PSG Tidak Mahukan Neymar Lagi dan Tawarkan Jalan Untuk Berambus

Paris Saint Germain kini tidak lagi mahu menggunakan khidmat Neymar untuk mereka dan kini Neymar dilaporkan telah ditawarkan jalan keluar dari Kota Paris ke destinasi yang mahukan dirinya.

Neymar merupakan pemain bola sepak yang paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia tetapi dengan tanda harga dipegangnya, Neymar gagal untuk memenuhi jangkaan dan memenuhi potensi diri sejak bersama PSG.

Pemain serba lincah penuh berseni yang berasal dari Brazil itu telah menyebabkan gergasi Perancis itu membayar Barcelona harga setinggi £196 juta pada tahun 2017.

Satu pelaburan jangka panjang yang dilihat sangat tidak berbaloi buat PSG di mana Neymar jarang turun untuk beraksi.

Paling banyak penampilan yang dilakukan oleh Neymar dalam satu musim sejak 2017 adalah 31 perlawanan dan dalam dua musim Neymar penah bermain kurang separuh dari jumlah perlawanan liga (38 perlawanan).

Neymar ke PSG dengan misi dan semangat yang membara iaitu untuk membuktikan kehebatan dan potensinya lantaran sentiasa dibayangi Lionel Messi ketika di Barcelona.

Ketibaan Lionel Messi ke PSG sekali lagi membuatkan Neymar tenggelam dengan bayangan rakan baiknya itu walaupun Messi sendiri mengalami kesenduan.

Sejak kehadiran Kylian Mbappe, Neymar gagal untuk kembali ke permukaan dan secara perlahan-lahan tenggelam dan Mbappe pula semakin mengukuhkan diri sebagai bintang paling bersinar di Parc des Princes.

Mbappe telah menandatangani perjanjian baharu bulan lalu di kelab itu dengan membuat u-turn dari perpindahan yang dijangka ke Real Madrid dan menurut laporan satu janji yang dibuat kepada Mbappe untuk kekal ialah Neymar akan pergi.

Menurut laporan Footmercato, pemain berusia 30 tahun itu telah ditawarkan ke Juventus di mana Max Allegri serius mempertimbangkan penyerang itu sebagai pilihan.

Pakar mengenai perpindahan Juventus, Luca Momblano juga telah mendakwa di laman Juventibus bahawa bintang Brazil itu telah ditawarkan kepada gergasi Serie A itu yang sedang mencari jalan untuk kembali ke puncak Serie A dan di Eropah, secara pinjaman.

Ia bukan satu perjanjian yang mudah untuk dilakukan, bagi sesiapa sahaja, dengan situasi semasa Neymar tidak mungkin dibiarkan pergi dengan terlalu murah dan dengan gajinya yang melangit juga perlu diambil kira.

Walaupun hakikatnya Neymar tidak akan murah, laporan sebelum ini mendakwa Neymar boleh disambar dengan harga £76 juta, yang akan menyaksikan pasukan Kota Paris itu mengalami kerugian besar.

PSG mungkin rugi melepaskan Neymar dengan harga £76 juta tetapi dengan usia Neymar dikuatkan lagi dengan kemerosotan prestasi, satu perjudian buat mana-mana pasukan untuk mengikat Neymar.

Juve membelanjakan €70 juta untuk Dusan Vlahovic dari Fiorentina pada Januari selepas mereka menewaskan Arsenal untuk mendapatkan pemain itu dan pemain Serbia itu menjaringkan tujuh gol dalam hanya 15 penampilan liga.

Bagaimanapun kehadiran Dusan Vlahovic masihtidak mencukupi untuk mereka mencabar kejuaraan liga, kerana mereka menamatkan saingan 16 mata di belakang juara AC Milan.

Ini bermakna selepas sembilan tahun memenangi kejuaraan berturut-turut, Juve kini mengharungi dua kempen terakhir tanpa kejayaan.

Allegri juga berharap untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara, di mana Wanita Tua itu disingkirkan oleh Villarreal pada pusingan 16 terakhir, sebelum pasukan Sepanyol itu turut menewaskan Bayern Munich di suku akhir.

Juve juga telah kehilangan Paulo Dybala, selepas Bianconeri memutuskan untuk tidak memperbaharui perjanjian penyerang Argentina itu dan Dybala dilaporkan bersedia untuk berpindah ke Inter Milan.

Salah satu daripada beberapa pasukan yang mampu membeli Neymar dan mampu membayar gajinya, adalah Newcastle United ini kerana pengukuhan kewangan Newcstle sejak diambil alih oleh pemilik Arab Saudi tahun lalu.

The Magpies telah dikaitkan dengan bintang PSG itu, jika benar ia akan menjadi perubahan besar hala tuju perpindahan yang telah Magpies selesaikan setakat ini dan lain-lain pemain yang telah dikaitkan dengan mereka baru-baru ini.

Newcastle sejak diambil alih pemilik baru dilihat tidak berminat mendapatkan pemain bintang dan mahu membina pasukan dari bawah dengan mewujudkan kestabilan dalam pasukan, akademi dan penambahbaikan insfrastruktur terlebih dahulu dan tidak melaburkan wang untuk membeli kejayaan.

Sesiapa sahaja yang berakhir dengan Neymar musim depan, walaupun ia adalah pasukannya sekarang, akan berharap untuk mendapatkan lebih banyak daripadanya daripada beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasukan yang mendapatkan Neymar boleh dikatakan sebagai satu perjudian di mana mereka perlu berharap Neymar akan menjadi Neymar yang dunia kenali sebelum ini dan belum pasti akan terus dapat prestasi yang terbaik dari pemain itu.

BACA:  Kisah Pemilik PSG Tawar Cavani RM5 Juta Untuk Beri Sepakan Penalti Kepada Neymar