Premier League : Liverpool 0-0 Manchester United

Kehangatan perlawanan hanya dapat dirasai selepas pekerja kedai mamak ini memasang sepaker pada mini ke- 12.

Wijnaldum membuat percubaan tidak merbahaya pada minit ke-13 senyum saja De Gea menangkap.

Tiada apa yang menarik selepas percubaan Wijnaldum hanya sesekali Salah melakukan larian kencang.

Matic melakukan satu rembatan padu pada minit ke-29 menyaksikan bola berpusing sedikit tinggi melepasi palang.

Pada minit ke-33 Firmino membuat hantaran ke tengah dan sepakan Wijnaldum berjaya ditepis De Gea menggunakan buku lali.

Bola muntah disambar Salah dan rembatan leret Salah tidak menerjah gawang dan hanya lalu di tepi tiang. Peluang terbaik yang disia-siakan.

Peemainan bertambah rancak dan Liverpool banyak menyerang itulah Liverpool kan.

Peluang terbaik Manchester United hadir pada minit ke-42 tetapi rembatan Lukaku tepat ke penjaga gol yang sudah sedia menghadang.

Separuh masa pertama tamat selepas 45 minit permainan dengan tambahan masa satu minit.

Berhenti rehat Astro menyajikan analisis perlawanan separuh masa pertama beserta iklan dari Wonda Coffee, BAC, syampu dari Jerman dan Burger McDonalds.

Pada minit 48 Firmino telah merembat tetapi sayang hanya membantai jaring luar.

Emre Can mengamalkan sifat Setan apabila membazirkan peluang terbuka dengan merembat bola ke langit pada minit 56.

Perlawanan semkim hambar. Setan Merah semakin merapu. Liverpool semakin tumpul hany mencipta peluang tanpa penyudah.

Mkhitaryan dan Martia digantikan dengan Lingard dan Rashford dan terus sasau.

Penonton semakin hilang fokus dan makin rancak berbual dan aku berbual sama sambil menaip.

Sehinggalah minit ke-70 lambungan sedikit tinggi dan Salah hanya mampu melihat tetapi sudah cukup untuk membuat penonton menjerit.

Salah semakin merapu dan percubaannya makin jauh dari jalan yng benar.

Mourinho bermain hanya untuk seri . Liverpool jelas menguasai perlawanan.

Chamberlain dan Sturidge dimasukkan dan Salah serta Coutinho dikeluarkan pada minit ke-78.

Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan.Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan.

Firmino dikeluarkan. Chamberlain tanpa jemu terus membuat hantaran ke dalam kotak penalti.

Kelihatan kelibat Steven Gerrard yang kecewa dengan tandukan ke angkasa.

Young semakin lemau dan dikeluarkan dan Lindelof dimasukkan untuk terus memakir bas bertingkat-tingkat.

Preett…preeettt wisel ditiupkan menamatkan satu kebosanan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan.Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan.

Baca Juga

Baca Juga