Preview Final Champion League : Real Madrid vs Atletico Madrid

Preview Real Madrid vs Atletico Madrid

1. Final ini merupakan final Champions League/European Cup ke-14 buat Real Madrid dan rekod terbanyak berbanding pasukan lain. Real Madrid merangkul 10 kejayaan dari 14 perlawanan akhir termasuk empat kejuaraan terakhir 1998. 2000, 2002 dan 2014.

2. Termasuk 2016, wakil bandar Madrid telah memasuki perlawanan akhir sebanyak 17 kali (14 Real, 3 Atletico).

3. Real hanya memenangi 2 daripada 12 perlawanan kompetitif terakhir menentang Atletico, tetapi kedua-dua kemenangan tersebut hadir dalam perlawanan UCL – 4-1 dalam perlawanan akhir 2014, 1-0 dalam perlawanan suku akhir musim lalu.

4. 4 perlawanan kompetitif terakhir antara kedua-dua kelab hanya menghasilkan 4 gol.

5. Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 4 tahun di mana perlawanan akhir menemukan dua kelab dari negara yang sama setelah kelab Jerman pada 2013 dan Sepanyol 2014.

6. Atletico telah berjaya mendapatkan 15 clean sheet dalam 21 perlawanan UCL terakhir mereka.

Rekod Pertemuan Real Madrid vs Atletico Madrid

champion-league-final-real-madrid-vs-atletico-madrid

Atletico seperti biasa bakal bermain counter attack football dengan Griezmann akan menjadi ancaman utama kepada Real, sambil dibantu Torres, Koke dan Niguez.

Real pula seperti biasa gandingan BBC mereka, walaupun Ronaldo dikatakan mengalami sedikit kecederaan, dan akan bermain secara quick passing dan attacking football.

Pasukan manakah yang akan menjadi juara?

Baca Juga

Baca Juga