaksa berkongsi mata.

Keputusan seri ini menjarakkan mata dengan Manchester City kepada 10 mata dan gagal memberi tekanan kepada pasukan jiran yang biru.

Manchester City hanya memerlukan dua kemenangan dari lima perlawanan berbaki untuk muncul juara.

Leeds: Illan Meslier, Ayling, Llorente, Struijk, Alioski, Phillips, Helder Costa, Dallas, Roberts, Harrison, Bamford.

Subs: Koch, Poveda-Ocampo, Casilla, Hernandez, Berardi, Summerville, Greenwood, Klich, Shackleton.

Man Utd: Dean Henderson, Aaron Wan Bissaka, Vikctor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Scott McTominay, Fred, Mason Greenwood, Bruno Fernandes, Daniel James, Marcus Rashford.

Subs: David de Gea, Eric Bailly, Paul Pogba, Edison Cavani, Juan Mata, Alex Telles, Nemanja Matic, Donny van de Beek, Axel Tuanzebe.

Referee: Craig Pawson.

Baca Juga

Baca Juga