Presiden PAFA Letak Jawatan Selepas Membawa Perak Menjulang Piala Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telah meletakkan jawatan sebagai presiden PAFA ekoran terjadi beberapa insiden yang melucukan selepas Perak menjulang Piala Malaysia.

Pengumuman mengejut dari Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim untuk berundur dilakukan melalui satu sidang media yang dipancarkan siaran langsung di laman muka buku beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA.

Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim belum menyerahkan surat perletakkan jawatannya dan hanya kenyataan lisan sahaja dibuat. Surat peletakan jawatannya itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu akan diserahkan dalam tempoh sehari dua lagi.

Keputusan ini dibuat bagi memberi fokus yang lebih kepada tugas hakikinya. Hasnul dipilih sebagai Presiden PAFA pada Kongres Tahunan ke-60 PAFA, 21 Julai lalu selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Dalam pilihanraya ke-14 yang penuh epik yang lalu, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telah dipilih melalui undian sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Titi Serong dan parti yang memayungi beliau berjaya membentuk kerajaan di Perak.

Lantas dengan menjadi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telah diangkat menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menjaga portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi.

Memetik laporan Berita Harian, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata :

“Lima bulan (memegang jawatan) tempoh sangat mencabar, Allah berikan saya peluang untuk menguruskan sebuah pasukan yang digilai ramai orang.”

“Jika masih ingat masa sidang media pertama saya (selepas memegang jawatan Presiden PAFA), saya menyatakan ingin membawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, saya berjaya membawanya sehingga Perak muncul juara.”

“Saya menilai dalam tempoh seminggu dua ini, kerja saya sedikit terganggu (selepas kes cara mengendalikan trofi Piala Malaysia), bagaimanapun saya terus beri fokus pada PAFA,’

Menjadi amalan dan boleh dikatakan tradisi apabila Menteri Besar dipilih menjadi Presiden bola sepak negeri namun tidak di Perak apabila Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim kerana ketokohan yang ada pada beliau.

Dalam tempoh 5 bulan memegang jawatan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telah berjaya membawa Perak menjulang Piala Malaysia selepas 18 tahun menunggu untuk kembali menjulang.

Namun selepas kemenanga Perak itu terjadi satu isu besar apabila Presiden PAFA dikatakan menjadikan trofi Piala Malaysia seperti milik sendiri dengan bergambar kenang-kenangan dan dinaikkan ke media sosial.

Oleh kerana Piala Ditelurkan itu maka beliau telah didesak jawatan dan selepas dua minggu beliau akur. Belum sejuk Piala dikepit telur beliau telah meletak jawatan.

Baca Juga

Baca Juga