Pulisic Boleh Jadi Pemain Amerika Paling Berjaya Di Eropah Jika Sertai Liverpool

Brad Friedel melahirkan kepercayaannya kepada Cristian Pulisic akan hakikat bahawa pemain Chelsea itu mampu untuk menjadi pemain Amerika Syarikat yang paling berjaya di Eropah jika dia menyertai Liverpool.

Bekas penjaga gol Liga Perdana itu berpendapat ‘gaya menekan (pressing style)’ Liverpool sesuai dengan Pulisic kerana ia akan membolehkannya ‘menyerang balas dengan pantas dan berlari melalui garisan’.

Namun untuk menjadi dan mencapai sasaran sebagai pemain Amerika Syarikat yang paling berjaya di Eropah serta antarbangsa, Pulisic wajib memastikan dirinya bebas dari kecederaan.

Friedel yang juga berasal dari Amerika Syarikat menyatakan kesesuaian Pulisic untuk bersama Liverpool adalah kerana kelajuan yang dimilikinya.

“Saya rasa sistem Liverpool adalah sistem yang baik untuk Cristian Pulisic, tanpa ragu-ragu,” bekas penjaga gol Amerika Syarikat itu memberitahu CardsChat.

“Dia sangat laju, langkah pertamanya laju dan walaupun dia pergi, dia sangat laju.”

“Gaya permainan menekan yang Jurgen Klopp suka amalkan, diadun dengan serangan balas pantas dan larian pantas, saya fikir dia akan dapat beraksi dengan sangat baik dalam sistem itu.”

Pulisic mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Thomas Tuchel walaupun sebelum ini pernah bermain dan menjadi pilihan pengurus yang sama di Borussia Dortmund.

Pulisic hanya membuat 10 penampilan di perlawanan Liga Perdana musim ini dan hanya menyumbang dua gol dalam semua pertandingan – pulangan yang mengecewakan selepas kempen yang berjaya musim lalu.

Pemain sayap itu boleh dikatakan pemain terbaik Chelsea dalam Project Restart musim panas lalu, setelah menjaringkan lima gol, empat bantuan dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala FA.

Bagaimanapun, kombinasi kecederaan dan ketibaan Tuchel telah membantut kecemerlangan Pulisic.

Namun begitu, Friedel percaya Pulisic mempunyai potensi untuk menjadi ‘pemain Amerika paling berjaya di Eropah’, tetapi dia mesti bebas dari kecederaannya.

“Pulisic mempunyai potensi untuk menjadi pemain Amerika paling berjaya di Eropah tetapi ia masih agak awal dengan kehadiran ketua jurulatih baharu di Chelsea yang saya harap dia boleh memberikan yang terbaik.”

“Pada awal musim, walaupun dia jarang dimainkan, dia bermain dengan sangat baik. Buktiknya dalam aksi bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.”

“Dia adalah pemain penyerang terbaik kami dan pemain seperti ini tidak ramai. Kami harap dia untuk kekal bebas daripada kecederaan, itu sudah pasti.”

“Saya tidak tahu sama ada Pulisic pemain yang mereka (Liverpool) cari, tetapi sistem jenis itu akan sesuai untuk seseorang seperti Christian Pulisic.”

Untuk rekod Cristian Pulisic merupakan tiga pemain pilihan yang menjadi buruan Liverpool pada tahun 2017 sebelu mereka mengikat Mohamed Salah yang berada dipilihan keempat.

Jurgen Klopp telah mengakui bahawa Dave Fallows, head of scouting and recruitment, Barry Hunter, chief scout dan Michael Edwards telah membuat tinjauan dan risikan berintensiti kepada 4 pemain sayap buruan mereka.

Salah seorangnya adalah Cristian Pulisic (Borussia Dortmund bersama-sama Julian Draxler (Wolfsburg), Julian Brandt (Bayer Leverkusen) dan Mohamed Salah (AS Roma).

Borussia Dortmund enggan membenarkan Christian Pulisic pergi, Julian Draxler hangat dipasaran Januari, memilih untuk berpindah ke Paris Saint-Germain dari Wolfsburg dan Julian Brandt memilih untuk kekal di Bayer Leverkusen kerana bimbang dia tidak akan dapat bermain secara tetap di Anfield.

Lalu pilihan yang ada adalah Mohamed Salah dan takdir telah menentukan Salah antara pemain tonggak Jurgen Klopp yang kembali membawa Liverpool mengecap kegemilangan.

Cristian Pulisic kini baru berusia 23 tahun dan masih mempunyai perjalanan karier yang panjang untuk memenuhi potensi dan mencapai kemuncak. Masih lagi boleh menjadi satu pelaburan berbaloi jika bebas kecederaan seperti yang diutarakan oleh Friedel.

BACA:  Liverpool Bersetuju Ikat Ibrahima Konate Dari RB Leipzig