Provokasi Ikonik Messi Depan Muka Van Gaal Dan Kem Belanda

Messi Van Gaal

Lionel Messi telah bertukar menjadi Setan selepas kemenangan Argentina ke atas Belanda apabila dengan berani matinya telah melakukan satu provokasi penuh ikonik di depan muka Louis Van Gaal dan kem Belanda.

Gol jaringan daripada Nahuel Molina dan Lionel Messi hampir membawa Argentina ke separuh akhir dalam tempoh 90 minit sahaja namun dengan tiba-tiba Belanda bangkit.

Pemain super sub, Wout Weghorst yang masuk menggantikan Memphis Depay pada minit ke-78 telah mengurangkan deifisit lima minit kemudian melalui satu sundulan.

Ketika Argentina hampir ke mara, di saat akhir permainann Wout Weghorst tampil sekali lagi dengan jaringan penyamaan dari satu sepakan percuma yang genius.

Perlawanan dibawa ke masa tambahan yang tiada hasil lalu diteruskan ke penentuan sepakan penalti yang menjadi milik Argentina dengan kecemerlangan Emi Martinez.

Provokasi awal sudah dilakukan Lionel Messi depan bangku simpanan Argentina apabila meraikan gol dengan meletakkan kedua-dua tangan ditelinga sambil terkangkang.

Namun dapat dilihat selepas perlawanan pemain Argentina sangat emosi dan penuh dengan amarah membalas kembali provokasi dan hinaan pasukan Belanda sebelum perlawanan.

Menyedari tempat ke separuh akhir menjadi milik Argentina, ketika Messi mahu ke bangku simpanan Argentina dia telah melalui kawasan Belanda.

Messi dengan selamba telah masuk ke kawasan teknikal Belanda lalu membuat isyarat badan yang bermaksud ‘Korang sembang lebat sangat.’

Tindakan provokasi Messi itu nyata berjaya apabila membuatkan kem pasukan Belanda meggelupur dan tersentap, namun Edgar Davis tampil menenangkan keadaan.

Messi sempat bersemuka dengan Van Gaal dengan dan dapat dilihat mengatakan sesuatu, Angel Di Maria kemudian datang untuk mengheret Messi pergi agak situasi tidak menjadi bertambah buruk lagi.

Selepas perlawanan Lionel Messi telah menjelaskan kenapa dia sangat marah dengan Louis Van Gaal itu yang disifatkanny sebagai kurang ajar dan tak hormati pasukan kebangsaan Argentina.

“Aku marah sebab jurulatih macam van Gaal yang penuh dengan pengalaman di dada.. dia bercakap dengan cara dia bercakap dengan cara kurang ajar.”

“Ia tidak semestinya begitu, ia tidak masuk akal. Aku rasa dia tidak hormatkan pasukan kebangsaan Argentina.”

Selain mengkritik corak permainan fizikal Van Gaal yang mencanangkan Belanda bermain bola sepak, Messi juga tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan dari Sepanyol Antonio Mateu Lahoz.

Konsistensi gagal dipamerkan Antonio Mateu Lahoz terutamanya kepada pasukan Argentina selepas mereka mendahului dua gol dan bagi Messi Lahoz adalah punca utama membolehkan Belanda mengejar.

Namun Messi tidak mahu melakukan provokasi berlebihan dan mengkritik pengadil kerana sedar akan menghadapi hukuman dari FIFA.

Sebanyak empat belas kad kuning dilayangkan dengan 6 milik Belanda dan 8 milik Argentina di tambah dengan kad kuning Walter Samuel dan kad merah Denzel Dumfries selepas perlawanan tamat.

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez yang merupakan pakar penyelamat sepakan penalti dan pakar provokasi pemain lawan ketika penalti juga tidak dapat menahan emosi.

Dua aksi penyelamatan Emi Martinez dipenentuan sepakan penalti menafikan sepakan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis telah membawa Argentina ke separuh.

Emi Martinez juga menyerang bangku simpanan Belanda dengan carutan dan menyuruh pasukan Belanda menutup mulut mereka yang busuk dan dua kali dia menafikan sepakan Belanda.

“Tutup mulut kau persetubuhan tahi, aku bersetubuh dengan kau dua kali.”

Semuanya tidak berharap lagi disitu apabila Lionel Messi selamba memanggil Wout Weghorst sebagai bodoh dan menyuruh pemain Belanda itu berambus.

Argentina ke Separuh Akhir

Belanda turun menentang satu lagi pasukan pilihan untuk bergelar juara, Argentina dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Dunia 2022 selepas perlawanan pembukaan antara Croatia dan Brazil.

Croatia yang telah mencipta kejutan dengan aksi kebangkitan menang di penentuan sepakan penalti untuk ke separuh akhir dan akan bertemu pemenang pertembungan Belanda vs Argentina ini.

Perlawanan ini telah dihangatkan dengan kenyataan angkuh Raphael Van der Vaart yang menyatakan Belanda akan menang mudah dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kenyataan Angel Di Maria melabel Louis Van Gaal sebagai ‘pengurus paling teruk dalam kariernya’ kembali berbangkit dan Van Gaal hanya membalas dengan jawapan sinis yang agak kelakar.

Secara statistiknya prestasi Argentina dan Belanda tidak jauh bezanya di Piala Dunia 2022 ini jika diikutkan Belanda ternyata lebih tajam dan klinikal jika dikira berdasarkan goal per shot on target.

Perlawanan antara Belanda ini berlangsung boleh tahan hambarnya untuk separuh masa pertama namun perlawanan ini diselamatkan dengan jaringan Nahuel Molina
pada minit ke-35.

Hanya 6 sahaja percubaan terhasil dan 5 daripadanya adalah dari Argentian dengan 3 percubaan tepat dan Belanda hanya menghasilkan satu saja percubaan yang jauh tersasar.

Lionel Messi menjadi titik fokus dalam perlawanan ini apabila mempamerkan aksi terbaik dan gol dari Nahuel Molina juga terhasil dari hantaran genius Lionel Messi.

Bintang PSG itu telah mengutip bola dari kawasan tengah Belanda dan telah berjaya menarik tiga pemain untuk menghalangnya yang telah memberi ruang kepada Molina.

Satu hantaran lolos penuh genius dan berprestasi tinggi sampai kepada Molina yang telah mempamerkan satu penyudah yang tenang.

Bersambung babak kedua masih tiada apa yang menarik dan mengujakan apatah lagi untuk membuatkan penonton di rumah menjerit penuh keterujaan.

Pada minit ke-73 Argentina telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Denzel Dumfries telah menjatuhkan Marcos Acuna.

Lionel Messi tampil menggalas tanggungjawab untuk meletakkan Argentina dengan kedudukan sedikit lebih selesa dengan dua gol di depan.

Lionel Messi kini menjadi penjaring gol terbanyak bersama Argentina di Piala Dunia dengan 10 gol, menyamai rekod Gabriel Batistua.

Sepuluh minit kemudian hantaran silang Steven Berghuis telah berjaya ditanduk sipi oleh Wout Weghorst yang masuk menggantikan Memphis Depay pada minit ke-78.

Gol itu nyata menaikkan semangat kebangkitan Belanda yang sendu sepanjang perlawanan dan mula mencari gol untuk merebut slot separuh akhir.

Masa kecederaan selama 10 minit memberi talian hayat buat Belanda bagi mencari gol penyamaan namun masa itu seakannya tidak cukup namun semuanya berubah.

Silly mistake dari German Pezzella telah memberikan Belanda sepakan percuma di kawasan bahaya dan satu sepakan percuma genius terhasil.

Teun Koopmeiners telah membuat satu tolakan yang diluar kotak dan tidak masuk akal dan laju disambar Wout Weghorst untuk gol penyamaan minit akhir.

Perlawanan dibawa ke masa tambahan sekali lagi untuk perlawanan separuh akhir.

Tiada apa yang menarik di masa tambahan dan hanya berbaki kurang 10 minit Argetina mengasak seperti tidak mahu ke sepakan penalti.

Rembatan Lautaro Martinez tepak ke dada Van Dijk dan rembatan Otamendi yang terbias hanya sedikit melepasi dan tiada gol terhasil.

Pemenang akan ditentukan di sepakan penalti yang akhirnya berjaya menjadi milik Argentina.

1. Virgil vin Dijk gagal disepakan pertama dinafikan Emi Martinez dan Lionel Messi tiada masalah meletakkan Argentina di depan.

2. Steven Berghui juga gagal, Emi Martinez padu menepis dan Leandro Paredes berjaya menyempurnakan.

3. Teun Koopmeiners berjaya menewaskan Emi Martinez yang tegak berdiri, Gonzalo Montiel tiada masalah dengan sepakan yang tenang.

4. Wout Weghorst meneruskan ketajaman untuk kedudukan 2-3 selepas Enzo Fernandez melakukan sepakan yang liar.

5. Luuk De Jong berjaya namun Lautaro Martinez memastikan kemaraan Argentina dengan kedudukan 4-3.

FT | Netherlands (3) 2–2 (4) Argentina

Kesebelasan Utama Belanda Argentina

Kesebelasan Utama Netherlands (3-4-1-2) Noppert; Timber, Van Dijk, Ake; Dumfries, De Roon, F de Jong, Blind; Gakpo; Depay, Bergwijn.

Pemain Simpanan: Pasveer, Bijlow, De Ligt, De Vrij, L de Jong, Berghuis, Lang, Klaassen, Malacia, Janssen, Weghorst, Koopmeiners, Taylor, Simons, Frimpong.

Kesebelasan Utama Argentina (3-5-2) E Martinez; Romero, Otamendi, Lisandro Martinez; Molina, De Paul, Fernandez, Mac Allister, Acuna; Messi, Alvarez.

Pemain Simpanan: Armani, Rulli, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Palacios, Correa, Almada, Gomez, Guido, Dybala, Lautaro Martinez.

Pengadil: Antonio Mateu Lahoz (Spain)

Perjalanan Argentina ke Suku Akhir:

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia
Suku Akhir: Belanda Argentina

Perjalanan Belanda ke Suku Akhir:

Belanda telah diundi berada dalam kumpulan A yang turut dihuni oleh Senegal, Ecuador dan tuan rumah Qatar, satu kumpulan mudah untuk Belanda menjadi juara kumpulan.

1. Senegal 0-2 Belanda
2. Belanda 1-1 Ecuador
3. Belanda 2-0 Qatar

Pusingan 16: Belanda 3-1 USA
Suku Akhir: Belanda Argentina

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia

Perlawanan kedua pusingan 16 Piala Dunia terakhir telah pun tiba menemukan Argentina dan Australia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmed Bin Ali.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Belanda yang sudah menanti di suku akhir apabila lebih awal turun untuk menundukkan USA 1-3.

Kemampuan Australia di Piala Dunia 2022 tidak boleh dipandang rendah, walaupun tidaklah mempamerkan permainan yang meyakinkan mereka bermain dengan penuh semangat.

Dan yang paling bahaya tentang Australia ini adalah kemampuan mereka untuk menjaringkan gol namun Argentina antara pasukan kegemaran untuk muncul juara.

Argentina bermula baik dan terus mengatur gerak serangan untuk memberi tekanan kepada kubu Australia dan sepertinya mahu mencari gol seawal mungkin.

Australia masih tenang untuk menyerap tekanan daripada Argentina dan melancarkan serangan apabila berpeluang dan tidak hanya bertahan sahaja.

Walaupun nampak seperti saling menyerang tapi percubaan kurang terhasil di mana Australia tidak mencatatkan sebarang percubaan.

Lionel Messi akhirnya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 dengan satu lencongan yang leret.

Pada awalnya sepakan percuma cantik Messi telah ditepis keluar oleh penjaga gol Australi, Mathew Ryan dan bola berjaya di rampas semula.

Sentuhan kurang kemas Nicolas Otamendi terus disambar Lionel Messi yang terus menghasilkan gol. Assist diberikan kepada sentuhan terus Otamendi.

Gol kesembilan Messi di Piala Dunia dan ini merupakan gol pertama Messi untuk Argentina di pusingan kalah mati dalam penampilan ke-1000 kariernya.

Selain jaringan daripada Lionel Messi itu tiada aksi menarik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini dengan Argentina melakukan dua percubaan dan Australia hanya satu.

Selepas 12 minit separuh masa kedua bersambung, Julian Alvarez menggandakan kedudukan sekaligus menghukum kesilapan penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Entah apa yang merasuka Matthew Ryan yang cukup melakukan gelecekkan selepas menerima hantaran ke belakang ketika dua pemain Argentina datang menekan.

Akibatnya Ryan telah kehilangan bola dan gol Alvarez terus menampakkan kebodohan Ryan yang cuba menyalahkan rakan sepasukan.

Australia akhirnya berjaya memecahkan telur dan pengulas menyatakan itu gol nasib selepas rembatan deras Craig Goodwin terkena Enzo Jeremias Fernandez dan biasan itu terus menerjah gawang.

Pemain Australia gol terus nasib, bila Messi dapat bola terus magic, magic, lawan Australia je kot.

Aziz Behich telah bertukar menjadi Lionel Messi dalam sejenak dengan satu gelecekkan solo memukau tetapi penyudahnya dinafikan dengan satu hadangan.

Lautaro Martinez yang masuk menggantikan Julian Alvarez gagal untuk membunuh perlawanan selepas melepaskan beberapa peluang ketika dalam situasi satu lawan satu.

Australia terus melawan hingga ke wisel penamat dan hampir menyamakan kedudukan dengan rembatan deras Garang Kuol dan memaksa Emi Martinez meregangkan badan selebar mungkin.

Dan rembatang Garang Kuol yang garang itu terkena bahu. Pemain Argentina menzahirkan rasa lega dan terus Emi Martinez dipeluk.

Lionel Messi kini telah memenangi lebih banyak anugerah FIFA Man of the Match rasmi (8) berbanding pemain lain dalam sejarah pertandingan.

Dengan kemenangan ini Argentina akan bertemu Belanda di suku akhir.

Kesebelasan Utama Argentina (4-3-3): E Martinez; Molina, Romero, Otamendi, Acuna; De Paul, Fernandez, Mac Allister; Alvarez, Messi, Gomez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Rodriguez, Dybala, Lautaro Martinez, Lisandro Martinez.

Kesebelasan Utama Australia (4-3-3): Ryan; Degenek, Souttar, Rowles, Behich; Baccus, Mooy, Irvine; Leckie, Duke, McGree.

Pemain Simpanan: Atkinson, Karacic, Tilio, Wright, Maclaren, Hrustic, Mabil, Redmayne, Devlin, Vukovic, Deng, Kuol, King, Cummings.

BACA:  Messi Tolak Jemputan CBS Sports Kerana Bekas Bintang Liverpool Yang Dianggapnya Perangai Seperti Keldai