Real Madrid berkemungkinan berhadapan masalah dengan FIFA sekiranya dakwaan Paris Saint-Germain (PSG) kelab Sepanyol itu telah melakukan perbincangan dengan Kylian Mbappe melalui pintu belakang.
Ini kerana PSG kini mulai mempertimbangkan untuk mengheret Real Madrid kepada FIFA atas kelakuaan itu.
Perundangan FIFA jelas tidak membenarkan mana-mana kelab melakukan perbincangan dengan pemain yang masih memiliki kontrak sah bersama sesebuah kelab lain.
Keengganan Mbappe meninggalkan Parc des Princess walaupun menerima tawaran rekod dunia daripada kelab Arab Saudi membuatkan PSG sangat yakin Real Madrid dan Mbappe sebenarnya sudah pun mencapai persepekatan.
No late twists in Kylian Mbappé saga — deadline of July 31 is over and Mbappé can’t activate the option to extend his PSG contract until June 2025. ⚠️
The contract officially expires in June 2024 now.
PSG keep thinking he agreed with Real Madrid — but Kylian remains for sale. pic.twitter.com/5KjaNhhX6C
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 31, 2023
Masa depan Mbappe di PSG mulai mendapat perhatian ramai sejak sebulan lalu setelah pemain itu menghantar surat kepada pihak pengurusan kelab Ligue 1 itu untuk menyatakan niatnya tidak kekal di kelab itu melangkaui musim panas 2024.
Bagaimanapun bekas penyerang Monaco itu bersedia untuk menamatkan baki kontrak setahun bersama PSG sebelum bebas menyertai mana-mana kelab pilihannya sebagai ejen bebas.
Perkara itu menyebabkan PSG kecewa dengan Mbappe yang bertekad enggan melepaskan pemain itu sebagai ejen bebas menjelang Jun 2024.
Real Madrid dilihat sebagai pilihan utama untuk mendapatkan tandatangan Mbappe. Jaguh Sepanyol itu bagaimanapun sanggup menunggu kontrak Mbappe di PSG tamat sebelum mendapatkannya secara percuma.
🚨 PSG are considering making a formal complaint to FIFA about Real Madrid "tapping up" Kylian Mbappé.
(Source: @JBurtTelegraph) pic.twitter.com/wP9jF3i34l
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 31, 2023
Perkara itu menyebabkan hubungan di antara Mbappe dan PSG menjadi keruh sehingga kelab itu mengancam untuk merehatkan pemain itu di bangku pemain simpanan sepanjang musim hadapan.
PSG nyata tidak bercakap kosong apabila turut tidak membawa Mbappe ke jelajah pra musim kelab itu di Jepun dan Korea Selatan.
Namun tindakan sedemikian tidak cukup untuk memberi tekanan kepada Mbappe, membuatkan PSG yakin Real Madrid telah memancing pemain itu menggunakan pintu belakang, termasuk menasihatkan pemain itu untuk kekal sahaja di Parc des Princess selama semusim sahaja lagi.