Punca Mengapa Ronaldo Dianggap Beban Kepada Skuad Manchester United

Manchester United tidak dinafikan lagi sememangnya sedang bergelut dengan masalah prestasi pada ketika ini, dengan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu sering mencatatkan keputusan buruk dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Setan merah sememangnya sebuah pasukan yang boleh dianggap sebagai gergasi dalam dunia bola sepak, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka jelas tidak berada di tahap terbaik mereka.

Melihat kepada aksi hambar United sejak kebelakangan ini, jelas sekali antara manusia paling teruk kena kecam dan di maki adalah Ole Gunnar Solskjaer.

Beliau dipersalahkan sebagai punca utama mengapa Man Utd bergelut dengan masalah prestasi, dan sukar untuk mencatatkan kemenangan selesa.

Hal ini jelas sekali kerana pengurus dari Norway itu masih lagi melakukan uji kaji untuk mengenali pemain dan mencari kesebelasan terbaiknya, walau saingan liga sudah lama berlangsung.

Itu merupakan salah satu masalah paling teruk setan merah pada ketika ini, kerana mereka masih belum ada gaya permainan yang pasti, bahkan belum ada kesebelasan tetap yang dipilih oleh pengurus.

Setan merah memiliki barisan pemain yang boleh dianggap sebagai yang terhebat dalam dunia bola sepak, dan kebanyakan dari mereka merupakan pemain berkelas dunia.

Namun sayangnya, kesemua mereka masih gagal mempamerkan aksi persembahan terbaik masing-masing dan menjadi punca keputusan buruk yang dicatatkan oleh United sejak kebelakangan ini.

Kebanyakan penyokong Manchester United sering meminta pimpinan kelab untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer dan digantikan dengan pengurus lain yang lebih berpengalaman.

Walau bagaimanapun, pimpinan kelab jelas masih mempercayai pengurus dari Norway itu, dan menegaskan yang tiada sebab untuk Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Walaupun rekod persembahan United setakat beberapa perlawanan terakhir ini sangat teruk, namun pimpinan kelab merasakan Solskjaer telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik.

Ole Gunnar Solskjaer pada ketika ini jelas sekali antara manusia paling tertekan dan terkesan dengan segala hal yang berlaku.

Beliau telah mula membina skuad terbaik United sejak dari awal ketibaannya, dan tentunya Solskjaer tidak mahu segala usahanya itu berakhir dengan sia-sia.

Selepas melihat aksi buruk United, selain Ole Gunnar Solskjaer, para peminat turut sering mengecam persembahan Fred dan McTominay.

Namun hakikat yang mereka mungkin lupa, duo ‘McFred’ merupakan gandingan terbaik yang kelab miliki dan kerana itulah mereka sering menjadi pilihan utama Solskjaer.

Gandingan McTominay dan Fred perlu dikekalkan selagi United belum dapatkan DM

Ole Gunnar Solskjaer sering dihentam teruk kerana gemar menggunakan Scott McTominay dan Fred di posisi tengah sebagai double pivot.

Ramai pihak mengkritik keputusan beliau kerana merasakan kedua-dua pemain itu tidak mampu untuk memberi sumbangan yang baik kepada jentera serangan, mahupun kepada barisan pertahanan.

Tapi satu hal yang peminat harus faham, Manchester United lebih kental dan sukar untuk dibolosi seandainya dua pemain itu berada di atas padang, dan memainkan peranan mereka sebagai double pivot.

Fred boleh dikatakan antara pemain yang tak kenal erti penat dalam mengejar pemain midfield lawan, dan dengan kehadiran beliau di atas padang, ia sedikit membantu barisan pertahanan Red Devils dari segi intensiti.

McTominay perlu lebih berusaha untuk perbaiki kesedaran beliau dalam mencari ruang, namun pada ketika ini, beliau banyak memberi tenaga tambahan kepada skuad.

Seperti aksi bertemu Leicester City, gandingan Nemanja Matic dan Paul Pogba jelas tidak berfungsi dengan baik, dan boleh dikatakan ia gandingan yang teruk.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memenangi bola semula, dan satu hal yang pasti, mereka tiada keserasian.

Satu hal yang pasti, Paul Pogba tidak seharusnya bermain di posisi defensive midfielder, dan buktinya, beliau gagal untuk mencipta sebarang tackle ketika beraksi bertemu Leicester kemarin.

Pemain kebangsaan Perancis itu tiga kali digelecek dan melakukan enam kekasaran secara keseluruhannya dalam perlawanan tersebut.

Beliau juga hanya mampu memenangi dua sahaja dari 13 perebutan bola dan 12 kali hilang penguasaan bola.

Tidak ada pasukan yang mampu mencatatkan kemenangan andai pemain midfield mereka beraksi seperti itu, dan walaupun gandingan ‘McFred’ dikecam teruk, mereka jelas lebih bagus untuk mengisi posisi tersebut.

Melalui data yang diperolehi, Manchester United menang 58% perlawanan apabila McTominay dan Fred berada di dalam kesebelasan utama.

Data ini bermakna skuad kendalian Solskjaer hanya tewas 10 dari 55 perlawanan yang mereka lalui. Ia bukan data yang bagus, tetapi masih yang terbaik kelab itu miliki setakat ini.

Jadi faham kenapa Fred dan McTominay selalu diturunkan walau mereka dianggap dungu?

Silap guna Ronaldo, hingga menjadikan beliau beban terhadap skuad

Manchester United sememangnya menderita setiap kali mereka turun bertemu dengan pasukan yang mengamalkan permainan menekan dari atas.

Skuad setan merah gagal untuk mengamalkan corak permainan build up dari bawah, yang mana mereka sering mengalami kesukaran ketika berdepan dengan pemain penyerang yang tak henti-henti menekan.

Lihat saja aksi bertemu Leicester City, gol pembukaan mereka dijaringkan hasil kesilapan Maguire yang gagal untuk melakukan build up dari bawah.

Lebih parah lagi, Manchester United sering membenarkan pasukan lawan untuk memegang bola lebih lama di kawasan mereka, secara tak langsung mereka seolah-olah memberi ruang kepada pasukan lawan untuk lakukan build up dengan selesa.

Pemain tengah atau penyerang United sangat jarang menekan pemain lawan, atau berusaha untuk mematahkan serangan mereka sejak awal.

Mereka lebih memilih untuk kembali ke kawasan sendiri, dan menanti pasukan lawan untuk masuk ke kawasan mereka dengan sangat selesa.

Hal ini sangat bahaya kerana pasukan lawan boleh mencipta gerakan dan mencari ruang yang selesa untuk mereka masuk dan mencari gol.

Ia tidak berlaku seandainya Edinson Cavani berada di atas padang, kerana bintang Uruguay itu senantiasa menekan pemain lawan, dan tidak membenarkan mereka build up serangan dengan selesa.

Tidak pasti sama ada tertulis atau tidak dalam kontrak Cristiano Ronaldo yang beliau perlu digunakan sepenuhnya dalam setiap perlawanan Manchester United.

Satu hal yang jelas dan pasti, namun mungkin sukar untuk diterima oleh peminat adalah, Ronaldo sebenarnya tak berguna ketika Manchester United tidak memiliki bola.

Beliau langsung tidak menekan dan ia jelas sekali bertentangan dengan work rate Edinson Cavani setiap kali beliau diturunkan untuk beraksi.

Ini merupakan masalah terbesar yang United sedang hadapi pada ketika ini, dengan pemain penyerang malas untuk mengasak pemain lawan, dan memberi mereka ruang yang cukup selesa untuk menyerang.

Ketika Ronaldo berada di atas padang, United sebenarnya telah memberikan ruang yang banyak dan sangat selesa untuk pasukan lawan build up serangan mereka dari bawah.

Semua bola juga akan dihantar terus ke arah Ronaldo, dan andai bola itu terlepas atau tidak sampai, United akan berdepan dengan ancaman yang lebih bahaya dari pasukan lawan.

Kerana tiada bantuan dari atas, pemain midfield akan terpaksa menutup segala kekosongan yang ada, dan menyebabkan pasukan lawan memiliki ruang yang cukup selesa untuk mereka melancarkan serangan.

Hal ini sangat sukar untuk dinafikan kerana United sering bolos atau diserang selepas mereka hilang penguasaan bola.

Gunakan Ronaldo dengan cara yang betul dan gandingan yang tepat

Manchester United pada musim lalu menunjukkan kemampuan mereka dalam melakukan serangan yang sangat menakjubkan dengan menggunakan jentera serangan tiga serangkai.

Dengan kehadiran Cristiano Ronaldo di atas padang dan pemain sayap pula sering berada di luar dari kawasan mereka, maka sistem serangan United terlalu mudah untuk dibaca.

Tidak kira sama ada Greenwood atau Sancho, mereka sememangnya mempunyai kemampuan dalam melakukan hantaran dan memiliki kualiti rembatan yang menakjubkan.

Ronaldo pula merupakan jenis pemain yang suka serang dari dalam kotak dan menunggu bola hantaran silang dari sayap.

Masalah utama United, kedua-dua Sancho dan Greenwood lebih gemar untuk cut inside atau melepaskan rembatan dari luar, maka sistem menggandingkan mereka dengan Ronaldo tidak sesuai.

Kini Marcus Rashford sudah kembali cergas dan boleh beraksi, Solskjaer seharusnya melakukan rotation di bahagian jentera serangannya.

Edinson Cavani, Rashford, Sancho Greenwood dan Martial merupakan pemain yang boleh mengubah sistem permainan dengan kemampuan masing-masing.

Seandainya Manchester United mahu bermain serangan pantas, mereka boleh menggunakan khidmat pemain ini yang sepertinya akan lebih berkesan.

Dengan bantuan dari Bruno Fernandes di belakang, maka jentera serangan United akan lebih mengancam andai mereka digunakan dengan betul.

Ronaldo digunakan untuk terima bola hantaran, dan pemain lain boleh digunakan andai mahu bermain sistem serangan pantas.

Oleh yang demikian, Ronaldo juga tidak perlu disalahkan kerana tidak memberi tekanan kepada pemain lawan, kerana beliau akan dimainkan mengikut gaya permainan yang beliau selesa, disamping gandingan yang tepat.

Menggandingkan Ronaldo dan Cavani adalah satu contoh yang boleh digunakan, dengan bintang Uruguay itu berperanan untuk menekan dan mengasak, sementara CR boleh beri tumpuan untuk robek gawang lawan.

Jadi Solskjaer secara tidak langsung sudah berjaya memanfaatkan kesemua pemain yang beliau ada, dengan mereka mampu bermain mengikut keselesaan masing-masing, dan memberikan yang terbaik untuk kelab.

Sumber: Statman Dave

BACA:  Giggs Beri Amaran Kepada Rashford & Martial Supaya Tingkatkan Permainan Jika Mahu Bermain Lebih Kerap