RASMI: Premier League Musim 2020/21 Akan Bermula Pada 12 September 2020

Premier League telah mengumumkan secara rasmi tarikh liga bagi musim 2020/21 yang telah dipersetujui dan ditetapkan pada 12 September 2020 selepas melalui satu musim yang unik dalam sejarah.

Dalam pengumuman itu juga Premier League juga telah menetapkan bahawa perlawanan terakhir liga musim 2020/21 akan tamat pada 23 Mei 2021.

Untuk penjadualan semula pertandingan domestik Premier League akan berunding dengan FA dan EFL bagi mendapatkan jadula yang terbaik buat semua pasukan.

Ketika ini baki perlawanan Premier League musim 2019/20 hanya tinggal satu perlawanan lagi dan perlawanan terakhir akan berlangsung ahad ini secara serentak kesemua perlawanan pada jam 11 malam.

Perkara ini telah diumumkan oleh Premier League melalui laman Twitter rasmi mereka:

“Premier League Shareholders today agreed to start the 2020/21 #PL season on 12 September

The final match round of the campaign will take place on 23 May

The Premier League will continue to consult with @FA and @EFL regarding the scheduling of all domestic competitions”

—-

“Pemegang Saham Liga Perdana hari ini bersetuju untuk memulakan musim #PL 2020/21 pada 12 September

Pusingan akhir kempen akan berlangsung pada 23 Mei

Liga Perdana akan terus berunding dengan @FA dan @EFL mengenai penjadualan semua pertandingan domestik”

Walau bila pun liga bermula, sudah pasti juaranya adalah tidak lain dan tidak bukan, pasukan mana lagi kalau bukan Liverpool power sang penakluk dunia yang dicemburui ramai.

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 5-1 Leeds United