Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness menghentam keputusan Ozil untuk bersara dari bola sepak antarabangsa dengan penuh ganas lagi brutal serta tidak berhati perut dan mendakwa Ozil bermain dengan teruk bertahun-tahun lamanya.
Ozil yang dilahirkan di Jerman tetapi berketurunan Turki telah menjadi subjek kritikan dari pelbagai pihak selepas beliau dirakam bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan beberapa hari sebelum Jerman memulakan kempen Piala Dunia mereka.
“Dia telah bermain tahi selama bertahun-tahun.”
—-
“He had been playing sh*t for years.”
Ujar Presiden Bayern Munich.
Berikutan prestasi hambar Jerman di Russia, Ozil merupakan pemain yang paling banyak menerima kritikan dari pelbagai pihak kerana gagal membantu Jerman mara lebih jauh.
Jerman mengharungi kempen Piala Dunia yang teruk, tersingkir seawal peringkat kumpulan dan tewas 2 dari 3 perlawanan peringkat kumpulan di tangan Mexico dan Korea Selatan.
Berikutan pengumuman persaraan Ozil dari mewakili Jerman, presiden Bayern Munich Uli Hoeness telah melancarkan serangan berbentuk peribadi kepada Ozil berhubung isu ini.
“Saya berasa sangat gembira segalanya sudah berakhir. Ozil bermain sangat teruk untuk Jerman beberapa tahun kebelakangan ini.”
“Kali terakhir beliau memenangi tackle adalah sebelum Piala Dunia 2014. Dan sekarang beliau dan persembahan buruknya berlindung di sebalik gambar tersebut [merujuk pada gambar Ozil dan Erdogan].”
“Pengikut beliau yang berjumlah 35 juta itu, yang sudah tentu tidak wujud dalam dunia sebenar, berpendapat Ozil telah bermain sangat cemerlang setiap kali beliau membuat satu hantaran.”
“Pembangunan bola sepak di negara ini berada pada tahap yang teruk. Anda perlu kembali kepada tujuan asal iaitu sukan. Dan dari sudut pandangan sukan, Ozil sebenarnya tidak mempunyai tempat dalam pasukan kebangsaan sejak bertahun lamanya.”
“Setiap kali Bayern Munich bertemu Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah, kami mensasarkan Ozil kerana kami tahu disitu terletaknya kelemahan Arsenal.”
Oleh kerana kata-kata Presiden itu sangat ganas dan brutal ramai yang membela Ozil dan menyifatkan komen Uli Hoeness sangat kurang ajar dan melampaui batas. Hector Bellerin juga menyatakan sokongan buat Ozil.
Foolish man… That's all i have to say
— Ọmọ Baba Fàyà (@Moyin_gcfr) July 23, 2018
Let @FCBayernEN sack that president, from now onwards i will wish the worst for bayern munchen
— Abdullahi Omar (@AbdillahiOmar1) July 23, 2018
How horrible can people behave…
— Abhishek Sinha (@250693sunny) July 23, 2018
“Menakjubkan bagi seseorang yang telah banyak berbakti kepada negara samada di dalam dan diluar padang dilayan dengan dengan tiada ada rasa hormat.”
“Bagus Ozil kerana keras melawan sikap yang sebegini.” Ujar Bellerin yang memberi sokongan kepada Ozil
Surreal that someone who has done so much for his country on and off the pitch has been treated with such disrespect. Well done @MesutOzil1088 for standing up to this behaviour! https://t.co/w1dvWOHFYN
— Héctor Bellerín (@HectorBellerin) July 23, 2018
Bekas pemain Real Madrid dan Werder Bremen ini melakukan debut untuk Jerman pada Februari 2009 di bawah Joachim Loew dan sejak dari itu, beliau telah menjaringkan 23 gol dari 92 penampilan bersama skuad Jerman.”
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ozil semalam, perancang tengah Arsenal itu mengumumkan pengunduran beliau dari mewakili skuad Jerman selagi masalah perkauman tidak diselesaikan dalam Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB).
“Layanan yang saya terima daripada Perseketuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan beberapa pihak lain menyebabkan saya tidak mahu lagi menyarung jersi Jerman.”
“Saya berasa diri ini tidak dihargai dan kejayaan yang saya capai di peringkat antarabangsa sejak 2009 telah dilupai. Individu yang mempunyai latark belakang perkauman tidak patut dibenarkan menguruskan persekutuan bola sepak terbesar di dunia yang mempunyai ramai pemain dari sulur galur campuran.”
“Sikap golongan ini tidak mencerminkan pemain yang mereka wakili. Dengan perasaan berat hati dan berdasarkan beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, saya tidak akan lagi bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa selagi saya merasakan isu perkauman masih lagi ada dalam kem Jerman.”