Punca Pemain Selangor Kena Maki Mengejutkan Peminat Bola Sepak Tempatan

Punca utama mengapa Safuwan Baharudin kena maki dengan ultras Selangor sebenarnya mengejutkan para peminat seluruh negara.

Wakil ultras meluahkan rasa kecewanya melihat skuad Selangor gagal untuk mencatatkan clean sheet ketika aksi bertemu Kedah malam semalam.

Pelik tapi benar, itulah yang menimpa pemain Selangor yang teruk dimaki selepas berjaya mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas mereka sebelum ini sekadar mampu merekodkan dua keputusan seri.

Dalam satu video rakaman yang dimuatnaik di laman muka buku ROTP telah menunjukkan Safuwan Baharudin yang memakai lilitan Ketua pasukan bersama penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid berbicara dengan kumpulan Ultras.

Diawal rakaman video itu kelihatan Safuwan Baharudin mengheret Khairulazhan Khalid untuk pergi mungkin selepas melihat para penyokong mula beremosi dan meninggikan suara.

Tindakan Safuwan Baharudin untuk berlalu pergi menyebabkan beliau dituduh sebagai ketua pasukan yang berlagak. Dan bermulalah satu syarahan dan hujahan.

“Ini sebab kita dah score empat. Kau tengok kapten berlagak.”

Suara beberapa lelaki daam kumpulan penyokong kedengaran:

“Woi! Kapten, wei! wei! kapten, kapten. Safuwan! Safuwan! Kau jangan berlagak sangat tau!”

Safuwan Baharudin terus kembali menuju ke arah kumpulan Ultras itu sambil menuturkan kata-kata yang tidak berapa jelas kedengaran. Lelaki Ultras itu meneruskan hujahannya.

“Sebab tu team kau bolos setiap game sebab kepala hotak kau macam ni! Haa!! Kau faham tak?”

Kemudian kata kesat telah dilontarkan kepada Safuwan Baharudin yang kedengaran sangat keras dan penuh amarah:

“Kau kalau nak champion kalau dah bolos sampai 30 gol macam season lepas kepala butoh!!! kau nak champions!!!”

Safuwan Baharudin kedengaran membalas dengan tenang yang kedengaran seperti:

“Aku tak leh nak berbual la.”

Lantas lelaki Ultras itu meneruskan syarahan dengan nada tinggi:

“Hal tu kau tak nak berbual pulak!!! Haa!!!”

Safuwan Baharudin mula hilang sabar dan mahu kembali ke arah abang Ultras itu namun telah ditarik oleh rakan sepasukannya yang lain.

Khairulazhan Khalid dan pemain berambut kembang, Shahrul Nazeem cuba menenangkan sekumpulan penyokong yang berada dihadapan banner tertera perkataan ‘MENTALITI JUARA’.

Ultrasel tetapkan KPI yang perlu pemain Selangor ikut

Peminat bola sepak tempatan terkejut ketika mendengar yang ultras Selangor menetapkan KPI kepada para pemain.

Mereka menetapkan KPI yang mana skuad Selangor tak boleh bolos lebih dari 15 gol sepanjang musim, selepas melihat gergasi Merah Kuning itu mencatatkan 30 bolos pada musim lalu.

Atas alasan itulah mereka memarahi pemain Selangor selepas bolos satu gol ketika bertemu skuad Kedah malam semalam.

Para peminat bola sepak tempatan tak boleh terima dengan isu KPI yang dicanang itu dan menganggap ia satu hal yang tak masuk akal.

https://twitter.com/haiqalhushaini/status/1513348456479596544?t=AQ1WeL7bV8v0kn8yWEfsug&s=19

“Menang 4-1 pun boleh panggil kapten mreka “p*nt*t” lagi

Xde pula ayoh ngoh dgr Ultras;

Spurs maki pmain mreka bila blasah Newcastle Utd5-1
Brentford maki pmain mreka bila blasah Chelsea 4-1
Man City maki pmain mreka bila blasah Man Utd 4-1

This is a new level,another breed”

“Alasan lagi satu kata Ultras Selangor dah bagi KPI nak kurangkan bolos. Siap maki “habis dah kalau satu season bolos 30 gol, nak champion apa”. Eh kalau bolos 30, score 60 takkan kalah kot. Anyway kalau team aku tiap tiap game menang 4-3 pun aku tak kisah, janji menang.”

“alex buat lob pass cerdik, players selangor out of position, fayadh buat timing run…mna2 team main pn mahukan clean sheet, team management + players selangor sedar perlunya perbaiki stats 2021, ultrasel xperlu set KPi sendiri, selangor fc bukan milik ultrasel 🙄”

“Hahahahahahahaha.

Habislah lepas ni confirm player Selangor kena warning letter pula dari terpaling Ultras sebab tak ikut KPI.”

“Kpi apa ni haha mengarut betul fans selangor ni barca power pun tak ada kpi syok sendiri ni dari fans”

Mana-mana penyokong kebiasaannya mengharapkan agar pasukan mereka sokong mampu mencatat kemenangan dan memenangi Piala.

Namun tak ada pula mereka sampai memaksa para pemain supaya mencatatkan clean sheet walau sudah berjaya mengutip tiga mata penuh.

Selepas berjaya mencatat kemenangan bertemu antara pasukan gergasi di pentas bola sepak Malaysia, sudah tentu para pemain berharap penyokong akan bergembira dengan pencapaian tersebut.

Namun ketika mereka dimaki hanya kerana bolos satu gol bertemu Kedah, maka tak hairanlah Safuwan Baharudin boleh koyak dengan penyokong sendiri.

Adakah masuk akal untuk penyokong meletakkan KPI khas kepada kelab? Bincangkan diruangan komen.

BACA:  Pemain Selangor Di Kepala B****kan Oleh Penyokong Sendiri Selepas Menang 4-1