Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis telah menyatakan pandangan serta pemerhatiannya lalu mengeluarkan hipotesis mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus dan apa yang diujarkan penuh dengan persoalan.
Pemain handalan dan bintang dunia bola sepak itu telah berpindah secara sensainya ke pasukan gergasi Italy pada perpindahan musim panas selepas tamat saingan Piala Dunia dengan wang hantaran berjumlah £100 juta je.
#Ronaldo Juventus Photo shoot [@b3naldo7] pic.twitter.com/JmZgujb0wh
— Juventus News – Juvefc.com (@juvefcdotcom) July 28, 2018
Ronaldo ke Italy kerana telah bosan dan penat berada di Sepanyol dan tidak begitu dihargai oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez.
Musim lalu menyaksikan pasukan Napoli yang di bawah Presiden, Aurelio De Laurentiis telah terlepas gelaran Serie A selepas memberikan tentangan sengit dan menyaksikan Juventus telah menjulang gelaran Juara Italy buat kali ke-7 berturut-turut.
"Buonasera, @Cristiano!" ???
CR7 è arrivato al JTC!#ForzaJuve pic.twitter.com/Wr1wI4LchM
— JuventusFC (@juventusfc) July 30, 2018
Dalam satu temuramah Aurelio De Laurentiis telah berkata :
“Cristiano Ronaldo masih ada lagi sedikit masa. Untuk mengekalkan keseimbangan ini sangat bahaya bagi kelab untuk membelanjakan duit sebegitu banyak ke atas seorang pemain yang semakin menghampiri penghujung kerjaya.”
Want to see the "CR7 effect?" Here's news that Chievo – they finished 13th last season – will be charging #Juventus fans €50 to (potentially) see Ronaldo's first game of 2018/19. Normal away price is €30 (1/2)
— Adam Digby (@Adz77) July 29, 2018
Pembelian Ronaldo mungkin dapat menutup keinginan sesetengah peminat yang mahukan nama besar tetapi apa hasil yang dapat diberikan kepada peminat dan penaja.
“Dalam aspek publisiti, Juve telah berjaya melakukan satu perpindahan besar untuk kumpulan Fiat-Chrysler. Perpindahan ini juga telah menutup kekecewaan di kalangan peminat yang mendahagakan pemain hebat diikat.”
“Selepas menang 7 gelaran liga berturut-turut, apa lagi janji dan manifesto nak ditaburkan kepada peminat dan juga penaja untuk membuatkan mereka teruja?
I’m more excited than a Juventus fan right now to see Ronaldo at his first training
— A ?? (@IconicCristiano) July 30, 2018
Apa yang diujarkan oleh Aurelio De Laurentiis ada benarnya, tanpa pemain seperti Ronaldo Juventus telah menang 7 gelaran berturut-turut dan cemerlang serta konsisten di pentas Eropah.
Kesan positif dari segi komersil yang dibawa Ronaldo agak besar buat Serie A yang kini menjadi bualan peminat bola sepak seluruh dunia. Jika dulu apa yang diujarkan oleh Presiden Napoli ini mungkin tiada siapa peduli.