Premier League Memberi Lampu Hijau Untuk Pengambilalihan Newcastle

Pemindah milikan pasukan Newcastle dari Mike Ashley kepada syarikat Konsortium Arab Saudi yang melibatkan nilai pembelian mega bernilai £300 juta sudah mendapat lampu hijau dari Premier League sendiri.

Boss Premier League dilaporkan sudah meluluskan kebenaran untuk pihak Konsortium Arab Saudi mengambil alih pasukan Newcastle dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

Menuru laporan dari The Sun, pengumuman secara rasmi untuk perkara ini juga dijangka akan dibuat pada 1 June nanti.

Selesainya urusan pembelian mega ini nanti bermaksud berakhirnya 13 tahun pemilikan Mike Ashley terhadap pasukan dari timur laut, Newcastle United itu.

Pemilik baru pasukan The Magpies adalah Konsortium milik Amanda Staveley yang disokong kuat oleh manusia terkaya Arab Saudi dengan memperoleh 80% hak milikan pasukan.

Amanda Staveley kini sedang mendahului tawaran untuk mendapatkan Newcastle yang mana beliau disokong kuat oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Syarikat Konsortium milik Arab Saudi itu turut melibatkan Billionaire dari ahli perniagaan Britain yang berjaya, The Reuben Brothers yang memiliki 10% pemilikan.

Awalnya agak berlaku kelewatan dalam kebenaran dari premier league memandangkan mereka lebih menumpukan untuk projek pemulaan semula baki saingan Liga selepas digantung ekoran dari penularan wabak yang sedang melanda dunia sekarang.

Newcastle telah dikaitkan dengan begitu ramai pemain berkelas dunia dan pengurus yang luar biasa seperti Massimiliano Allegri dan Mauricio Pochettino.

Pengurus pasukan Newcastle terkini, Steve Bruce mengakui bahawa beliau berada dalam situasi yang tidak menentu dan nasibnya masih samar-samar selepas pengambil alihan pasukan.

“Saya kini berada dalam kegelapan seperti kebanyakkan orang lain, dan untuk itu, saya berbangga, benar, ini kerana saya tidak boleh bercakap lebih tentang itu.”

“Ianya tidak berbaloi untuk bercakap tentang perkara yang saya sendiri masih tidak pasti.”

Jelas Steve Bruce.

“Sekiranya perkara ini bagus untuk Newcastel dan kelab mahu menyempurnakan pasukan dengan cara seperti ini, menjadi sebahagian darinya sudah cukup bagus.”

“Saya gembira melihatnya dan saya gembira menjadi sebahagian darinya.”

Selain dari dikaitkan dengan pengurus handalan dunia seperti Max Allegri dan Mauricio Pochettino, Newcastle turut dikaitkan dengan ramai pemain berprofil tinggi.

Vidal, Kalidou Koulibaly, Dries Mertens, Kylian Mbappe, Philippe Coutinho, Edinson Cavani dan ramai lagi bintang yang kini sering dikaitkan dengan the Magpies.

Dengan keadaan ekonomi kebanyakkan pasukan kini terjejas dengan situasi yang sedang melanda dunia. Newcastle mempunyai kelebihan untuk berbelanja mendapatkan pemain untuk memperkuat pasukan mereka menghadapi saingan musim baharu.

Sudah pasti menarik untuk melihat Newcastle United kembali menjadi kuasa besar dalam saingan premier league dan mungkin juga dalam benua Eropah.

BACA:  Premier League 2020/21: Chelsea 4-1 Sheffield United