PSG Buka Pintu Untuk Mbappe Ke Liverpool Dengan Harga Hampir RM2 Bilion

liverpool mbappe

Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan sudah bersedia membuka pintu untuk pemain keramat mereka, Kylian Mbappe berhijrah ke Liverpool dengan harga tidak masuk akal dan pecah kelab.

Jika Liverpool mahukan merealisasikan perpindahan ini, harga yang diminta PSG untuk Kylian Mbappe adalah hampir RM2 Bilion atau €400 atau $431 juta atau £352 juta. Nak bunyi murah sikit guna la Pound Sterling £352 juta je.

Itulah laporan terbaru dan segar dari ladang mengenai Liverpool dan juga Kylian Mbappe yang telah lama dikaitkan yang dikatakan satu-satunya destinasi pemain itu jika berpindah.

Kylian Mbappe mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini selepas Piala Dunia 2022, walaupun Perancis gagal mempertahankan kejuaraan, Mbappe muncul pemenangan kasut emas dan mencetak hatrik di final.

Liverpool kini berada dalam situasi sebaliknya apabila bergelut teruk dan hanya sekadar berada di tangga kesembilan Premier League dengan pemain tengah yang berusia serta serangan tidak bergigi.

Walaupun rasanya tidak mungkin pemain antarabangsa Perancis itu akan berpindah ke Liverpool sekarang, The Reds disebut-sebut sebagai destinasi berpotensi untuk Mbappe, sekiranya dia meninggalkan PSG.

Malah, akhir tahun lalu penerbitan Sepanyol Marca mendakwa juara Perancis itu tidak akan mahu menjual Mbappe kepada Real Madrid, menjadikan Liverpool sebagai satu-satunya pilihan untuk penyerang itu.

Kini The Athletic juga melaporkan bahawa PSG akan menghalang segala usaha dan cubaa Mbappe untuk menyertai Real Madrid dan mendesak jika sebarang prospek wujud untuk penjualan Mbappe pembelinya adalah Liverpool.

Pada Julai lalu, perunding yang dilantik PSG, Antero Henrique telah membuka pintu kepada Kylian Mbappe untuk pergi ke mana saja namun bukannya ke Real Madrid.

Jalan keluar adalah ke Liverpool di mana Antero Henrique dan President PSG, Nasser Al-Khelaifi telah meminta yuran perpindahan sebanyak RM2 Bilion atau €400 atau $431 juta atau £352 juta namun Mbappe menolak pilihan itu dan memilih untuk kekal.

Penasih sukan PSGM Luis Campos merupakan penghubung paling kukuh antara Mbappe dan PSG, tahu Mbappe tidak selesa. Penyerang itu masih mengerahkan semua usahanya untuk terus beraksi di atas padang, tetapi telah memberitahu Luis Campos bahawa dia berasa tertipu.

Ibu kepada Mbappe, Fayza Lamari merupakan peminat Liverpool dan ini dikatakan faktor yang akan menyumbang kenapa Mabppe akan menyerta The Reds.

Kylian Mbappe mengakui dia pernah mengadakan perbincangan dengan Liverpool pada tahun 2017, Mbappe memberitahu perkara init kepad The Telegraph awal tahun lalu:

“Kami bercakap sedikit, tetapi tidak terlalu banyak. Kami bercakap sedikit. Saya bercakap dengan Liverpool kerana ia adalah kelab kegemaran ibu saya, saya ibu suka Liverpool. Saya tidak tahu mengapa anda perlu bertanya kepadanya!”

“Ia kelab yang bagus dan kami bertemu mereka lima tahun lalu. Ketika saya di Monaco, saya bertemu mereka. Ia adalah kelab besar.”

Perpindahan pada bulan Januari tidak akan berlaku dan juga tidak semestinya pada musim panas depan – PSG telah menunjukkan pada masa lalu mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk aset berharga mereka.

Tetapi PSG sedar bahawa Mbappe sama sekali tidak melupakan impiannya bermain untuk Real Madrid dan ada kalanya telah mewujudkan ketegangan antara kelab dan pemain.

“Satu-satunya kelab yang boleh mengeluarkannya dari sini ialah Real Madrid,” kata sumber dari PSG, yang bercakap kepada The Athletic.

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak, tetapi kami boleh meminta €400 juta ($431 juta; £352 juta), atau tidak meletakkan harga kepadanya,” kata sumber itu.

Dengan harga pecah muka pecah kepada ini mungkin Real Madrid mampu dan berani membelinya dan Liverpool seperti tidak akan melakukannya kerana mereka boleh mendapatkan 5 orang Darwin Nunez dengan nilai itu atau 4 orang Jude Bellingham.

Baca Juga

Baca Juga