Prestasi Syazwan Zainon Layak Diberikan Pujian #AFFCup

Syazwan Zainon berjaya membuktikan bahawa beliau benar-benar bersedia menggalas cabaran skuad negara dengan aksi membanggakan bersama Skuad Kebangsaan. Malaysia berjaya menewaskan Kemboja 3-2 petang semalam.

Aksinya yang memukau berjaya menarik perhatian netizen malah Kemboja terpaksa bekerja keras mengekang gerakan-gerakan berbahaya Syazwan.

Perlawanan menentang Kemboja merupakan perlawanan kompetitif pertama beliau bersama Skuad Kebangsaan dan aksinya yang bertenaga layak diberikan pujian dan dijadikan contoh kepada para pemain lain yang mungkin diberikan peluang oleh Dato’ Ong Kim Swee.

bola
Syazwan berjaya memperdayakan dua pertahan kemboja sebelum menjaringkan jaringan penyamaan pada separuh masa pertama.

“Saya masih tidak gembira dengan aksi kami hari ini kerana kami sepatutnya melakukannya dengan lebih baik. Setiap pemain mengimpikan menjaringkan jaringan pada perlawanan antarabangsa, dan sudah pasti saya bangga dengan jaringan tersebut,” jelas Syazwan yang juga merupakan pemain sayap Kedah FA.

Syazwan Zainon juga dinobatkan sebagai Man of The Match bagi perlawanan Malaysia menentang Kemboja lewat petang semalam.

Baca Juga

Baca Juga