PSSI Kecewa Dengan Keangkuhan Bapa Penjaga Gol Sampdoria, Indonesia Bukan Pengemis

Kekecewaan jelas dirasai oleh Persatuan Sepak Raga Seluruh Indonesia (PSSI) dengan kesombongan dan keangkuhan yang telah ditunjukkan oleh Bapa penjaga gol Sampdoria, Emil Audero Mulyadi.

Emil Audero Mulyadi merupakan anak kelahiran Indonesia yang tinggal di Itali dan menjadi sasaran Timnas Indonesia untuk memperkuatkan pasukan namun telah ditolak dan membuatkan PSSI berang kerana mereka bukan pengemis.

Persatuan Sepak Raga Seluruh Indonesia (PSSI) menjawab kenyataan bapa kepada penjaga gol Sampdoria, Emil Audero, Edy Mulyadi yang memberitahu tidak mahu anak kesayangannya itu bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia.

Menurut PSSI, Emil Audero dan juga ayahnya Edy Audero sebagai angkuh dan sombong. Mereka langsung tidak menghormati Indonesia. Kalau mahu ditolak tawaran
dari Indonesia, janganlah menganggap Indonesia sebagai pasukan yang boleh merosakkan bakat anaknya.

Selain itu Emil Audero sentiasa bercita cita mahu menyarung jersi Azzurri. Dan tidak sesekali dia mahu mengorbankan impiannya hanya kerana Indonesia.

Emil Audero Mulyadi merupakan pemain yang dilahirkan di Mataram, Indonesia pada 18 Januari 1997. Setahun selepas kelahirannya, dia berpindah ke kampung halaman ibunya di bandar kecil Cumiana, Itali. Manakala bapa Emil, Edy Mulyadi, merupakan anak jati Indonesia.

Menurut laporan Libeiro ID, Emil pernah bermain untuk Juventus dan juga merupakan pemain utama untuk pasukan kebangsaan Itali untuk beberapa peringkat umur, antara B-15, B-16, B-17, B-18, B-19, B-20 dan B-21.

Sebelum ini PSSI menyatakan bahawa mereka berminat untuk menjadikan Emil Audero sebagai pemain Indonesia sebagai pemain kacukan.

Namun PSSI sangat kecewa apabila ayah Emil secara terang terangan menolak sebarang cadangan agar anaknya bermain untuk Indonesia dengan berkata dengan sinis:

“Mimpi kali.”

Dalam satu video yang tular di media sosial, ayah Emil iaitu Edy menyatakan bahawa karier anaknya akan hancur dan tidak membangun jika mewakili Indonesia.

Kenyataan Edy itu melukakan PSSI. Lalu exco PSSI, Hasani Abdul Gani terus membalas:

“Jangan sesekali kita mengemis. Kerana di negara kita ada ramai penjaga gol berkualiti.”

“Itu adalah hak dia untuk menolak kerana dia buka lagi warga negara kita.”

Hasani turut mengakui perancangan PSSI mahu menjadikan  Emil sebagai bintang utama di Indonesia. Emil dirasakan mampu memperkasakan pasukan kebangsaan Indonesia dan menjadi inspirasi kepada pemain pemain muda lain.

Ianya adalah komen beliau ke atas soalan wartawan tentang kenyataan Edy Mulyadi yang mendedahkan bahawa anaknya  dihampiri oleh seorang ejen bola sepak di Itali.

Menurut Hasani, PSSI mempertimbangkan Emil Audero selepas ejen yang berhubung baik dengannya bertanya, apakah PSSI tidak berminat dengan Emil Audero?

Sebelum ini Hasani berkata:

“Ada seorang penjaga gol Sampdoria – Emil Audero, dia rupa rupanya orang Indonesia. Tingginya 192Cm. Ejen saya orang Itali kata, yang Mancini tak panggil pun dia untuk mewakili Itali. Jadi, mungkin kalau kita mahukan khidmatnya, kita akan berjaya menarik minatnya.”

Hasani sebelum ini bertanggungjawab memujuk 4 pemain kacukan Indonesia di luar negara untuk bermain bersama Garuda.

Namun ayah Audero pula bengang mendengarkan Indonesia mahu mempengaruhi anaknya menyertai mereka.

Itu yang membuatkan ayah Emil terus mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati Hasani.

“Semalam, apabila saya meminta rakan saya, yang merupakan ejen di Itali, untuk berunding dengan 4 pemain yang ditawarkan oleh Shin Tae-yong, kawan saya berkata, ‘Beritahu Shin Tae-yong, adakah dia berminat dengan Emil?’,’ kata Hasani.’

Hasani kemudian menyatakan bahawa rakannya yang merupakan ejen itu, yakin Emil bukannya ada tempat pun dalam pasukan Mancini di masa akan datang.

Hasani menambah:

“Kerana Emil, menurutnya [ejen], tidak akan dipanggil ke pasukan kebangsaan Itali oleh Roberto Mancini,” katanya.

“Dan ia realistik, ketika ini, Emil Audero perlu bersaing dengan penjaga gol seperti Gianluigi Donnarumma untuk dapat memastikan tempat utama”

Emil Audero kini berusia 24 tahun, walaupun pernah beraksi bersama pasukan Itali B-15, B-16, B-17, B-18, B-19, B-20 dan B-21. Namun Emil Audero tidak pernah mendapat panggilan untuk beraksi bersama skuad senior Itali.

Sumber: axello.net

BACA:  Bekas Bintang Indonesia Tunjuk 'Burung' di Padang Ketika Siaran Langsung