Premier League: Tiga Assist Paling Jahat Terjadi Minggu Ini

Minggu ini para peminat disajikan dengan perkara-perkara menarik dalam perlawanan Premier League. Liverpool mendapatkan rentak kemenangan semula, Arsenal kekal tidak terkalah dan United tewaskan City back to back.

Apa yang lebih menarik, aksi perlawanan Premier League minggu ini menyajikan begitu banyak aksi jaringan dan assist yang super hebat dari para pemain.

Kalau selama ini hanya gol tercantik jadi tumpuan, hari ini kita tengok pula tiga assist yang boleh dianggap tercantik sepanjang musim. Yang menariknya ketiga-tiga assist itu berlaku dalam perlawanan Premier League minggu ini.

Tandukan Lay Off Ozil Assist kepada Lacazette

Mesut Ozil merupakan pemain yang dikenali dengan kreativiti beliau di dalam permainannya. Beliau dilihat sebagai pemain yang memiliki visi yang sangat padu dan tajam.

Ianya disulami dengan teknik hantaran bola yang sangat baik oleh Ozil menerusi siri siri hantaran super hebat.

Mesut Ozil pernah menjadi nadi penting Jerman ketika membantu negara itu menjuarai Piala Dunia.

Namun malangnya serangan perkauman yang teruk membuatkan Ozil bersara awal daripada pasukan kebangsaan Jerman.

Mesut Ozil musim ini bermula dengan agak hambar kerana Unai Emery sering saja menyisihkannya, malah beliau kerap juga disisihkan daripada bangku simpanan.

Namun peralihan kuasa pengurus kepada Mikel Arteta memberikan beliau lebih banyak peluang untuk bermain.

Kemarin dalam aksi berhadapan dengan West Ham, Ozil telah melakukan tandukan yang dikawal sesedap rasa untuk meng-assist Alexandre Lacazette.

Ozil menerima bola di dalam kotak penalti, menewaskan perangkap Ofsaid. Beliau kemudian melakukan tandukan yang cantik untuk mencipta peluang gol yang disudahkan oleh Alexandre Lacazette.

Tandukan lay off kepada Alexandre Lacazette itu merupakan assist yang ke 256 di dalam karier profesional Mesut Ozil.

Hantaran Membelah Bumi Van Dijk

Liverpool kembali semula ke Anfield untuk melayan kunjungan Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kali ini Klopp kehilangan khidmat Alisson Becker yang menghadapi kecederaan di bahagian pinggulnya.

Tetapi, pasukan  Liverpool bermula dengan penuh cemas. Ketinggalan di belakang hasil jaringan oleh Callum Wilson.

Salah berjaya juga menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-25. Itu adalah gol ke-70 beliau dalam 100 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool.

Tiada yang lain yang lebih banyak daripada Mo Salah. Beliau juga melakukan 29 assist sepanjang tempoh tersebut.

Liverpool menambah satu lagi gol kira-kira sembilan minit kemudian. Dan kali ini adalah menerusi pemain kebangsaan Senegal, Sadio Mane.

Mane menerima hantaran membelah bumi yang cantik daripada Virgil Van Dijk yang melakukan killer pass sedap dari bahagian belakang.

Ianya memang satu assist yang sangat cantik dan elegan. Penuh dengan ketepatan dan kecepatan.

Van dijk selain mempunyai kemampuan bertahan dengan baik, beliau juga mampu membantu bahagian serangan Liverpool untuk menghasilkan gol.

Sungkitan Super Genius Bruno Fernandes

Bruno Fernandes meneruskan kecemerlangan beliau di Man United.

Beliau kali ini melakukan assist yang cantik dalam aksi derbi Manchester yang pertama di dalam kariernya.

Bruno Fernandes melakukan assist dengan sungkitan kepada Anthony Martial pada minit ke-30.

Ketika Bruno melakukan sungkitan itu, Anthony Martial telah melakukan satu early run yang sangat cantik.

Beliau menewaskan Sergio Aguero dan Gundongan menerusi gerakan pantasnya.

Bruno Fernandes setakat ini telah mencatatkan statistik:

-5 games
-2 goals
-3 assists

Ini bermakna Bruno Fernandes telah menyumbang secara langsung kepada 5 gol Manchester United dalam lima perlawanan setakat ini dalam aksi liga.

BACA:  Matic Troll Bruno Fernandes Dan Ronado