Presiden Napoli Mendedahkan Tanda Harga Kalidou Koulibaly

Presiden kontroversi Napoli, Aurelio De Laurentiis mendedahkan bahawa Kalidou Koulibaly tidak akan meninggalkan kelab sekiranya pihak mereka menerima tawaran kurang dari £90 juta.

Pemain berusia 28 tahun itu kini dinilai sebagai salah seorang pertahanan terbaik Eropah dan terdapat banyak kelab elite di dunia mahu mendapatkan khidmatnya.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa, untuk menandatangani Kalidou Koulibaly, pasukan tersebut perlu menyediakan yuran perpindahan yang luar biasa lumayan.

Penularan wabak Koronavirus menyebabkan kebanyakkan kelab mempunyai masalah dari segi ekonomi dan ianya mungkin merencatkan sedikit dana bagi menghadapi jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Antara pasukan yang sering dikaitkan dengan Kalidou Koulibaly adalah Manchester United, Manchester City dan pendahulu saingan liga perdana Liverpool.

Walau dalam keadaan semua kelab terkesan dengan impak dari penularan wabak Koronavirus, De Laurentiis tetap mahu meletakkan tanda harga yang luar biasa mahal untuk bintang Senegal itu.

“Sekiranya City, United atau PSG menawarkan €100 juta untuk Koulibaly, sudah tentu saya akan memikirkan perkara itu, dan akan ada kemungkinan pemain tersebut akan pergi meninggalkan pasukan, saya akan lepaskan kalau kedua-dua pihak bersetuju.”

Jelas presiden berusia 71 tahun itu kepada Corriere dello Sport.

“Saya tidak akan mempertimbangkan tawaran sekadar €60 juta. Pendirian saya tetap, sekiranya saya mahu memenangi Scudetto dengan berapa pon nilainya pada hari ini, saya akan berusaha mencarinya sendiri walau terpaksa berhutang sehingga tiga atau empat ratus juta.”

“Saya akan mencari merata tempat dan pergi bertemu syarikat mega mempunyai aset €500 ke €600 juta, atau billion. Saya tidak akan berurusan dengan sebarangan orang.”

Pengarah sukan Napoli, Cristiano Giuntoli baru-baru ini turut menyatakan bahawa:

“Kalidou merupakan seorang pemain yang hebat, beliau mempunyai baki kontrak yang masih panjang bersama kami.”

“Sekiranya kami berniat untuk menjual, kelab sudah tentunya akan meminta jumlah yang besar. Pemain seperti ini nilainya tidak ana turun dalam situasi seperti sekarang, jadi kami tidak akan menurunkan harganya.”

Seorang lagi pemain yang bakal terus kekal bersama Napoli pada musim panas ini adalah Dries Mertens.

Penyerang Belgium itu merupakan sasaran Chelsea untuk jendela perpindahan Januari nanti dan beliau kini sudah ditawarkan kontrak baru untuk terus beraksi dalam saingan Serie A.

Dengan menjaringkan gol ketika menentang Inter Milan dalam perlawanan Coppa Italia menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman mengatasi Marek Hamsik.

De Laurentiis sering memuji pemain berusia 33 tahun itu dan memanggilnya ‘badass’.

“Dia adalah landak jalanan. Kami bertemu untuk bersarapan bersama enam bulan lalu, ia adalah detik terbaik untuk kami, saya mendapati dia seorang pemain yang istimewa, bijak, mental yang kuat dan dia ‘badass’.”

“Memperbaharui kontrak perjanjian untuk seorang pemain sudah berusia 33 tahun bukanlah kebiasaan bagi kami, tetapi kerana Mertens ia sangat mudah, semula jadi. Saya mahukan dia disini walau dia sudah tidak bermain lagi, saya akan carikan bidang yang sesuai untuknya disini untuk meneruskan kerjasama bersama beliau.”

BACA:  Koulibaly Minta Bekas Bosnya Supaya Hormat Pasukan Kebangsaan Afrika