Presiden Bola Sepak Perancis Undur Diri Selepas Hina Zidane

Presiden persatuan bola sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet telah mengundurkan diri dari jawatannya selepas terpalit dengan isu menghina Zinedine Zidane serta terbabit dengan beberapa skandal.

Noel Le Graet dihentam teruk oleh pelbagai ceruk lapisan selepas mengeluarkan kenyataan kurang ajar termasuklah dari anak emas Perancis, Kylian Mbappe, Real Madrid dan beberapa pemain lain.

Walaupun Noel Le Graet telah pun membuat permohonan maaf atas ketelanjuran yang disengajakan itu namum masih tidak cukup bagi Jawatankuasa Eksekutif FFF.

Dengan pengunduran Noel Le Graet dari jawatan yang dipegangnya sejak 2011 ini, naib presiden semasa, Philippe Dialo akan memangku tugas tersebut sehingga presiden baru dilantik.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh persatuan bola sepak Perancis (FFf) telah menyatakan bahawa:

“Noel Le Graet, dalam persetujuan dengan Jawatankuasa Mesyuarat Eksekutif FFF hari ini di Paris, telah memilih untuk menarik diri daripada tugasnya sebagai Presiden Persekutuan sehingga komunikasi terakhir audit dijalankan oleh Kementerian Sukan, dan menunggu analisisnya oleh Comex of the FFF.”

Selain menghina Zinedine Zidane secara tiba-tiba, Noel La Graet juga terpalit dengan dakwaan gangguan nafsu serakah tak padan tua umur dah 81 tahun kot.

Lebih padu apabila Noel La Graet telah membuat keputusan secara solo tanpa perbincangan serta makluman kepada jawatankuasa untuk memperbaharui kontrak Didier Deschamps selama tiga tahun setengah.

Jawatankuasa Mesyuarat Eksekutif juga menjelaskan bahawa Didier Deschamps akan terus memegang pasukan Perancis sebagaimana kontrak yang telah diberikan.

Noel Le Graet seolah-olah benci kepada legenda Perancis itu dalam temu bual dengan RMC Sport, di mana dia berkata dia tidak “memberi bantahan” sama ada Zidane berpotensi mengambil jawatan Brazil.

“Zidane ke Brazil? Saya tidak membantah. Dia boleh pergi ke mana sahaja dia mahu, ke kelab atau ke pasukan kebangsaan. Saya tidak begitu mempedulikannya. Adakah dia cuba menghubungi saya? Sudah tentu tidak. Saya tidak akan mengangkat telefon untuknya,” katanya.

Beberapa bulan lalu L’Equipe melaporkan bahawa Zidane akan tetap dilantik menjadi pengurus Perancis walaupun Deschamps membantu Perancis menjuarai Piala Dunia dan mempertahankan gelaran sekalipun.

Kerana kenyataan yang kurang ajar lagi biadap dari Noel Le Graet, Kylian Mbappe dan Real Madrid tampil mengecam hinaan ke atas pemain idolanya.

Ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe nyata terkesan dengan penghinaan Noel Le Great ke atas Zidane dan membidas kembali kenyataan itu.

“Zidane adalah Perancis, kita tidak akan menghina legenda seperti itu… 🤦🏽‍♂️”

“Zidane c’est la France, on manque pas de respect à la légende comme ça… 🤦🏽‍♂️”

Real Madrid juga mengambil serius dengan kenyataan kurang ajar Noel Le Graet itu apabila membuat satu kenyataan rasmi di laman sesawang mereka yang menyatakan:

“Real Madrid C. F. kesal dengan komen malang yang dibuat oleh presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Nöel Le Graët, mengenai Zinedine Zidane, salah seorang legenda sukan terbesar dunia.”

“Kenyataan ini menunjukkan kurang rasa hormat terhadap salah seorang tokoh yang paling dikagumi oleh peminat bola sepak di seluruh dunia dan kelab kami sedang menunggu pembetulan segera. Zinedine Zidane, juara Dunia dan Eropah yang mewakili negaranya, di antara banyak penghormatan lain, dia merangkumi nilai-nilai sukan dan telah membuktikannya sepanjang kerjaya profesionalnya sebagai pemain dan sebagai jurulatih.”

Akibat dari desakan semua pihak La Graet telah menarik diri bukan hanya disebabkan hinaan ini tetapi terpalit dengan dengan pelbagai skandal yang memalukan.

Baca Juga

Baca Juga