Protagonis Unai Simon Dan Kebangkitan Croatia Dipadam Oleh Kebangkitan Sepanyol

Croatia 3 Sepanyol 5
Pedri m20 (og), Mislav Orcic m85, Mario Pasalic m90+2; Paulo Sarabia m38, Cesar Azpilicueta m57, Ferran Torres m77, Alvaro Morata m100, Mikel Oyarzabal m103

Sepanyol turun dengan motivasi tinggi selepas meledak 5 gol pada peralawanan terakhirnya begitu juga dengan Croatia melalui 3 jaringannya ketika menewaskan Scotland.

Dengan rekod terakhir itu, perlawanan pagi tadi menghasilkan banyak gol.

Kedua-dua pasukan mempunyai rekod seimbang apabila masing-masing menang 2 kali pada 4 perlawanan terakhir dalam perlawanan Piala Eropah 2012, Piala Eropah 2016 dan UEFA Nation League 2018.

Seperti biasa Luis Enrique sekali lagi melakukan perubahan di unit hadapan terutama di wing attacker dan Sergio Busquets kembali ke kebelasan utama selepas pulih dari covid.

Zlatco Dalic menurunkan Nicola Vlasic beroperasi di serangan kanan bagi menggantikan Ivan Perisic yang disahkan positif covid.

Kesilapan Pedri dan Unai Simon

Perlawanan bermula dengan Sepanyol menguasai sepenuhnya di kawasan middle third, Croatia melancarkan serangan pantas apabila mendapat peluang.

Sepanyol memperolehi 3 peluang terbaik untuk mendahului perlawanan namun Sepanyol masih lagi Sepanyol yang perlukan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Sisi baiknya pasukan ini tidak mempunyai masalah mencipta banyak peluang kerana kemampuannya menguasai permainan -berada dalam kelas tersendiri berbanding pasukan-pasukan lain.

Pada minit ke-13 Paulo Sarabia melakukan percubaan tersasar selepas menerima umpanan cantik, 3 minit selepas itu Koke melepaskan pecubaan tepat ke arah penjaga gol lawan, Dominik Livakovic.

Minit ke-19 pengadil perlawanan tidak menghiraukan permintaan pemain Sepanyol yang mendakwa bola terkena tangan Domagoj Vida.

Croatia tidak menghadirkan sebarang ancaman namun secara tiba-tiba malapetaka berlaku apabila Unai Simon terlepas bola hantaran kebelakang yang dilakukan oleh Pedri.

Kesilapan yang hampir sama dilakukan oleh Paul Robinson satu masa dahulu.

Jaringan tersebut meletakan nama Unai Simon sebagai penjaga gol ke-3 menjaringkan gol sendiri dalam kejohanan kali ini selepas kali terakhir dilakukan oleh Martin Dubravska.

Tetapi pada akhirnya jaringan tersebut diiktiraf sebagai jaringan sendiri dari pemain berusia 18 tahun, Pedri.

Paulo Sarabia tebus kesilapan Pedri

Selepas malapetaka itu, Croatia mendapat semangat untuk mencari gol ke-2 untuk membvnvh semangat pemain Sepanyol.

Vlasic berjaya memecah pertahanan lawan dan berada dalam kedudukan baik untuk menjaringkan gol tetapi percubaannya tersasar.

Sepanyol kembali menguasai bola dan pada minit ke-38 Paulo Sarabia menyamakan kedudukan 1-1 apabila mudah menyempurnakan peluang menewaskan Livakovic.

Jaringan tersebut berpunca dari percubaan fullback Sepanyol, Jose Gaya yang ditepis Livakovic dan bola tersebut singgah ke kaki Sarabia.

Babak pertama berakhir dengan keputusan 1-1. Sepanyol merupakan pasukan 2 kali ganda lebih bahaya dari Croatia melalui 78 serangan (35 bahaya) berbanding Croatia 38 serangan (16 bahaya).

Sepanyol semakin selesa

Tiada perubahan ketara yang berlaku pada babak ke-2, Sepanyol terus mendomasi permainan dan Croatia hanya melakukan tekanan dikawasan sendiri untuk memenangi bola bagi melancarkan serangan pantas.

Namun percaturan tersebut kurang berkesan malah memberi lebih keselesaan kepada Sepanyol mencipta peluang.

Bagaimanapun Croatia terlebih dahulu mendapat pelaung apabila Mateo Kovacic memberi ancaman melalui hantaran mencari Ante Rebic tetapi percubaan dari penyerang AC Milan itu diselamatkan oleh Simon.

Sepanyol kembali menampilkan penyudah seperti perlawanan sebelum ini apabila menambah 2 gol pada minit ke-57 dan ke-77.

Ferran Torres melakukan hantaran cantik terus menemui kepala Cesar Azpilicueta yang tidak diberi tekanan oleh pemain lawan. Bagaimana pemain pertahanan boleh naik dalam permainan terbuka? Hebat bukan.

Simon bangkit dari kesilapan, melakukan save kali ke-2 apabila menyelamatkan percubaan dari Josko Gvardiol pada minit ke-67.

4 minit selepas itu pakar offside dan pakar miss chances, Alvaro Morata sekali lagi memanjangkan pencapaian itu apabila jaringannya dibatalkan.

Sepanyol menjaringkan gol ke-3 melalui Ferran Torres hasil hantaran cantik dari Pau Torres. Walaupun nama akhir dua pemain ini sama tetapi mereka bukan adik-beradik atau sedara mara.

Croatia bangkit melawan

Croatia menghidupkan semula permainan apabila meraih gol ke-2 pada minit ke-85. Jaringan yang dicetuskan oleh Luca Modrid menghasilkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Sepanyol. Tolakan dari Mislav Orcic melepasi garisan gol walaupun dikeluarkan oleh Unai Simon.

Ketika permaianan memasuki minit ke-2 masa tambahan secara tiba-tiba Mislav Orsic berhasil melakukan hantaran silang padu, Mario Pasalic melompat tinggi menanduk ke punjuru kanan gawang Sepanyol.

Sepanyol dihukum kerana terlalu selesa selepas mendahului 3-1. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan untuk mencari pemenang.

Permainan memuncak dan Dani Olmo pencetus kebangkitan

Memasuki babak tambahan Sepanyol dan Croatia bermain di tahap maksima. Kedua-dua pasukan melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan masing-masing bagi mencari gol kemenangan.

Orsic melakukan rembatan sedikit melewati palang gol dan Andrej Kramaric mempunyai masa cukup di dalam kotak penalti. Namun percubaannya tepat ke arah Simon.

Pemain gantian, Dani Olmo menjadi pencetus kebangkitan Sepanyol apabila 2 hantaran silang darinya berjaya disudahkan oleh Alvaro Morata (m100) dan Mikel Oyarzabal (m103).

Olmo hampir melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol dengan gemilang tetapi percubaan lewat permainan darinya hanya singgah di tiang.

“Jika Unai Simon menjadi protagonis dalam jaringan pertama, dia juga menjadi punca penyelamat Sepanyol apabila melakukan aksi penyelamat luar biasa di babak ke-2 dan masa tambahan.” – ulas Gaizka Mendiata ketika perlawanan

Pemain terbaik: Dani Olmo (Sepanyol)

BACA:  EURO 2020: Sepanyol 1-1 Poland