PSG Mahu Guna Presiden Perancis Untuk Pujuk Mbappe

PSG mahu guna Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk memujuk Kylian Mbappe agar kekal di Paris dan membatalkan hasratnya untuk ke Sepanyol.

Ia merupakan antara langkah yang mahu dilakukan oleh Paris Saint Germain untuk memastikan bintang muda terbaik mereka itu kekal bersama kelab.

Kylian Mbappe baru-baru ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Real Madrid dengan beliau dilaporkan menolak untuk menandatangani perjanjian baru bersama PSG.

Gergasi Sepanyol itu turut menunjukkan minat yang mendalam untuk menandatangani bintang sensasi Perancis itu pada musim panas ini, namun PSG menolak untuk menjual pemain berusia 22 tahun itu.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Mbappe boleh menandatangani pra kontrak bersama Real Madrid pada Januari ini, sebelum melengkapkan perpindahan mega secara percuma pada musim panas 2022 nanti.

Ia kerana kontrak asal Mbappe bersama kelab akan berakhir pada musim panas akan datang, dan PSG berkemungkinan besar akan kehilangan bintang utama mereka itu tanpa mendapatkan apa-apa.

Walau bagaimanapun, gergasi Ligue 1 itu tetap mahu berusaha untuk memastikan Mbappe tidak meninggalkan kelab dan bakal menandatangani perjanjian baru.

PSG turut menyediakan tawaran baru yang sungguh lumayan dalam usaha mereka untuk memujuk Kylian Mbappe agar tidak meninggalkan kelab.

Menurut laporan dari Marca, Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menghantar mesej peribadi kepada Mbappe, untuk memujuknya agar menolak tawaran dari Real Madrid.

Colin Millar dari The Mirror turut menulis:

“Sehingga kini, masih belum boleh dipastikan sama ada dialog antara Macron dan Mbappe akan terus bersambung atau tidak, terutamanya kerana pemain penyerang itu bakal beraksi untuk skuad Les Bleus dalam saingan Piala Dunia tahun hadapan.”

Impian Mbappe untuk beraksi bersama Real Madrid pada musim hadapan sepertinya bakal menjadi kenyataan, namun PSG masih belum menyerah untuk melepaskan beliau.

Bercakap tentang spekulasi tersebut, Mauricio Pochettino telah menyatakan bahawa:

“Dia merupakan pemain kami. Tapi kamu tahu dunia bola sepak, penuh dengan khabar angin.”

“Presiden kelab dan pengarah kami sangat jelas. Dia masih di sini bersama kami dan kami gembira dengan dia. Dia merupakan pemain yang penting, dan ia merupakan satu anugerah untuk kami memiliki dia.”

Sporting director PSG, Leonardo menjelaskan tentang rumours berkait Mbappe dan menyatakan yang kelab tidak akan melepaskan pemain mereka dengan yuran perpindahan yang rendah atau dilepaskan secara percuma.

Beliau mendedahkan kepada RMC bahawa:

“Kylian Mbappe mahu pergi, itu sepertinya sudah jelas. Jika Real Madrid membuat tawaran, itu juga sudah jelas… Saya diberi kedudukan, yang mana saya rasa jelas untuk semua orang.”

“Kita tak boleh, seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup untuk tukar perancangan kita. Jika dia mahu pergi, kita tak akan halang dia, tapi mesti dengan syarat kita.”

“Kita tidak merancang untuk berunding dengan Madrid lagi. Tarikh tutup adalah pada tengah malam 31 Ogos. Itulah bagaimana jendela perpindahan berjalan, bagi kami, ia sangat jelas. Kita akan kekalkan dia dan kita akan tambah kontrak dia.”

“Tapi kita tidak akan benarkan seseorang untuk meninggalkan kelab dengan yuran yang rendah dari yang kita bayar untuk dapatkan dia, dan ketika ini kita masih berhutang dengan Monaco.”

“Kita tidak membuat apa-apa persiapan di pasaran pemain pada ketika ini. Dia masih ada baki setahun dalam kontraknya, kita mahu tawarkan lanjutan kontrak pada dia.”

“Kita tidak pernah terfikir plan A ke plan B ke. Kita sudah cipta atmosphere positif di sini. Kita tak akan benarkan sesiapa ubah itu.”

Real Madrid sementara itu berasa sangat yakin yang mereka bakal berjaya untuk menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas akan datang.

Namun selepas campur tangan dari Presiden Perancis, semuanya menjadi samar-samar dan berkemungkinan harapan PSG untuk pastikan Mbappe kekal, bakal menjadi kenyataan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer: Kami Yakin Mampu Tewaskan PSG Walaupun Ketinggalan 2-0