Preview Undian Liga Europa Peringkat 16 Terbaik

Pertemuan pusingan 16 pasukan Liga Europa telah pun selesai diundi dengan beberapa pasukan yang dulunya kuat diundi bertemu pasukan yang tidak pernah kuat.

Berikut adalah lamaran pasukan mana yang akan layak ke suku akhir nanti.

Lyon vs Roma

Dua kelab ini pernah menjadi penunggu tetap Liga Juara-juara, namun kebelakangan ini mereka mengikut jejak langkah zuhud pasukan Syaitan Merah dari England, dengan hanya memilih Liga Europa.
Lyon pastinya menaruh harapan kepada pasangan penyerangnya, Alexandre Lacazette dan juga Mathew Valbuena, manakala harapan Roma diletakkan di bahu penyerang veteran, Francesco Totti.

Roma kini menduduki tangga kedua di Serie A manakala Lyon menjadi Arsenal versi Perancis.

Ramalan : Roma dengan tenang layak ke suku akhir.

FC Rostok vs Manchester United

Pada mulanya United agak gusar kalau-kalau bertemu kelab-kelab besar lain, namun mereka sedikit lega apabila hanya bertemu pasukan Rostok dari Russia.

Dikhabarkan Zlatan akan berpuasa nazar kerana berjaya mengelak pasukan besar.

Atas kertas, United sepatutnya tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengenepikan cabaran Rostok, namun Marcel Ziemer mungkin akan membuat kejutan barang segol dua untuk mengejutkan Syaitan Merah ini.

Ramalan : Pogba dengan gaya rambut baru warna kuning merah muncul wira membawa United ke suku akhir.

Schalke vs Monchengladbach

Seperti Roma, Lyon dan United, Liga Europa boleh dikatakan kawasan yang agak asing bagi Schalke kerana mereka pernah mencuri tumpuan di UCL suatu ketika dahulu.

Dalam persaingan domestik, Schalke sekadar berada satu tangga di atas Borussia di tangga kesepuluh.

Agak sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan layak ke suku akhir kerana kedua-dua pasukan ini lebih kurang sama tahapnya, bagaikan Perak dengan Pahang.

Jadual Penuh Undian Europa League – Round Of 16

Baca Juga

Baca Juga