Nama Alexis Sanchez tidaklah asing lagi dalam dunia bola sepak. Mencipta nama bersama kelab Serie A, Udinese, Sanchez pantas disambar Barcelona sebelum dibeli Arsenal pada tahun 2014.
Sudah bosan berada di kota London, Sanchez memilih untuk berhijrah ke Manchester United dengan rekod gaji termahal pada bulan Januari lalu.
Perpindahannya ke Kota Manchester disambut meriah oleh seluruh penyokong dan pendukung kelab Syaitan Merah tersebut, akan tetapi selepas hampir setahun bersama pasukan tersebut, Sanchez seolah olah hilang sentuhan magisnya.
Dalam perlawanan terkini menentang Burnley, Sanchez dikeluarkan pada minit ke 60 meskipun berjaya melakukan assist buat Romelu Lukaku pada awalnya. Dalam bahasa yang mudah, Sanchez tidak lagi berada di aksi klimaksnya suatu ketika dahulu.
Pada hari ini, Sanchez telah mengumumkan perpisahannya dengan pelakon, Mayte Rodriguez, dalam satu post yang sangat emosional dan menyentuh perasaan.
Dalam post tersebut, Sanchez memuatnaik video gambar detik-detik indah mereka bersama bermelodikan lagu cinta sedih.
“Aku doakan segalanya yang terbaik buatmu, pertemuan dan detik manis bersamamu adalah perkara yang paling indah, namun kami sepakat untuk membawa hauan masing-masing demi memenuhi impian kami.”
Tidak dinyatakan pula apakah impian sebenar Sanchez namun dengan jumlah pengikut yang hampir 10 juta di Instagram, mungkin Sanchez berangan-angan untuk menjadi salah seorang instafamous yang melakukan produk review.
Sebelum ini Sanchez pernah membuang semua gambar Mayte di laman sosialnya namun apabila khabar angin mengenai hubungannya yang retak bertiup kencang, Sanchez tweet “Kenapa ramai sangat yang jahat dan dengki?”
The Sukan telah menghubungi Sanchez pada hari ini dan ketika berbual bersama kami, dia telah memainkan lagu Hikayat Bin Ladin di radio dalam bilik – demi mencari ketenangan katanya.
Apapun, semoga Sanchez akan kembali ke puncak prestasi bersama kelab dan negara dan kembali bermain piano. Kami rindu sentuhan lagu daripada Sanchez.
Sumber berita : Mirror Football