Premier League Team Of The Year Pilihan Gary Neville

Bekas pemain pertahana Manchester United, Gary Neville yang kini merupakan pengacara di Monday Night Football telah memilih kesebelan utama pemain terbaik Premier League musim 2017/18 mengikut pertimbangannya sendiri.

Pemain pilihan Gary Neville ini diumumkan oleh Monday Night Football melalui lawan Twitter Rasmi mereka selepas dua minggu The Professional Footballers Association membuat pengumuman rasmi PFA Premier League Team Of The Year.

Aku lebih kepada De Bruyne jika dapat mengundi

Sudah pasti nama seperti De Gea, Mohammed Salah, Kevin de Bruyne dan David Silva berada dalam pilihan Gary Neville. Namun ada beberapa pemain piliha Gary Neville menjadi persoalan dan perdebatan di media sosial.

Tapi itu kan pilihan Neville, lantak la dia nak pilih siapa kan?

1. David de Gea – Manchester United

2. Kyle Walker – Manchester City

3. Jan Vertonghen – Tottenham Hotspur

4. Vincetn Kompany – Manchester City

5. Andy Robertson – Liverpool

6. David Silva – Manchester City

7. Kevin De Bruyne – Manchester City

8. Raheem Sterling – Manchester City

9. Mohamed Salah – Liverpool

10. Harry Kane – Tottenham Hotspur

11. Roberto Firmino – Liverpool

Neville sebelum ini menyatakan bahawa Salah tidak layak memenangi anugerah PFA Player of the Year atau pemain terbaik di Premier League namun itu tidak menghalang Salah untuk menjadi pilihannya.

“Kalau aku masih lagi layak mengundi, secara peribadi aku akan membuang undi kepada si Biru Muda, Kevin de Bruyne sebagai pemain terbaik tahunan PFA.”

Pilihan Neville

“Ini bukan kerana aku percaya bahawa pemenang anugerah ini perlu menang liga atau bukan kerana Salah tidak layak. Salah telah membuka mata dan mengagumkan banyak pihak di padang namun perkara ini bersandarkan kepada fakta.”

“Walaubagaimanapun, aku memilih dan merasakan De Bruyne lebih layak kerana prestasinya yang umpama satu kerja seni dan bantuan gol dan kawalan ketika perlawanan, De Bruyne merupakan satu keajaiban untuk di lihat.”

“Kadang-kala kita terlalu memuja sesetengah pemain dan aku tidak ada satu pun perkataan negatif untuk Salah. Segala usaha beliau lakukan tanpa bola sangat menakjubkan. Sesungguhnya sesuatu yang amat tidak menggembirakan jika bermain menentang Salah.”

Bagi Neviller , Kevin de Bruyne lebih layak untuk menang anugerah ini tetapi undian telah dibuat dan ternyata majoriti memilih Salah.

WhoScored juga tidak ketinggalan mengeluarkan senarai pemain tahunan terbaik dan senarai mereka berdasarkan ‘rate’ prestasi pemain musim ini.

PFA Team Of The Year

Seperti dijangka, Manchester City mendominasi Pasukan Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris apabila 5 pemain mereka dinamakan dalam pasukan tersebut.

PFA atau nama sebenarnya ‘Profesional Footballers Association’ adalah badan yang memperjuangkan hak pemain bolasepak profesional yang bermain di England dan Wales.

Badan ini juga akan mengumumkan pasukan ‘impian’ setiap penghujung musim bagi memberi penghargaan kepada pemain yang telah mempamerkan persembahan yang cemerlang sepanjang musim. Pemilihan pemain adalah berdasarkan undian daripada pemain profesional yang bermain dalam liga yang sama.

Manchester City yang masih lagi segar dengan kejayaan mereka merangkul trofi Liga Perdana Inggeris musim ini terus menerima perkabaran gembira apabila 5 pemainnya dinamakan dalam skuad ‘impian’ Liga Perdana Inggeris bagi musim 2017/2018.

Pemain tersebut adalah Kevin De Bruyne, Sergio Aguero, David Silva, Kyle Walker dan Nicholas Otamendi.

Selain Aguero, dua lagi penyerang yang dipilih untuk berada dalam pasukan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan Mohamed Salah dan Harry Kane.

Salah dan Kane bersaing sengit untuk merebut anugerah Kasut Emas musim ini dengan Salah memiliki kelebihan 4 gol ke atas Kane selepas mengumpul 30 gol setakat ini. Dengan perlawanan berbaki 4 sahaja lagi, Kane masih lagi mempunyai peluang untuk menghidupkan peluangnya muncul penjaring terbanyak untuk 3 musim berturut-turut.

Melengkapkan bahagian tengah bersama De Bruyne dan Silva adalah perancang tengah Tottenham Hotspurs, Christian Eriksen.

Walaupun sekadar menduduki tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris ketika ini, seramai 3 pemain Spurs telah dipilih untuk berada dalam pasukan ini. Selain Eriksen dan Kane, pemain pertahanan Jan Vertoghen telah dipilih untuk membarisi bahagian pertahanan tengah bersama-sama Otamendi.

Di bahagian penjaga gol pula, David De Gea menepati ramalan apabila namanya dipilih untuk berada dalam skuad ‘impian’ ini. Walaupun menduduki tangga ke-2 liga ketika ini, Red Devils terpaksa berpuas hati dengan seorang sahaja calon. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut De Gea dinamakan dalam skuad terbaik tahunan.

Pencalonan yang paling memeranjatkan banyak pihak adalah Marcos Alonso yang dipilih untuk mengisi posisi pertahanan kiri. Seperti diketahui, Chelsea melalui musim yang suram dan hampir pasti akan terlepas slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan dimana mereka sekadar menduduki tangga ke-5 dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Bek kiri Liverpool, Andrew Robertson dilihat pemain pertahanan kiri yang lebih menonjol musim ini selain Ashley Young yang masih mendapat kepercayaan Jose Mourinho dalam pasukan United.

Seperti dijangka tiada pemain Arsenal dicalonkan manakala Burnley tidak bernasib baik walaupun mengharungi musim yang cemerlang.

Majlis rasmi anugerah tahunan PFA bakal berlangsung pada Ahad ini di London dan pemain terbaik PFA bakal diumumkan dalam majlis tersebut.

3 calon utama untuk anugerah tersebut adalah Mohamed Salah, Kevin De Bruyne dan David De Gea. Dua lagi calon adalah David Silva dan Leroy Sane.

PFA Premier League Team of the Year:

1. David de Gea

2. Kyle Walker

3. Jan Vertonghen

4. Nicolas Otamendi

5. Marcos Alonso

6. David Silva

7. Kevin De Bruyne

8. Christian Eriksen

9. Mohamed Salah

10. Harry Kane

11. Sergio Aguero

Baca Juga

Baca Juga