Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 West Ham

Liverpool yang kehilangan pemain pertahanan terbaik dunia tiada masalah untuk terus mempamerkan aksi sang juara yang menjadi darah daging mereka sejahk wujudnya meraka dalam dunia bola sepak.

Tiada apa yang sensasi di dalam perlawanan bola sepak, tidak lain tidak bukan adalah kebangkitan luar biasa dan menang tatkala perlawanan hampir tiba ke penghujung.

Kebangkitan dramatik dan Liverpool tidak dapat dipisahkan lagi dan inilah yang terjadi dalam perlawanan menentang West Ham United.

Tatkala ada lagi peminat Liverpool masih meratap kecederaan Virgil Van Dijk dan terus memerli Everton dan Carlo Ancelotti, Liverpool meneruskan saingan seperti biasa.

Virgil Van Dijk mengalami kecederaan bukannya meninggal dunia.

Diogo Jota menjadi wira dalam perlawanan ini selepas masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol lewat permainan. Tiga gol dama tiga perlawanan untuk Liverpool.

Liverpool terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Pablo Fornals yang mudah menewaskan Alisson Becker pada minit ke-10.

Gol ini berpunca daripada kegagalan Joseph Gomez mengeluarkan bola dengan melakukan satu sundulan yang lemah dan menjadi satu assist kepada Pablo Fornals.

Ketinggalan adalah perkara biasa buat Liverpool dan Mohamed Salah telah menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalui sepakan penalti.

Mohamed Salah telah dijatuhkan oleh Arthur Masuaku atau sengaja menjatuhkan diri tak tau la kan? Tapi pengadil menghadiahkan penalti.

Satu keputusan yang adil, tepat lagi saksama daripada pengadil kerana penalti sebahagian daripada bola sepak. Jika pasukan lain dapat penalti tidak sah dan beli pengadil.

Pada minit ke-70 Diogo Jota dan Xherdan Shaqiri di masukkan menggantikan Curtis Jones dan Roberto Firmino.

Hanay lapan minit di padang, Diogo Jota telah meletakkan Liverpool di depan namun gol tersebut dibatalkan kerana kekasaran daripada Sadio Mane.

Pada minit ke-85, Xherdan Shaqiri telah melakukan satu hantaran yang sangat memukau di celahan kaki pemain yang nyata mati langkah untuk menghalang.

Meleleh saja bola ke arah Jota yang melakukan larian dan disusuli dengan satu penyudah yang tajam dan membelah gawang.

Gila la hantaran Shaqiri yang membuatkan masa seolah-olah berhenti dan hanya bola sahaja bergerak pada ketika itu.

Kemenangan ini telah melonjakkan Liverpool ke puncak liga buat sementara waktu atau untuk tempoh seminggu.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, Phillips, Robertson, Jones, Henderson, Wijnaldum, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Milner, Adrian, Minamino, Jota, Shaqiri, Rhys Williams, Neco Williams.

West Ham United: Fabianski, Coufal, Balbuena, Ogbonna, Cresswell, Masuaku, Bowen, Soucek, Rice, Fornals, Haller.

Subs: Yarmolenko, Benrahma, Lanzini, Snodgrass, Diop, Fredericks, Randolph.

BACA:  Ibrahima Konate Akui Kecewa Dengan Prestasi Bersama Liverpool Musim Lalu