PUBG Mobile x Liverpool Kolaborasi Bakal Menggoncang Dunia

PUBG Mobile telah mengumumkan kolaborasi terbaru mereka dan kali ini pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi yang pantang ditegur akan menjadi rakan kerjasama. PUBG Mobile x Liverpool.

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG merupakan permainan bertahan hidup (survival game) buat pasukan yang bermain dan perlu saling menjatuhkan sehingga pasukan yang tersisa akan menjadi pemenang tunggal untuk mendapat Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Format permainan PUBG Mobile di peta classis akan mengumpul 100 orang pemain yang dibahagikan kepada 25 pasukan menjadikan setiap pasukan terdiri daripada empat orang pemain.

Pemain akan terjun dari kapal terbang dan turun ke kawasan pilihan masing-masing untuk mengutip atau loot barang kelengkapan peperangan seperti senjata api, bahan letupan dan alatan perubatan serta juga kenderaan mengikut kesesuaian dan keselesaan pemain.

Lantaran corak permainan yang agak menarik ini menjadikan PUBG antara permainan video paling popular terutamanya di telefon pintar dan menjadi permainan video nombor satu pilihan streamer di untuk dimainkan di Facebook secara live.

Lantaran populariti yang diraih oleh PUBG Mobile mereka seringkali berkolaborasi dengan individu tersohor, siri, filem dan organisasi besar untuk dijadikan event di dalam musim tertentu.

Antara nama dan jenama besar yang pernah berkerjasama bersama PUBG Mobile adalah Alan Walker, Blackpink, McLaren, Yamaha, Mountain Dew, the sukan, The Walking Dead, Kong vs Godzilla, Tesla, Resident Evil, Metro Exodus dan Jujutsu Kaisen.

Terkini, terbaru dan terlatest PUBG Mobile secara rasmi telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama pasukan gergasi Premier League yang tiada tanding tara, Liverpool.

Acara terbaru ini akan bermula pada 12 november 2021 ini para pemain yang menyertai acara ini berpeluang mendapatkan beg galas secara kekal. Tidak dapat dipastikan secara percuma, pembelian atau tikaman.

“💥 Kolaborasi PUBG MOBILE X Liverpool Football Club akan datang pada 12 Nov ini! ⚽ Sertai acara ini untuk mendapatkan beg galas kekal! 😱 Nantikan! 🕺🏻
#PUBGMXLFC #YNWA #LFC #PUBGMOBILE #PUBGMOBILEMY #PUBGMOBILEMalaysia #PUBGMMalaysia🇲🇾 #PUBGM”

Tiada maklumat lanjut mengenai Kolaborasi PUBG MOBILE X Liverpool setakat ini selain dijanjikan beg galas secara kekal sahaja.

Adakah Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Virgil Van Dijk akan bermain PUBG Mobile secara live dan sudah pasti para peminat PUBG Mobile yang juga peminat Liverpool mengharapkan hadiah percuma untuk dijadikan koleksi.

Untuk acara terbaru yang bermula dari 1 November 2021, PUBG Mobile akan berkolaborasi berasama pengeluar kereta sukan bertaraf dunia, Koenigsegg yang diasaskan di Sweden pada 1994 oleh Christian von Koenigsegg.

Butiran dengan pengeluar kereta sukan bertaraf dunia sehingga kini masih lagi rahsia dan menjadi misteri dan hanya akan diketahui sehingga 1 November.

PMPL SEA Musim 4

Ketika ini sedang berlangsung kejohanan PUBG Mobile Pro League Peringkat Asia Tenggara (PMPL SEA) bagi musim keempat yang telah menampilkan empat buah pasukan dari Malaysia.

Pasukan 4Rivals, Geek Fam, Axis Redone dan Team Secret layak mewakili Malaysia ke PMPL SEA yang kini sudah memasuki minggu terakhir ke peringkat liga.

Sebanyak 20 pasukan dari seluruh Asia Tenggara bermain secara liga selama tiga minggu untuk menjadi pasukan 16 terakhir lalu mara ke Grand Final yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 November ini.

Liga dimainkan setiap minggu di mana dua hari pusingan kelayakan dilangsungkan dengan 8 perlawanan bagi setiap pasukan dan 16 pasukan terbaik akan mara ke Super Weekeend yang di mainkan selama 3 hari dengan 15 perlawanan.

16 pasukan yang mengumpul mata tertinggi di Super Weekend akan layak ke Grand Final dan empat pasukan terbaik di PMPL SEA akan mendapat slot ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021.

Setakat ini hanya Team Secret sudah mengesahkan tempat ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2021 dan tiga lagi pasukan Malaysia mengikut jejak Team Secret jika menamatkan saingan di tempat empat teratas.

BACA:  [VIDEO] Perang Minda Bermula, Twitter Chelsea Muat Naik Video Gerrard Tergelincir