Presiden FAM Sah Letak Jawatan, Syor Yusuf Mahadi Sebagai Pemangku

Selepas memberi bayangan akan meletakkan jawatan pada minggu yang lalu ekoran kejatuhan ranking bola sepak Malaysia, kini Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sah meletakkan jawatan dalam satu sidang media di Kongres Kedua FMLLP.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Muka Buku rasmi FAM, Mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengesyorkan Datuk Wira Yusuf Mahadi dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga kongress ke-64 FAM pada 14 July 2018.

Manakala calon paling layak untuk memegang jawatan Presiden FAM selepas ini adalah Setiausaha Agung FAM, Dato Hamidin Mohd Amin kerana pengalamannya dalam bola sepak tanah air.

Pengumuman perletakkan jawatan ini dibuat dalam satu sidang media di Kongres Kedua FMLLP. Perletakkan jawatan ini disambut meriah oleh penyokong mantan Presiden.

Baca Juga

Baca Juga