‘Pussy Riot’ Mengaku Bertanggungjawab Ceroboh Padang Ketika Final Piala Dunia

Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 terpaksa diberhentikan buat seketika pada awal separuh masa kedua kerana berlaku pencerobohan di atas padang oleh orang awam di Stadium Luzhniki.

Seramai 4 individu dilihat berada di atas padang dalam keadaan bersuit dan pihak berkuasa terpaksa masuk ke dalam padang untuk mengejar penceroboh terbabit.

Penceroboh yang ingin mendapatkan instant fame diseret keluar

Tindakan tersebut menyebabkan perlawanan akhir di antara Perancis dan Croatia terpaksa diberhentikan buat seketika pada minit ke-52 bagi membolehkan pihak berkuasa menahan kesemua penceroboh.

Keempat-empat indidividu ini bagaimanapun dibenarkan untuk ber’high-five’ dengan beberapa pemain Perancis sebelum diheret keluar daripada padang oleh pihak berkuasa.

Dalang di sebalik pencerobohan ini adalah sebuah kumpulan band muzik berhaluan kiri di Russia, Pussy Riot. Kumpulan ini mengaku bertanggungjawab menghantar ahli mereka untuk melakukan pencerobohan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Penceroboh lengkap bersuit mencuri perhatian ratusan juta penonton seluruh dunia

Walaupun Pussy Riot merupakan sebuah band muzik, mereka sering melakukan protes di Russia bagi membantah beberapa keputusan kerajaan Russia. Dalam satu tweet yang dimuat naik selepas kejadian tersebut, Pussy Riot mengakui penglibatan mereka dalam insiden itu.

“Sekarang ini, terdapat 4 ahli kumpulan kami kini berada di pentas final Piala Dunia.”

Pussy Riot kerap melakukan bantahan terhadap beberapa tindakan yang dilakukan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin terutamanya terhadap isu yang berkait dengan gay dan feminist.

Nasib baik x makan penampor Lovren

Kumpulan ini pertama kali menarik perhatian dunia pada tahun 2012 dimana mereka mengadakan konsert di dalam sebuah gereja cathedral di Moscow. Tindakan tersebut dikecam golongan agamawan kerana mereka menganggap gereja tersebut sebagai satu tempat yang suci.

Akibat konsert itu, seramai 3 ahli kumpulan terbabit ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara kerana melakukan penghinaan terhadap agama. Keputusan mahkamah itu menerima kritikan daripada pertubuhan hak asasi manusia di Russia.

Helo KGB. Settlekan budak hingusan tu semua

Pussy Riot juga mengadakan satu konsert ketika Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi, tetapi dipaksa berhenti setengah jalan oleh pihak berkuasa.

BACA:  Luka Modric Mugkin Dihumban Ke Penjara Kerana Berbohong