PSG Hadiahkan Pierre Webo Jersi Yang Ditandatangan Semua Pemain

Paris Saint-Germain telah menghadiahkan pembantu jurulatih Istanbul Basaksehir, Peirre Webo sehelai jersi yang telah ditandatangan oleh kesemua pemain PSG selepas perlawanan Champions League di Parc Des Princes.

Selepas perlawanan jersi itu telah disampaikan secara personal oleh presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi kepada Pierre Webo sebagai tanda solidariti atas apa yang terjadi.

Jersi itu tertera nama Webo yang bernombor 9 dibahagian belakang serta dipenuhi dengan tandatangan pemain PSG termasuklah Neymar dan Kylian Mbappe.

PSG telah mencatatkan kemenangan penuh selesa lagi bergaya apabila membelasah Istanbul Basaksehir dengan lima gol berbalas satu sekaligus muncul juara kumpulan.

Neymar telah mencetak hatrik dalam perlawanan ini yang menyaksikan kesemua pengadil perlawanan penuh kontroversi telah digantikan dengan pengadil lain.

Pemain Brazil ini telah menempa rekod sebagai pemain pertama dalam sejarah Champion League menjaringkan 20 gol untuk dua pasukan berbeza.

Dua gol lagi telah dijaringkan oleh pemain muda sensasi masa kini Kylian Mbappe, yang menjadi antara pemain yang membela Pierre Webo semasa kejadian berlaku.

Dengan jaringan ini telah menobatkan Kylian Mbapper sebagai pemain paling muda menjaringkan 20 gol di Champions League pada usia 21 tahun.

Mehmet Topal menjadi penjaring gol saguhati Istanbul Basaksehir.

Perlawanan Yang Digantung

Paris Saint-Germain sepatutnya melayan kunjungan Istanbul Basaksehir untuk perlawanan terakhir Kumpulan H bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati pertandingan UEFA Champions League namun telah terjadi satu insiden.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan pada minit ke-14 selepas berlaku berlakunya keadaan tidak terkawal yang berakhir dengan tindakan pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang.

Dalam insiden luar padang, pembantu pengurus Pierre Webo, yang berasal dari Cameroon dilayangkan kad merah oleh pengadil sebelum mendakwa pegawai keempat perlawanan Sebastian Coltescu dari Romania menggunakan terma berbaur perkauman.

Pemain-pemain Istanbul menunjukkan solidaritit kepada pembantu pengurus mereka dengan meninggalkan padang, diikuti oleh pemain-pemain PSG yang turut kembali ke bilik persalinan.

Selepas perlawanan digantung maka perlawanan ini kembali bersambung semula selepas hampir 24 jam dengan permainan bermula pada minit ke-14.

Walaupun perlawanan ini tidak memberi sebarang makna kerana PSG dan RB Leipzig sudah mara ke pusingan kalah mati namun siapa juara kumpulan H belum ditentukan.

Sebastian Coltescu bakal berdepan hukuman gantung 10 perlawanan jika didapati bersalah menggunakan kata-kata rasis selepas siasatan disiplin yang akan dilakukan oleh UEFA.

Artikel 14 UEFA edisi terbaru mengenai tindakan disiplin dan prosedur menyatakan bahawa:

“sesiapa sahaja yang berada dalam ruang lingkup Artikel 3 yang menghina martabat manusia samada individu atau sekumpulan individu dengan alasan apa pun, termasuk warna kulit, bangsa, agama, asal etnik, jantina atau orientasi seksual, akan digantung sekurang-kurangnya 10 perlawanan atau untuk jangka masa yang ditetapkan, atau apa-apa sekatan lain yang sesuai.”

Artikel 3 pula menyatakan bahawa semua pegawai perlawanan adalah tertakluk kepada peraturan artikel 14, sebagaiman kelab dan pegawai pasukan, semua pemain dan semua pegawai UEFA.

Jika didapati bersalah Sebastian Coltescu akan digantung minimun 10 perlawanan dalam kejohanan Eropah atau apa saja hukuman yang dirasakan sesuai oleh UEFA.

Pada rabu, UEFA telah pun melantik Pemeriksa Etika dan Disiplin untuk menjalankan siasatan disiplin berhubung kejadian yang berlaku di Parc des Princes.

BACA:  Mbappe Dianggap Pemain Paling Tamak Kerana Menolak Untuk Menghantar Bola Kepada Messi